.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, July 15, 2021

Resepi Ayam Masak Kicap



Bahan-bahan A:

6 ketul Ayam yang dipotong sederhana/kecil
1 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit
sedikit serbuk jintan manis

Bahan-bahan B:
1 sudu sos tiram*
2 sudu kicap masin/manis*
2 ulas bawang putih dicincang*
1/2 sudu teh serbuk halia (boleh diganti dengan halia kisar/cincang)
sedikit serbuk paprika*
1 ulas bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daun kari
1 sudu teh pes asam jawa dicampur dengan 1 cup air
5 tangkai cili padi diketuk

Cara memasak:
1. Campurkan bahan-bahan A. Gaul rata. Goreng.
2. Satukan bahan-bahan B yang bertanda * ke dalam mangkuk.
3. Gaulkan ayam yang telah digoreng dengan bahan-bahan B*.
4. Gunakan 3 sudu minyak gorengan ayam untuk menumis bawang besar.
5. Setelah bawang sedikit layu, masukkan daun kari. Biar daun kari layu sedikit.
6. Masukkan ayam goreng yang telah diperap dengan bahan-bahan B*.
7. Masukkan air asam jawa.
8. Bila dah mendidih dan sebati, masukkan cili padi.
9. Boleh adjust kepekatan ikut citarasa masing-masing.

Sunday, May 09, 2021

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:
4-5 ketul ayam
2 sudu besar bawang merah blend
1 sudu besar bawang putih blend
2 sudu besar rempah kari daging & ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh halia kisar/serbuk
1 sudu teh garam
1 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung beras

Cara memasak:
1. Gaulkan semua bahan-bahan. Perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak. Goreng secara deep fry dengan api perlahan-sederhana selama 10-15 minit
3. Gunakan penutup kuali semasa menggoreng untuk pastikan ayam masak sempurna.
4. Setelah masak, Angkat ayam dan sedia untuk dihidang.

Saturday, January 04, 2020

Resepi Ayam Goreng Kicap Kering dengan Kentang


Bahan-bahan utama:
1/2 ekor Ayam dipotong kecil
3 ketul Ubi kentang yang dihiris nipis
Serbuk Kunyit

Sos Perapan:
3 sudu sos tiram
2 sudu sos pedas (boleh guna sos char kuetiau)
2 sudu kicap masin
1 sudu teh lada putih

Bahan-bahan Tumis:
1 ulas bawang putih dititik
1 ulas bawang merah dihiris nipis
4 sudu bawang blend
1 cawan air asam jawa
Minyak 
Garam

Bahan-bahan hiasan:
Cili merah

Cara memasak:
Lumur kentang dengan sedikit garam.
Panaskan minyak.
Goreng kentang sampai kuning keemasan.
Angkat kentang dari kuali dan Ketepikan.

Lumur ayam dengan garam, kunyit dan lada putih.
Goreng sampai kuning keemasan.
Angkat ayam dari kuali dan Ketepikan.
Gaulkan ayam dengan sos tiram, kicap masin dan kicap pedas.

Tumis bawang putih dan bawang merah yg dihiris sampai separuh garing.
Masukkan bawang blend. Masak selama 5 minit.
Masukkan ayam yang telah dilumur tadi. Masak selama 5 minit sampai ayam nampak telah sebati dengan kicap.
Masukkan lebihan bahan perap kicap tadi dan hirisan cili merah ke dalam kuali.
Campurkan air asam jawa.
Gaul rata sampai mendidih.
Masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
Sedia untuk dihidang. 
Seeloknya kalau terlebih minyak, buang dulu minyak berlebihan sebelum dihidang.

Thursday, December 26, 2019

Resepi Pengat Pisang


Bahan-bahan:
5 ketul pisang berangan dipotong kecil
3 sudu gula merah
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan
3/4 kotak santan
3 cawan air

Cara memasak:
Panaskan air
Masukkan gula merah. Biar sampai larut.
Masukkan pisang. 
Rebus selama 3-5 minit.
Masukkan garam, daun pandan, santan.
Masak sampai mendidih.
Sedia untuk dihidang.

