.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more
Showing posts with label Hana Tajima. Show all posts
Showing posts with label Hana Tajima. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

New Launched Selendang

  *Baca Basmalah*

Alhamdulillah. Finally my favorite elegance exclusive selendang is now launched! I give the name, Shiny Silk.

Shiny Silk01 - Cover Picture

I can wear this dengan pelbagai cara. Especially material ni boleh buat macam2 style terutama style macam Hana Tajima. (I will post the tutorial soon) There are five (5) colors available. I love all of it! I just took 1 piece, and I am controlling my self from grabbing all of it! Fuhhh!

why is this selendang is best? The materials (Shiraz Silk and Japan Silk exclusively from JAKEL) are super fine and sejuk and comfortable sepanjang pemakaian. I used to wear it twice in attending 2 formal events. Kalau hari2 biasa jangan cakap la. This is one of my favorite sebab senang nak iron, bentuk, and susah nak kedut.

Majlis Pertama: Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih SKBA

B0543 Shiny Silk01 - Sample

Majlis Kedua: Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 205 Tahun (IPPD Kerian)

B0568

How much? RM49.50/item. Each of the item comes hanya dengan 2 Unit per color. For more info, layari http://selendanghijabonline.blogspot.com/2012/03/selendang-shiny-silk-1-by-shol.html

Wednesday, February 29, 2012

Cara Pemakaian Selendang Style Hana Tajima

T-0005-Result

Tudung: Selendang Lagenda#1 by SHOL (Coming soon- Limited Edition)

Inner tudung: Anggun#2 by SHOL

Baju: Turtle neck t-shirt (TsStripes(Tn)-01-04) by SHOL-B

Makeup:

Avon Concealer Stick (Almond)

AG2000 Tinted Make up

Avon Simply Pretty Compact Powder (Soft Bisque)

Avon Simply Pretty Eyeliner (Shiny Black)

The Body Shop Cheek Color (02)

Yves Rocher Lipstick (Orange Muscade)

First of all, thanks to Hana Tajima kerana memperkenalkan style baru memakai hijab. Ini menarik minat gadis-gadis yang selama ini free hair untuk bertudung.

I have shared a few inspired-by-Hana-Tajima’s styles berhijab. Now after a few months observing and finding the right material, finally I have made it.

Step 1: Setelah memakai inner tudung Anggun#2, letak selendang Lagenda#1 di kepala. Pastikan sama panjang.

 T-0005a

Step 2: Cucuk jarum pada bawah tepi sanggul pada bahagian kiri dan kanan.

T-0005b

Step 3: Tarik pada tengah panjang selendang yang berada dihadapan ke bahagian belakang leher (bawah sanggul)

T-0005c

Step 4: Pin kedua-dua bahagian yang ditarik dalam Step 3.

T-0005d

Dah siap.

T-0005-Result

Wednesday, August 24, 2011

Anak Tudung macam Hana Tajima

Inginkan inner leher atau anak tudung yang menutupi leher tanpa awning? 
Dapatkan Anggun #1 dan Anggun #2 from Selendang Hijab Online dengan harga serendah 
RM35 sahaja


Anggun #1


Anggun #2


Layari 
untuk maklumat lanjut

Friday, August 19, 2011

Hand Sock Bermanik, Auraat by SHOL



Auraat #1 by SHOL merupakan produk sarung lengan (hand sock). Ia dihiasi dengan butiran manik bagi menaikkan lagi seri si pemakai walaupun menutup aurat. Koleksi Auraat #1 ini sangat excusive kerana ia dikeluarkan hanya dalam 2 unit, Auraat Emas dan Auraat Green. Harganya amat berpatutan. Jadi...

Layari 
untuk maklumat lanjut

Cepat... sekarang ni tengah ada promosi Hari RAYA

Koleksi Anak Tudung PermaisuriSyria #1 2011 (Anak Tudung untuk nikah)

PermaisuriSyria #1 by SHOL ini merupakan anak tudung beserta mini tudung yang sangat exclusive dan sangat sesuai untuk menghadiri majlis makan malam atau pun majlis akad nikah. Anak tudung ini sangat sesuai untuk dijadikan inner kerana ia melitupi bahagian leher dan boleh dimasukkan ke dalam baju.



Details:
Code: PermaisuriSyria#1-Grey

Layari 
Selendang Hijab Online (SHOL)
untuk maklumat lanjut

Monday, August 15, 2011

Promosi Selendang Serba Baru Hari Raya dengan SHOL

Sponsored Ads.


Pernah tak anda menghabiskan masa berjam-jam untuk memilih outfit bagi menghadiri majlis rumah terbuka atau mana-mana majlis... tengok-tengok...


"Eh, tudung kau sama dengan dia la.."


zzzzzzzZZzzzz


Nak Bergaya di Hari Lebaran? Inginkan produk yang cantik dan ekslusif dengan harga yang berpatutan?


