.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Wednesday, May 17, 2017

Resepi Ayam Sambal Kicap Pedas Kering



Sebenarnya resepi diubahsuai daripada Sambal Tumis Ayam yang ditapau dari kedai. So kalau ada left over sambal tumis ayam pun boleh ditambah rencah jadi masakan baru.

Bahan-bahan:
3 ketul ayam masak sambal tumis (dipotong kecil)
1 ulas bawang putih (dititik)
1 biji bawang merah (dipotong bulat)
1 tangkai cili merah (dihiris)
5 tangkai cili padi hijau (dihiris)
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap masin Cap Kipas Udang/Adabi
1/2 sudu teh garam halus
3 sudu air asam jawa
Minyak masak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. 
  2. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan ayam, bawang merah, cili merah, cili padi, sos tiram, kicap masin dan garam halus. Ratakan dan masak sehingga kering.
  4. Masukkan air asam jawa. Gaul dan masak sehingga kering.
  5. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, May 10, 2017

Resepi Lala Goreng Kunyit Berkuah


Bahan-bahan:
1 kg lala
1 ulas bawang putih (dititik)
1 biji bawang merah (dipotong bulat)
1 tangkai cili merah (dihiris)
10 tangkai cili padi hijau (dihiris)
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu tehs serbuk lada hitam
1/2 cawan air asam jawa
Minyak masak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah
  3. Masukkan lala, cili merah, cili padi hijau, serbuk kunyit, garam halus, serbuk lada putih, serbuk lada hitam. Gaulkan sehingga sebati dan sedikit kering.
  4. Masukkan air asam jawa. Biar sampai mendidih.
  5. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, May 03, 2017

Resepi Segera Sambal Tumis Udang Manis



Bahan-bahan:
1kg udang saiz L
1 ulas bawang putih
1 botol Sambal Pedas Saji
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu sos tiram
1 ulas bawang merah
Minyak untuk menumis
Sedikit air (100ml)

Cara memasak:
  1. Panaskan kuali dengan minyak masak untuk menumis.
  2. Tumis bawang putih sampai garing
  3. Masukkan Sambal Pedas Saji. Tambah sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada putih, sos tiram, bawang merah dan udang.
  5. Biarkan sampai mendidih.
  6. Sedia untuk dihidang.

Monday, May 01, 2017

Resepi Kari Ketam (Pekat)



Bahan-bahan:
3-4 ekor ketam saiz L-XL
1 ulas bawang putih (hiris halus)
1 ulas bawang merah (hiris halus)
1 tangkai daun kari
1 peket kecil rempah kari udang dan ketam Cap O
1/2 peket kecil rempah kari udang dan ketam Adabi
1 sudu serbuk cili Faizah
1 biji tomato (potong 4)
1 tangkai cili merah (dipatahkan)
5 tangkai cili padi (dipatahkan)
1 kotak kecil santan
2-3 sudu teh garam
Minyak masak untuk menumis
1 mangkuk kecil air untuk bancuhan (+- 250ml)
1 mangkuk kecil air untuk memasak (+- 250ml)

Cara memasak:
  1. Bancuh rempah-rempah kari dan serbuk cili dengan semangkuk air.
  2. Panaskan minyak masak untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, daun kari sehingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan bancuhan rempah. Masak rempah sampai pecah minyak. 
  5. Tambah 1 mangkuk air ke dalam kuali.
  6. Masukkan garam, tomato, cili merah, cili padi, dan ketam. Biarkan sampai mendidih.
  7. Masukkan santan. Biarkan sampai mendidih.
  8. Sedia untuk dihidang.