Sunday, December 22, 2019

Resepi Daging Goreng Kentang (Kering)


Bahan-bahan utama:
300gram Daging yang dihiris nipis
3 ketul Ubi kentang yang dihiris nipis

Sos Perapan:
3 sudu sos tiram
2 sudu sos pedas (boleh guna sos char kuetiau)
2 sudu kicap masin
1 sudu serbuk halia
1/2 sudu teh gula

Bahan-bahan Tumis:
1 ulas bawang putih dititik
1 ulas bawang merah dihiris nipis
3 sudu bawang blend

Bahan-bahan hiasan:
Cili merah

Cara memasak:

  1. Perapkan daging dengan sos perapan selama 5-10 minit.
  2. Panaskan minyak. Goreng ubi kentang sampai garing. Angkat dan tos minyak.
  3. Tumis bawang putih, hirisan bawang sampai separuh garing.
  4. Gunakan minyak bekas ubi kentang tadi. Masukkan bawang blend dan daging yang telah diperap ke dalam kuali. Jangan masukkan air lebihan perapan lagi. 
  5. Goreng sampai kering dan daging bertukar warna sedikit gelap. 
  6. Bancuhkan lebihan sos perapan tadi dengan sedikit air. 
  7. Masukkan ke dalam kuali bersama daging yang telah sedikit garing. 
  8. Tambah sedikit garam jika perlu.
  9. Masukkan cili merah dan ubi kentang yang telah digoreng tadi.
  10. Gaul rata. 
  11. Sedia untuk dihidang.

Sunday, July 15, 2018

Resepi Capati Minyak Zaitun




Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air suam
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak zaitun

Cara membuat:

  1. Gaulkan (dengan tangan) tepung gandum, garam dan minyak zaitun dalam mangkuk adunan.
  2. Masukan sedikit air. Gaulkan lagi. Mula-mula akan jadi berkeping-keping. Terus menguli. Jangan campurkan kesemua air sekali gus. Nanti adunan jadi lembik.
  3. Ulang (2) sampai adunan membulat dan dalam sekeliling mangkuk adunan jadi bersih tanpa sisa tepung - doh akan cantik terbentuk bulat.
  4. Gunakan mangkuk kaca, salut semua bahagian dalam mangkuk dengan minyak zaitun. 
  5. Letak doh ke dalam mangkuk (4). 
  6. Tutup mangkuk dengan kain bersih/tisu.
  7. Biarkan rehat selama 20-30 minit.
  8. Cubit adunan sebesar bola golf/ping-pong (mini capati) - boleh resize ikut suka nak besar atau kecil. Jadikan bulat seperti mini doh. Pastikan mangkuk sentiasa di tutup dengan kain bersih/tisu.
  9. Ambil satu mini doh dan salutkan dengan tepung gandum. Hanya salut dan keluarkan dari mangkuk tadi bila nak canai satu per satu - capati akan jadi lembut dan gebu. 
  10. Letak sedikit tepung gandum di tempat mencanai (boleh guna papan potong yang bersih dan kering).
  11. Letakkan mini doh dan mulakan mencanai doh tadi.
  12. Panaskan kuali (non-stick lebih baik).
  13. Letakkan doh yang telah dicanaikan ke dalam kuali. 
  14. Alih setiap 5-10 saat. Capati yang elok akan menggelembung.
  15. Angkat bila dah masak. 
  16. Hidangkan bersama kari daging/kuah dhal.