I'm suggesting you to visit dan dapatkan Tudung dari Selendang Hijab OnLine (SHOL) untuk mendapatkan gaya yang tiada pelanduk dua serupa.






Anak Tudung Mahkota Syria #1 by SHOL merupakan produk anak tudung syriaLain daripada kebanyakan barangan dipasaran, Ia dihiasi dengan butiran manik yang direka khas untuk pemakai tudung yang inginkan inner tudung yang unik dan menyerlah. Ditambah pula dengan penggunaan material yang sejuk, ia menjadikan si pemakai yang sudah biasa memakai selendang berasa selesa dan kemas sepanjang hari terutama ketika berhari raya. Bagi memastikan produk ini adalah ekslusif, pengeluarannya terhad kepada 1 unit bagi setiap warna dan corak butiran manik tersebut.


Get MahkotaSyria#1-Pink dengan hanya RM40
dan
TIADA CAJ PENGHANTARAN

More choices on: Koleksi Anak Tudung Mahkota Syria #1 2011 



Phuteri Syria #1 by SHOL merupakan selendang lembut yang didatangkan dengan anak tudung syria bermanik yang ekslusif. Anak tudung syria tersebut dihiasi dengan butiran manik yang berkualiti, jahitan yang kemas dan design yang berbeza. Koleksi selendang ini didatangkan dalam 2 tona (Gradient) dan terhad kepada SATU (1) UNIT sahaja untuk setiap warna. 


Get PhuteriSyria#1-Pink dengan hanya RM50
dan
TIADA CAJ PENGHANTARAN

More choices on: Koleksi Selendang dan Inner Tudung Exclusive Phuteri Syria #1 2011 

*------------------------------------------------*--------------------------------------------*
*Beli mana-mana 2 item untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10%, 15% untuk 4 item, atau 20% untuk 6 item keatas dengan sekali pembelian. Promosi sah sehingga 12.00pm, 28 Ogos 2011 dan sementara stok masih ada.


Visits Selendang Hijab OnLine (SHOL) for more choices and details.

Wednesday, March 02, 2011

Lilitan Selendang Style Hana Tajima

Semalam tiba2 teringin sangat nk belajar lilit selendang style Hana Tajima <—bukan inspired anymore. Then I remembered I used to saw her video tutorial pasal cara nak lilit selendang on YouTube. Cari dan terus mencari… baru jumpe video that is made by her (bukan orang lain yea). Bila dah tengok video tu… baru tau. Senang sangat!


Belajar daripada kesilapan

Beberapa cubaan telah dilakukan dengan menggunakan different jenis kain selendang. Conclusion… Orang cakap… jangan lawan cakap cikgu. Bila cikgu cakap guna A, sila ikut guna A. Jangan degil. Beberapa cubaan telah gagal sebab Hana Tajima ckp kena guna kain pashmina, jangan guna selendang kain lembut. Oleh kerana ‘bahan2’ yang ada hanyalah selendang lembut (rasanya kain jojet), cubaan telah dilakukan ke atas selendang2 tersebut. Kesemuanya telah gagal. Finally I have found a selendang kain yang tebal sket but yet still lembut. So dengan selendang tu la yang jadi <—better la drpd kain jojet tu. Get the selendang and inner tudung from Selendang Hijab Online (SHOL). Mari mulakan tutorial!

*drum roll*

Langkah 1:
Letak selendang atas kepala. Adjust bagi panjang sebelah.


Langkah 2:
Pinkan dibahagian belakang-tepi kepala disebelah kiri dan kanan.

T0006-2

Bila both dah pin, akan kelihatan macam ni. Biarkan both sides lepas ke belakang.

T0006-3

Langkah 3:
Ni additional step utk kemasan melindungi bahagian leher dan telinga. Tarik bahagian dalam side yang pendek tu. Pin kan pada anak tudung.

T0006-3ii

Langkah 4:
Ambil bahagian dalam side yang panjang tadi. Lilit bahagian leher. this step is to twist bahagian dalam ke luar to get kembung kat tepi muka tu.


Langkah 5:
Kemaskan lilitan dan letakkan atas bahu
T0006-5

Langkah 6:
Kemaskan tepi tudung bahagian kiri and kanan dengan meletakkan pin. <—biar gelembung tu statik.


Dah siap

This will looks good kalu guna selendang pashmina tu.

PROMO: Please visits Selendang Hijab Online (SHOL) for more selendang dan inner tudung.

Selamat mencuba!

Friday, February 18, 2011

Cara Mudah Lilit Tudung seperti Selendang

 T0005-6

Kali ni kita ubah style sikit. Asek2 selendang je kan. This post pasal cara lilit tudung yang sangat mudah and cepat and kemas tapi masih cantik. Tudung sponsored by Selendang Hijab Online (SHOL).

