.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more
Showing posts with label Renung Renungkan. Show all posts
Showing posts with label Renung Renungkan. Show all posts

Friday, October 04, 2013

"i did one good thing pagi ni... rasa happy"

Ini la rasa beza bila selalu tak buat, kadang-kadang buat. Bila selalu buat, dah jadi macam rutin or dianggap sebagai tanggung jawab. tapi bila jarang-jarang buat, dapatla rasa kelainan kemanisan dalam hidup.

Macam tu la jugak bila kerja dalam bidang yang memberi servis.

Bila selalu senyum dengan pelanggan, they will feel okay biasa la orang senyum. Tapi once kita macam, people will talk about it.

Bila selalu muka kelat, sesekali senyum, then orang akan cakap jugak... Puji Puji Puji... sebab benda lain daripada selalu.

Padahal hakikatnya always kena senyum.

Same goes antara kita dengan family. Kadang-kadang hati ni jahat jugak kena bisikan syaitan. Family la orang yang kita spend more time dalam hidup. And bila kita spend more time, kita nampak la flaw here and there. We see our neighbour... terdetik dalam hati,

"bahagianya mereka" 

"ada kereta besar" 

"ada rumah besar" 

and etc... 

We want a parents macam tu jugak. But we didnt live in that family. We cannot see the flaw yang dilindungi oleh tembok batu yang tak ada orang lain pun tahu kecuali family jiran tersebut.

Lumrah hidup sebagai manusia. Bila sentiasa ada, take for granted. Nampak yang salah saja. Bila dah ditarik nikmat tu, baru nak hargai.

Lihat sekeliling...

Lihat keluarga...

Lihat kejiranan...

Lihat daerah...

Lihat negeri...

Lihat negara...

Muhasabah diri.

Thursday, October 11, 2012

Sembilan Sembilan Sembilan

I am now watching 999 di tv3. Rancangan terbitan primeworks ni kadang-kadang bagus, dan kadang2 menyakitkan hati.

Pada awal episod, mereka menceritakan tentang seorang pemandu teksi yang ditemui mati di kawanan tanah perkuburan dipercayai dirompak – perompak pun, rompak orang awam bukannya banyak korg leh ambil compare to nyawa orang yang korang rompak tu.. NYAWA!

Then, masuk citer pasal immigresen buat serbuan ke gerai-gerai makan yang diusahakan oleh pendatang asing. Kalau kita tengok, memang ramai pengusaha gerai/warung makanan kat tepi jalan ni diusahakan oleh orang asing… atau pengusaha tempatan mengambil pekerja asing sebagai pembantu – tanpa permit. Biasalah, serbuan dibuat. Itu kerja dorg. Apa yang menarik perhatian adalah cara tindakan dorg.

Buat rush terhadap kedai yang diusahakan oleh warga asing – ada customer warga asing jugak – customer tengah tunggu makanan -customer kene tahan sekali – dipaksa duduk mencangkung sambil pegang kerusi yg dia duduk tadi.

Korang dapat gambarkan tak apa yg berlaku? Orang yang tengah lapar, nak makan, tengok2 kene tahan sekali. Dah la tak dpt makan. Mungkin tu la time yang baru dia sempat nak makan untuk hari tu. Tugas adalah tugas, tapi budi bicara, orang nak makan… nak makan weh! Tahan la lepas dorg makan. Untuk lelain, shopping ke, rehat ke… tahan la dorg. Tapi hal makan minum, biar la dorg makan dulu. Sedih sangat tengok.

Isu yang pembantu warga asing pulak.. I understand government nak control dari segi penyakit dan kebersihan. Tetapi, mereka berniaga di gerai – uol sendiri tau kan gerai mcm mana. Tak semua bersih, sumber air yang tak menentu. But yet, yang tu la pilihan ramai pekerja2 gov. and swasta. Lagi satu, bukan senang nak cari pekerja tempatan untuk kerja di warung. Sangat susah. Walaupun banyak yang jobless, they prefer to be jobless rather than working in warung tepi jalan. Sebab kerja gerai makan ni letih. Warga asing ni la yang nak bekerja teruk and committed untuk dtg kerja hari-hari tanpa alasan demam la, makcik kawin nak cuti la.