Sunday, April 01, 2018

Resepi Pasta Daging dengan Cendawan





Bahan-bahan A:
1 keping daging/ayam kisar Ramli (dicarik)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk halia
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu minyak zaitun

Bahan-bahan B:
1 ulas bawang putih (potong halus)
1 labu bawang merah (potong dadu)
1 botol kuah pasta (Prego/Kimball/Adabi)
1 tin cendawan butang (dihiris halus, dibilas dan dibuang batang)
1 sudu teh daun parsley dicincang (boleh guna yang kering)

Bahan-bahan C:
Mana-mana jenis pasta kering
Air panas
Secubit garam
1 sudu teh Minyak zaitun

Cara memasak:

  1. Rebus Bahan-bahan C dengan air, minyak zaitun dan garam. Pasta kering mengambil masa 5-10 minit (bergantung kepada saiz dan jumlah pasta). 
  2. Tapiskan air dan letakkan ketepi.
  3. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun supaya tidak melekat. 
  4. Tuangkan bahan-bahan A. 
  5. Masak sehingga garing (10-15 minit).
  6. Angkat dan ketepikan.
  7. Guna lebihan minyak tadi.
  8. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai lembut (2 minit).
  9. Masukkan kuah pasta, 1 senduk air pasta, cendawan dan Bahan-bahan A.
  10. Masukkan daun parsley.
  11. Masak sampai mendidih (10-15 minit).
  12. Pindahkan kuah ke dalam bekas hidangan.
  13. Sedia untuk dihidang dengan bahan C.

Wednesday, May 24, 2017

Resepi Cucur Jagung


Bahan-bahan A:
2 tongkol jagung (dihiris & kikis isinya)
1 biji bawang merah (dihiris nipis membulat)
1 tangkai cili merah (dihiris halus)
8 ekor udang basah (dipotong 0.5cm - 1cm)
10 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
2.5 sudu teh garam halus
Air untuk membancuh adunan

Bahan-bahan B:
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:

  1. Campurkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk adunan. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga adunan likat.
  2. Biar selama 5 minit.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  4. Masukkan adunan ke dalam kuali dengan menggunakan sudu.
  5. Goreng sehingga bertukar warna keemasan.
  6. Angkat cucur dan toss minyak yang berlebihan.
  7. Sedia untuk dihidang bersama sos Cili Maggie atau sos Thai Maggie.

Wednesday, May 17, 2017

Resepi Ayam Sambal Kicap Pedas Kering



Sebenarnya resepi diubahsuai daripada Sambal Tumis Ayam yang ditapau dari kedai. So kalau ada left over sambal tumis ayam pun boleh ditambah rencah jadi masakan baru.

Bahan-bahan:
3 ketul ayam masak sambal tumis (dipotong kecil)
1 ulas bawang putih (dititik)
1 biji bawang merah (dipotong bulat)
1 tangkai cili merah (dihiris)
5 tangkai cili padi hijau (dihiris)
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap masin Cap Kipas Udang/Adabi
1/2 sudu teh garam halus
3 sudu air asam jawa
Minyak masak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. 
  2. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan ayam, bawang merah, cili merah, cili padi, sos tiram, kicap masin dan garam halus. Ratakan dan masak sehingga kering.
  4. Masukkan air asam jawa. Gaul dan masak sehingga kering.
  5. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, May 10, 2017

Resepi Lala Goreng Kunyit Berkuah


Bahan-bahan:
1 kg lala
1 ulas bawang putih (dititik)
1 biji bawang merah (dipotong bulat)
1 tangkai cili merah (dihiris)
10 tangkai cili padi hijau (dihiris)
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu tehs serbuk lada hitam
1/2 cawan air asam jawa
Minyak masak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah
  3. Masukkan lala, cili merah, cili padi hijau, serbuk kunyit, garam halus, serbuk lada putih, serbuk lada hitam. Gaulkan sehingga sebati dan sedikit kering.
  4. Masukkan air asam jawa. Biar sampai mendidih.
  5. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, May 03, 2017

Resepi Segera Sambal Tumis Udang Manis



Bahan-bahan:
1kg udang saiz L
1 ulas bawang putih
1 botol Sambal Pedas Saji
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu sos tiram
1 ulas bawang merah
Minyak untuk menumis
Sedikit air (100ml)

Cara memasak:
  1. Panaskan kuali dengan minyak masak untuk menumis.
  2. Tumis bawang putih sampai garing
  3. Masukkan Sambal Pedas Saji. Tambah sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada putih, sos tiram, bawang merah dan udang.
  5. Biarkan sampai mendidih.
  6. Sedia untuk dihidang.

