.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more
Showing posts with label Lilit tudung bawal. Show all posts
Showing posts with label Lilit tudung bawal. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Promosi Selendang Serba Baru Hari Raya dengan SHOL

Sponsored Ads.


Pernah tak anda menghabiskan masa berjam-jam untuk memilih outfit bagi menghadiri majlis rumah terbuka atau mana-mana majlis... tengok-tengok...


"Eh, tudung kau sama dengan dia la.."


zzzzzzzZZzzzz


Nak Bergaya di Hari Lebaran? Inginkan produk yang cantik dan ekslusif dengan harga yang berpatutan?


I'm suggesting you to visit dan dapatkan Tudung dari Selendang Hijab OnLine (SHOL) untuk mendapatkan gaya yang tiada pelanduk dua serupa.






Anak Tudung Mahkota Syria #1 by SHOL merupakan produk anak tudung syriaLain daripada kebanyakan barangan dipasaran, Ia dihiasi dengan butiran manik yang direka khas untuk pemakai tudung yang inginkan inner tudung yang unik dan menyerlah. Ditambah pula dengan penggunaan material yang sejuk, ia menjadikan si pemakai yang sudah biasa memakai selendang berasa selesa dan kemas sepanjang hari terutama ketika berhari raya. Bagi memastikan produk ini adalah ekslusif, pengeluarannya terhad kepada 1 unit bagi setiap warna dan corak butiran manik tersebut.


Get MahkotaSyria#1-Pink dengan hanya RM40
dan
TIADA CAJ PENGHANTARAN

More choices on: Koleksi Anak Tudung Mahkota Syria #1 2011 



Phuteri Syria #1 by SHOL merupakan selendang lembut yang didatangkan dengan anak tudung syria bermanik yang ekslusif. Anak tudung syria tersebut dihiasi dengan butiran manik yang berkualiti, jahitan yang kemas dan design yang berbeza. Koleksi selendang ini didatangkan dalam 2 tona (Gradient) dan terhad kepada SATU (1) UNIT sahaja untuk setiap warna. 


Get PhuteriSyria#1-Pink dengan hanya RM50
dan
TIADA CAJ PENGHANTARAN

More choices on: Koleksi Selendang dan Inner Tudung Exclusive Phuteri Syria #1 2011 

*------------------------------------------------*--------------------------------------------*
*Beli mana-mana 2 item untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10%, 15% untuk 4 item, atau 20% untuk 6 item keatas dengan sekali pembelian. Promosi sah sehingga 12.00pm, 28 Ogos 2011 dan sementara stok masih ada.


Visits Selendang Hijab OnLine (SHOL) for more choices and details.

Friday, February 18, 2011

Cara Mudah Lilit Tudung seperti Selendang

 T0005-6

Kali ni kita ubah style sikit. Asek2 selendang je kan. This post pasal cara lilit tudung yang sangat mudah and cepat and kemas tapi masih cantik. Tudung sponsored by Selendang Hijab Online (SHOL).

Langkah 1:
Tanpa perlu lipat, Pin kan tudung supaya memanjang sebelah (dan sangat labuh dibahagian belakang)
T0005-1

Langkah 2:
Tarik separuh daripada lepasan tudung labuh td (kalau nak guna bucu sebagai ukuran lipat pun boleh) dan lilit ke atas kepala.
T0005-2

Langkah 3:
Pinkan di atas kepala. Tudung akan masih kelihatan sangat labuh/besar.
T0005-3

Langkah 4:
Tarik juntai bahagian belakang td ke depan. Tak perlu pin.
T0005-4

Langkah 5:
Susun supaya kemas dan pinkan mengikut keselesaan dan kesesuaian
T0005-5
 T0005-6
Seperti biasa…


PROMO: Visits Selendang Hijab Online (SHOL) for more selendang dan inner tudung.



Selamat mencuba!!!

Wednesday, February 02, 2011

Lilitan Tudung Bawal ispired by Hana Tajima

Tudung bawal boleh digayakan dengan pelbagai cara. Cara yang paling diikuti ramai adalah Butterfly dan W*rdin* (yang pin kat atas kepala tu).

Selain daripada itu, tudung bawal juga boleh digayakan dengan lilitan trend masa kini – style Hana Tajima. Untuk style macam ni, tudung tidak perlu ditarik ketat ketika dililit. Ini dapat mengelakkan tiba2 ada gelembung yang terkeluar dari lilitan dan leher berasa tidak selesa.

Sebelum memulakan demo, sediakan bahan2 berikut:
  • 1 helai tudung bawal kain cotton bersulam bidang medium (More Hijab:  Selendang Hijab Online (SHOL) )
  • 1 pin kecil untuk dagu
  • 1 pin tudung/jarum peniti untuk atas kepala


Langkah 1
T0002-1
Tak perlu melipat tudung. Pinkan bahagian tudung yang bertentangan dengan corak sulaman tudung pada panjang seperti dalam gambar.

Langkah 2
 T0002-2
Tarik dan kepit dengan jari bahagian separuh lebihan tudung dibahagian hadapan.

Langkah 3
T0002-3
Lilit sampai ke kepala. Pin kan buat sementara.

Langkah 4
T0002-4
Tarik separuh daripada lebihan tadi ke arah bertentangan dan lilit sampai ke kepala.

Langkah 5
 T0002-5
Adjust sulaman tudung supaya berada di tengah bahagian hadapan. Cabut pin sementara tadi. Pinkan kedua-dua lilitan di atas kepala.

Hasilnya
T0002-6
Tudung ini sesuai untuk digayakan di majlis formal atau kasual dengan baju t-shirt/kemeja/baju traditional.

Anak Tudung Manik Jahitan Tangan? Visits Selendang Hijab Online (SHOL).

Tips:
  • Saiz tudung tidak boleh terlalu kecil atau besar sebab jika terlalu kecil, tak boleh buat lilitan untuk bahagian kiri dan kanan – tudung akan jadi singkat. Jika terlalu besar pula, bahagian kepala akan kelihatan sangat besar.
  • Fabrik tudung yang bersesuaian adalah cotton or kapas lembut yang mudah melekat antara1 sama lain.
  • Sulaman tudung dapat menyebabkan tudung bahagian bahu terletak rapi dan tidak mudah jatuh dan memanjang ke bawah.
Selamat mencuba!