Dear Government, please bantu provide tenaga kerja tempatan untuk peniaga-peniaga warung/kedai makan tempatan. Bukan peniaga tak nak apply permit utk pekerja warga asing, tetapi sangat mahal. Beribu-ribu untuk sorang pekerja. They hired illegal workers sebab susah nak dapat pekerja asing. Will you? Smile

Monday, August 06, 2012

Black Featuring Malique - Teman pengganti



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka


Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang *


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Credit to: http://liriklagu.my/lirik-lagu-teman-pengganti-black-feat-malique/

-------------------------------------------------
Lirik yang agak panjang untuk sebuah lagu but... lagu ni adalah sebuah cerita yang tersangat menyentuh hati. Yang hidup pasti akan mati. Itu adalah lumrah kehidupan. Sayangi dan hargai insan yang kita sayang sementara mereka masih wujud di dunia ni. Tunjukkan dengan perbuatan dan tutur kata. Apabila mereka sudah tiada, hanya ayat--ayat suci Al-Quran menjadi hadiah. Dan 'mereka' itu... suatu hari mungkin menjadi 'aku' juga.

Sunday, April 15, 2012

Sudahlah... jangan tertipu

Korang sokong .......

  1. hapuskan pinjaman PTPTN?
  2. harga minyak turun?
  3. letrik FREE?
  4. air FREE?
  5. indahwater FREE?
  6. study kat universiti FREE?

Jawapan kepada semua FREE yang anda mahukan

  1. Kalau tak ada PTPTN, macam mana nak sambung study? Macam mana nak bayar duet yuran? Ibu bapa kena bergolok gadai tanah nak bantu anak sambung belajar. Kalau tak ada tanah nak digadai or jual? Kerja paras SPM la korang! Ingat kesusahan orang dulu-dulu nak belajar kat universiti macam mana. Tak bersyukur betol lah sebab nak dapat pinjaman PTPTN mudah kan? Tekanan taraf hidup makin tinggi. Kalau tak belajar bersungguh2 and dapat ilmu, apa lagi harta yang ada? MEmang agak sakit nak bayar semula hutang PTPTN. Tapi... cuba lah bayar sikit2.
  2. ok2... aku pon sokong kalau harga minyak turun. Tapi kene look deeply into why kenaikan tu terjadi. Harga boleh control... kan bagus kalau kita berbaik dengan negara2 pengeluar minyak utama dunia seperti Iran.
  3. Ini melibatkan GLC. Korang ingat kos arang batu murah ke? nak bayar pekerja2 and kabel2 yang selalu hilang kene curi oleh tah1-pit.
  4. Air free? Kadar air sekarang ni paling murah dah kot. Kalau nak free... sapa nak bayar penyelenggaraan empangan n kos2 yang berkaitan dengan maintenance untuk menyalurkan air yang bersih kepada kita?
  5. Indah water... fuhhh... sapa la nak maintain shittos2 yang dibuang setiap masa ni.
  6. Study kat universiti free... enough for me to say... bill elektrik nak bayar pun beribu2 sebulan. air cond bagai. kalau belajar bawah khemah pun kene bayar sewa/maintenance khemah kot. Yang kene bayar pun sesetengah student study 'halai-balai'... kalau free... lecturer pon dorg sepak2 je kot.
Korang pernah terfikir tak kalau semua free... mana government nak dapat duit? Korang ingat korang boleh hidup senang lenang lenggang perut?

IMPOSSIBLE!

Kemungkinan yang akan berlaku
  1. Interest bank boleh mencecah sehingga 20%. Sekarang pun paling busuk 5.99%. Kalau korang buat pinjaman selama 10 tahun, dengan kadar interest 20%, anda kene bayar balik sebanyak 200% + jumlah pokok!
  2. Cukai pendapatan... silap2 setiap orang yang bekerja pun kene bayar income tax.
  3. Cukai belian... seperti di negara J (contohnya: 5% dikenakan untuk setiap nilai barangan yang dibeli)
  4. Cukai pintu... dan segala jenis cukai yang ada di muka bumi ini.
They can remove so many things, but the citizen kene bayar much more than usual to cover semua tu.

Segala yang melibatkan material di dunia ni tak ada yang free people... NOTHING! Stop being tertipu. I feel  n saw sendiri macam mana living in 'this city'. Sedih weh... tepi2 jalan dah tak ada rumah bangsa sendiri. Kalau ada pun rumah buruk/kampung. Rumah yang beratus2 ribu tu tak semua orang 'kita' mampu. Orang kita kebanyakan hanya tinggal di flat PPRT yang berkulat kusam dan penuh bermasalah.

I'm writing this sebab I am so sick and sad with certain perception yang sering tertipu dengan 'harapan' FREE and 'BANTUAN DUIT'. Come on. Think wisely.

Tuesday, April 03, 2012

Perspective

source: Lance Smith's

Haruskah aku membandingkan 
Nasib diri dan tuah orang 
Haruskah aku melupakan 
Segala kurniaan

Entah mengapa mataku ini 
Halaman orang nampak berseri 
Laman sendiri berwarna warni 
Tak bererti 
Terlalu asyik memandang bintang 
Merenung bulan tinggi di awan 
Bumi dipijak 
Rumput yang hijau kulupakan

Entah mengapa sering terlupa 
Rahmat yang tiba berbeza-beza 
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga 
Janganlah asyik memandang bintang 
Merenung bulan tinggi di awan 
Bumi dipijak rumput yang hijau 
Dilupakan

Aishah-Merenung Bulan


Gambar dan lirik lagu di atas membawa mesej yang sama.