Monday, May 01, 2017

Resepi Kari Ketam (Pekat)



Bahan-bahan:
3-4 ekor ketam saiz L-XL
1 ulas bawang putih (hiris halus)
1 ulas bawang merah (hiris halus)
1 tangkai daun kari
1 peket kecil rempah kari udang dan ketam Cap O
1/2 peket kecil rempah kari udang dan ketam Adabi
1 sudu serbuk cili Faizah
1 biji tomato (potong 4)
1 tangkai cili merah (dipatahkan)
5 tangkai cili padi (dipatahkan)
1 kotak kecil santan
2-3 sudu teh garam
Minyak masak untuk menumis
1 mangkuk kecil air untuk bancuhan (+- 250ml)
1 mangkuk kecil air untuk memasak (+- 250ml)

Cara memasak:
  1. Bancuh rempah-rempah kari dan serbuk cili dengan semangkuk air.
  2. Panaskan minyak masak untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, daun kari sehingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan bancuhan rempah. Masak rempah sampai pecah minyak. 
  5. Tambah 1 mangkuk air ke dalam kuali.
  6. Masukkan garam, tomato, cili merah, cili padi, dan ketam. Biarkan sampai mendidih.
  7. Masukkan santan. Biarkan sampai mendidih.
  8. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, March 01, 2017

Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi



Bahan-bahan:
1 mangkuk pucuk ubi
1 ulas bawang merah (dihiris bulat)
1 tangkai cili merah (dihiris)
1 sudu ikan bilis/udang kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih
1 kotak santan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan air

Cara memasak:

  1. Rebus pucuk ubi, bawang merah, cili merah, ikan bilis/udang kering dengan 1 1/2 cawan air sampai mendidih.
  2. Masukkan santan, serbuk kunyit, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
  3. Biar sampai mendidih.
Selamat mencuba

Tuesday, February 28, 2017

Resepi Daging Goreng Kunyit


Bahan-bahan A:
1 mangkuk daging
1 mangkuk air

Bahan-bahan B:
1 sudu serbuk kari daging
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk cili
1/4 serbuk lada putih
1/4 serbuk lada hitam

Bahan-bahan C:
1 bawang merah (dihiris bulat)
1 ulas bawang putih (dititik)
5 tangkai cili padi hijau (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 sudu sos tiram
1 sudu teh garam
5 sudu air asam jawa

Bahan-bahan D:
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Rebus daging sampai air hampir kering.
  2. Campur bahan-bahan B ke dalam mangkuk.
  3. Campurkan daging yang telah direbus ke dalam bahan-bahan B. Tambah sedikit air rebusan daging.
  4. Gaul sampai sebati.
  5. Panaskan kuali.
  6. Masukkan minyak untuk menumis.
  7. Masukkan daging ke dalam kuali. 
  8. Goreng sampai hampir garing. 
  9. Campurkan bahan-bahan C.
  10. Teruskan menggoreng sampai sebati.

Tuesday, February 21, 2017

Resepi Sambal Belacan


Bahan-bahan:
1 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
1 inci/kiub belacan (dibakar)
1/4 sudu teh garam
2 sudu air asam jawa

Cara-cara:
  1. Potong cili merah dan cili padi.
  2. Masukkan cili merah, cili padi, belacan dan garam ke dalam lesung batu.
  3. Tumbuk sampai hampir hancur.
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Gaul sampai sebati.

