.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more
Showing posts with label YouTube. Show all posts
Showing posts with label YouTube. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

Hari Raya makin menjelang

Alhamdulillah, sudah 17 hari umat Islam berpuasa. Hari ni jumaat dan hari nuzul quran. Selangor cuti. So the whole day kemas rumah yang dah macam tongkang pecah, ganti gas baru (Mesra Petronas 1300-888-427), tukar langsir, basuh baju berbakul-bakul, masak for berbuka puasa, and finally, sambung menjahit sebab drama kat tv sangat boring... kalau tak couple gaduh, admire nak kawen, tak pun nak bolot keuntungan syarikat sorang2, oh trend terbaru, pukul2 a.k.a gangster... 
=.= boooring.


while menjahit, layan la lagu rock kapak abg awie kat youtube..

terbayang pulak macam que haidar dalam movie Rock... sapa yang tengok tau la scene mana..

oh.. let me introduce you to the background... that is my new langsir.. do we need to have name for it? 

Wednesday, January 04, 2012

Antara tiga video

Anda tengok... ketiga-tiga video di bawah.

Video 1: Perhimpunan yang meninggalkan banyak sampah
Peralatan: Orang beragama Islam a.k.a Melayu

Pihak baju biru memey nampak agak agressive pada minit2 tertentu. - dorg dah pesan jangan buat perhimpunan haram. 

Video 2: Bakal-bakal guru? Sekolah kerajaan kat mana korg nak ngajar nanti? Cikgu harus dihormati dan untuk mendapatkan itu, mereka harus menghormati diri mereka sendiri. Kalau dah jadi macam ni, macam mana org ramai nak hormati guru siswazah univ tersebut?
Peralatan: Bakal pendidik yang majority melayu a.k.a Islam.

Mungkin kena buat revision mengenai ayat "Dilarang menganjur atau menghadiri perhimpunan haram". (I said 'mungkin' ). Ok... Video di atas kejam?

Mai tengok video kat bawah ni....


Video 3: Korang nak jadi sampai macam ni ke?
Video di atas terjadi selepas beberapa bulan mereka berjaya menjatuhkan kerajaan pemerintah sebelum ni demi mencari keadilan dan keamanan. Adilkah yang terjadi? Berjayakah mengecapi keamanan tersebut selepas berbulan-bulan kerajaan lama jatuh? Bagaimana dengan makanan dan ekonomi?

Mereka pernah menjadi boneka barat. Jadi kita harus ambil ikhtibar supaya tidak menjadi boneka seperti mereka walaupun penghasut kita bukan dari barat.

Wahai Prof., Dr., executive, mahasiswa/i, pakcik, makcik, dan adik-adik, fikirlah sebelum bertindak. Gunalah saluran yang betul.

Kita hidup dengan aman dan sejahtera dah berpuluh tahun lamanya. Sehingga mungkin ada yang terlupa mengenai keperitan hidup menderita dan dalam tidak aman. Warga yang lahir selepas tahun yang berlakunya Peristiwa 13 Mei tidak merasa perit hidup mcm tu. Takkan baru nak rasa sakit baru nak mencari semula keamanan dan kebebasan tersebut?

Sedih dan risau. Kita berkongsi negara yang sangat kecil ni. Jika masing2 xleh nak tolerate dan nak ikut angin masing2... angin yang 'Diatas' kita mungkin terlupa. Jangan sampai kita menjadi kufur nikmat dengan hanya berkiblatkan keinginan dan hawa nafsu - bala besar menanti. Kemurkaan-Nya yang digeruni.

Sekian.

Saturday, October 08, 2011

Video Konsert Jamal Abdillah di Singapore 2011

My mak and ayah are the biggest fans of Jamal Abdillah. Pagi ni lepas je breakfast, ayah request utk cari video konsert Jamal di Singapore. If we are not mistaken, dalam radio ada ckp this concert has collected more than1.5mil!!!

I am going to share a video from Youtube.com. I think this video is captured using iPhone (see the kualiti).


Jamal Abdillah... bersuara emas. Me almost cry bila dgr lagu-lagu yang beliau nyanyi walaupun secara LIVE! Sedap sungguh suara beliau. Tak ubah mcm dalam kaset. Nanti uols tengok sendiri la related videos... BUT

ada 1 video ni lawok... bukan plawok k!


Sunday, December 26, 2010

Layan Juara Lagu 80-90an di YouTube

Dah kata minggu bermalas2an… jd video yang bersemadi di YouTube la diselongkar satu persatu utk aktiviti hari ini.
Then terjumpa video lagu Allahyarham Sudirman.


Perghhhh jiwa yang xde frust or heart broken ni pon sebak lepas nengok n dgr performance beliau di Juara Lagu 1987 – aku pon tak lahir lagi daa time ni. Tp my brother (Khairul Shukeri) dah lahir dan masih kanak2 riang berambut kerinting ala2 Alleycats dan berkulit putih macam anak org putih!!!
Lagu ke dua yg layan adalah lagu drpd Fauziah Latif – teratai layu di tasik madu.

Best giler suara dia live! Memang betoi3 menjiwai la.
Lagu ke tiga menjadi pilihan hati, SHima – teringin. “Sesekali ku rasa teringin…”


suara serak dia mmg unik!
Wings – Taman Rasyidah Utama. Nengok.. rock tak semestinya selebet and selekeh. Baru la jiwang berseni lagi kemas! Layan lah sunglasses Awie tu.. hihihihi



Lepas layan rock kapak, layan dangdut pulak… Amelina – Asyik. Kat pasar malam pun pakcik2 tu dok pasang lagu ni ja.



Mustahil utk layan lagu2 juara lagu kalu xde Ziana Zain. Eden minat betoi ngan ZZ ni. Siap beli lagi album Puncak Kasih. My first album original. Harga RM15.50. Yela, time tu kecik lagi, mana nak tau original ke x. Tapi lagu ni bukan dlm album Puncak Kasih la. Lagu ni mengingatkan filem Maria Mariana. perghhh… layan giler! Time ni semua Ziana Zain la…



Golden voice yang tak berubah lagi pecah dari dulu smpi sekarang, Jamal Abdillah. I hope I can see his performance di Istana Budaya 1 day. :)



Penyanyi wanita kegilaan ramai lelaki sekurang2nya sedekad, Siti Nurhaliza. Banyak album Siti kat rumah. Yela, Sayer ada sorg abang, dia adalah lelaki, dan adalah normal dia minat Siti. Zaman populer siti, dia keluarkan album 2 kali setahun.. jadi byk la koleksi album siti ni kat dalam kete. For me, I just knew Siti Nurhaliza sebab lagu cindai dan beliau menjuarai Juara Lagu utk lagu tu. Sebelum tu tak hairan dgn Siti sebab minat Ziana Zain. Time ni ZZ dah kawen kot. So popularity berpindah kepada Siti.



Kekal dengan imej sopan, dan merendah diri, itu la ‘X-factor’ Siti.



Eh.. tersesat lak video era 2000 millenium nih. maap la.. terlajak sudey..

Okay. Setakat ni je review pasal Juara lagu. Kenape tak ada video JL skrg ni?? Alaaaa.. dulu2 nye best.. skrg dah tak layan AJL.
(sebenarnye layan byk lagi video Juara Lagu zaman 90an tapi tak kan nak post semua kan… baik korg g layan kat Youtube tu)