Langkah 1:
Tanpa perlu lipat, Pin kan tudung supaya memanjang sebelah (dan sangat labuh dibahagian belakang)
T0005-1

Langkah 2:
Tarik separuh daripada lepasan tudung labuh td (kalau nak guna bucu sebagai ukuran lipat pun boleh) dan lilit ke atas kepala.
T0005-2

Langkah 3:
Pinkan di atas kepala. Tudung akan masih kelihatan sangat labuh/besar.
T0005-3

Langkah 4:
Tarik juntai bahagian belakang td ke depan. Tak perlu pin.
T0005-4

Langkah 5:
Susun supaya kemas dan pinkan mengikut keselesaan dan kesesuaian
T0005-5
 T0005-6
Seperti biasa…


PROMO: Visits Selendang Hijab Online (SHOL) for more selendang dan inner tudung.



Selamat mencuba!!!

Thursday, February 10, 2011

Cara Lilit Selendang Siti inspired by Hana Tajima’s ‘awning’ with Anak tudung syria

Panjang betul title posting kali ni. Tudung ni sangat simple and tak perlu risau senget ke terlipat ditiup angin ke. sebab awning dia memang tak tetap.

Bahan2 yang diperlukan:

  • Selendang panjang (Sponsored by: Selendang Hijab Online (SHOL)
  • 1 pin tudung dagu
  • 1 pin untuk atas kepala (jarum peniti pun boleh)
  • anak tudung syria (Nak dapatkan anak tudung Hana Tajima? Klik sini)


Step 1:
Pakai anak tudung syria. Letakkan selendang di atas kepala (even panjangnya)
T0003-1
Step 2:
Lilit kiri dan kanan ke atas kepala. tak perlu tarik yea. biar je dia loose. Pinkan. Make sure pin sekali dengan anak tudung supaya selendang terletak elok di atas kepala.
T0003-2
Step 3:
tarik bahagian dalam tudung (kiri dan kanan)
T0003-3

Combination step 3 and 4: tarik bahagian dalam selendang n pinkan


Step 4:
Pinkan supaya ia menutupi bahagian leher.
 T0003-4
Hasilnya
T0003-5


PROMO: Visits Selendang Hijab Online (SHOL) for more selendang dan inner tudung.





Ringkas dan selesa. Cara pemakaian selendang ni boleh cover muka yang bulat or lebar.
Selamat mencuba!

Wednesday, February 02, 2011

Lilitan Tudung Bawal ispired by Hana Tajima

Tudung bawal boleh digayakan dengan pelbagai cara. Cara yang paling diikuti ramai adalah Butterfly dan W*rdin* (yang pin kat atas kepala tu).

Selain daripada itu, tudung bawal juga boleh digayakan dengan lilitan trend masa kini – style Hana Tajima. Untuk style macam ni, tudung tidak perlu ditarik ketat ketika dililit. Ini dapat mengelakkan tiba2 ada gelembung yang terkeluar dari lilitan dan leher berasa tidak selesa.

Sebelum memulakan demo, sediakan bahan2 berikut:
  • 1 helai tudung bawal kain cotton bersulam bidang medium (More Hijab:  Selendang Hijab Online (SHOL) )
  • 1 pin kecil untuk dagu
  • 1 pin tudung/jarum peniti untuk atas kepala


Langkah 1
T0002-1
Tak perlu melipat tudung. Pinkan bahagian tudung yang bertentangan dengan corak sulaman tudung pada panjang seperti dalam gambar.

Langkah 2
 T0002-2
Tarik dan kepit dengan jari bahagian separuh lebihan tudung dibahagian hadapan.

Langkah 3
T0002-3
Lilit sampai ke kepala. Pin kan buat sementara.

Langkah 4
T0002-4
Tarik separuh daripada lebihan tadi ke arah bertentangan dan lilit sampai ke kepala.

Langkah 5
 T0002-5
Adjust sulaman tudung supaya berada di tengah bahagian hadapan. Cabut pin sementara tadi. Pinkan kedua-dua lilitan di atas kepala.

Hasilnya
T0002-6
Tudung ini sesuai untuk digayakan di majlis formal atau kasual dengan baju t-shirt/kemeja/baju traditional.

Anak Tudung Manik Jahitan Tangan? Visits Selendang Hijab Online (SHOL).

Tips:
  • Saiz tudung tidak boleh terlalu kecil atau besar sebab jika terlalu kecil, tak boleh buat lilitan untuk bahagian kiri dan kanan – tudung akan jadi singkat. Jika terlalu besar pula, bahagian kepala akan kelihatan sangat besar.
  • Fabrik tudung yang bersesuaian adalah cotton or kapas lembut yang mudah melekat antara1 sama lain.
  • Sulaman tudung dapat menyebabkan tudung bahagian bahu terletak rapi dan tidak mudah jatuh dan memanjang ke bawah.
Selamat mencuba!