Tuesday, February 14, 2017

Resepi Bebola Daging Berinti Cheese

Bahan-bahan A:
1 peket daging cincang Ramli (2 keping)
1 biji bawang merah (Dicincang halus)
1 ulas bawang putih (Dicincang halus)
1 sudu daun parlsey (Dicincang halus)
1 sudu serbuk lada putih
1 sudu serbuk lada hitam
1.5 sudu teh garam
1 sudu serbuk keju Parmesan
1 biji telur ayam

Bahan-bahan B:
5-6 keping cheddar cheese strong (berwarna oren)

Cara memasak:

  1. Lembutkan daging cincang.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan A. Gaulkan sampai rata.
  3. Ambil segenggam adunan daging tadi dan bentukkan menjadi bulat. 
  4. Koyak kan kepingan cheese kepada beberapa bahagian.
  5. Leperkan adunan daging
  6. Isikan dengan cheese di tengah.
  7. Cantumkan semula adunan menjadi bulat.
  8. Ulang langkah 3-7 sampai adunan habis.
  9. Goreng dengan minyak yang panas dan api sederhana.


Sunday, February 05, 2017

Resepi Kari Penang (Kosong)



Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 tangkai daun kari
4 sudu serbuk kari ikan Faiza
1 sudu serbuk cili Faiza
1 kiub pati ayam Maggie
1 biji tomato
1 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi hijau
1 kotak kecil santan
Sedikit minyak untuk menumis
1 gelas air
1-2 sudu teh garam

Cara memasak:

  1. Hiris bawang merah, bawang putih.
  2. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air (menjadi pekat).
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih (1) dan daun kari sehingga bawang bertukar warna keperangan.
  5. Masukkan pes serbuk kari + serbuk cili (2).
  6. Tumis sehingga pecah minyak.
  7. Tambah air.
  8. Masukkan kiub pati ayam, cili merah, cili padi hijau dan tomato yang telah dipotong kasar.
  9. Biar sampai mendidih.
  10. Masukkan santan dan garam.
  11. Biar sampai mendidih.
Cadangan hidangan: Nasi putih, roti canai, capati, roti jala, roti putih.

Monday, January 30, 2017

Resepi Air Asam Belacan dengan Tomato



Bahan-bahan:
2 ulas bawang besar
1 tangkai cili merah (besar)
10 tangkai cili padi hijau
1 biji tomato
1 kiub belacan (anggaran 1 inci)
1 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
  1. Hiris halus bawang besar, cili merah, cili padi dan tomato.
  2. Bakar belacan.
  3. Campur belacan yang sudah dibakar ke dalam (1).
  4. Perah limau nipis.
  5. Masukkan sedikit garam.
  6. Gaulkan dengan menggunakan sudu (takut tangan pedas) sambil di tekan-tekan supaya tomato dan bawang keluarkan air - Tidak perlu tambah air.
Cadangan hidangan: dimakan dengan ikan bakar, nasi daging, ayam bakar.

Selamat mencuba.

Tuesday, February 03, 2015

Resepi Biskut Roti Kering Bergula




Bahan-bahan:
Sebuku Roti Gardenia Original Classic (Putih)/Whole Grain (I am using Whole Grain)
50-100g Butter Buttercup
Gula putih

Cara-cara:
1. Potong roti kepada 4 bahagian. Ketepikan dulu.
2. Panaskan kuali. Cairkan butter. Asingkan butter yang telah cair ke dalam pinggan/mangkuk.
3. Sapu butter cair kebahagian atas dan bawah roti.
4. Letakkan roti ke atas dulang pembakar.
5. Taburkan gula putih ke atas roti.
6. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 180-190 darjah Celcius.
7. Bakar roti tadi selama 15-20 minit.


Sedia untuk dibakar.


Sunday, January 18, 2015

Simple Quick Salad


Ingredient:
Some coral salads (crunchy but taste a bit bitter)
1/4 of tomato (can be replaced with cherry tomato)
2 tablespoon of extra virgin olive oil
1 pinch of salt
1 pinch of black pepper (coarse)

Steps:
  1. Slice the coral salad and tomato into small pieces (around 1 cm)
  2. Mix them with olive oil, salt and black pepper.
  3. Ready to be served.