We are always ALWAYS Always nampak apa yang orang ada dan apa yang diri sendiri tak ada and... we want to be like that kind of person or to be in their shoes. Sampaikan kadang-kadang kita 'buta' melihat apa yg telah dimiliki. What we actually don't realize is, will we 'fit' into that 'shoes'?

It is good to be better. But at the same time we need to learn about 'thankful' or Alhamdulillah syukur for all of the gifts borrowed. We might nampak the other people berjaya/populer/kaya raya while the other side nampak kehidupan yang satu lagi adalah tenang/sederhana/selamat/bahagia.

I have 2 situations/examples to share: 

Wealthy:
Well... this is just an example. Farmer/pesawah. Life is not that rich. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mengerah kuderat 4 kerat memecah keringat tengah panas terik. Income semusim (+-4 Bulan). He has a few kids and a wife. Live in a small kampung house with all of the very basic kelengkapan. 1 day a Director (Person B) has came to the kampung for his company's future project. With all of the elegance car, RMXXX,XXX income, outfit... good looking. Everything looks luxurious and perfect. Compare to the Person A tadi, macam langit dan bumi. Every villagers nak jadi macam Person B.They think life would be perfect when they have the wealthy. While for the Person B, he saw a very peaceful and calm life there. Of course, not at the kerahan keringat di tengah panas. But he saw the villagers have their own time with their kids, loyal wife, no broken family, no pressure with deadlines or big boss, no need to worry about their safety from being kidnap n etc.

Popularity:
I take Siti Nurhaliza for example. Siapa tak kenal her. The most popular singer yg dah menang beratus2 anugerah. We saw her luxury life with LV, Chanel, Ferrari. Dia pergi mana2 pun mesti org nk amik pic la, sain la. SHe's populer! 

"I want to be like her... i want to be like her,,, i want to be a celebrity!"

But have we ever think about what she had/has/is gone/going through?.. especially masa remaja. Are you strong enuf untuk menjadi bahan bualan org? OMG. I cant ever think about that... baru fikir je otak dah letih. And cuba bayangkan, when there are many other people boleh hangout pakai t-shirt kusam g kedai depan rumah,makan kat warung or pasar malam, buy ice-cream walls Pelangi and Cokelet singgit kegemaran dari zaman sekolah (yummyyy).. We have so much freedom. No one care!... what will be happened if Siti Nuhaliza buat mcm tu? walawei... cover depan newspaper esok. at one point, of course she also want the freedom like us.. and at the same time, we are also want to own the LV handbag instead of mampu tengok je (for example).

I hope everyone get what I am trying to say. By standing at your point is not that bad. Try to figure out what is the best thing that you can do if u r 'lost' in an 'island'. You are still having the coconut tree for u to eat and drink from the coconut fruits. While for the person that 'stuck' in the 'boat', you have a plenty of fish/squids/prawn/crab inside the sea. Just eat it raw mcm makan sushi .

Allah Maha Adil. He gives sama rata. Ada lebih. Ada kurang untuk setiap makhluk. Mungkin kita nampak kekurangan diri / nasib malang yg sering menimpa sedangkan org lain bahagia. Calm. Bertenang (jangan bertendang). Allah telah beri hadiah-hadiah lain kepada kita. Cuba renung sekeliling. Tak ada hidup manusia yang sempurna kecuali bila dah masuk syurga akhirat nanti.

Friday, March 30, 2012

Terkilan

Islam itu indah dan menyatupadukan. Tetapi menjadi pecah belah apabila dipolitikkan dan masing2 nak menegakkan kebenaran pemimpin masing2 dan ingin memperolehi kuasa mentadbir sesuatu kerajaan sehingga Islam yang sepatutnya menjadi tunjang, telah diketepikan. Akhirnya Islam sesama saudara berpecah belah dan bermusuhan. Malah, berbaik pula dengan musuh yang sebenar. Aku tak pandai nak berhujah mengeluarkan hadis atau ayat2 Al-Quran. Tetapi sekurang2nya mata dan akal aku tidak 'buta' melihat kebodohan saudara2 ku yang taksub bagai sehingga bermusuhan sesama Islam dan melupakan adab sebagai seorang Muslim.

Monday, January 30, 2012

Inspiring me.. I have to share it!

Tonight, curi-curi masa sikit untuk tulis blog about this inspiring video... 

Siti Nurhaliza Biography-On History Channel FULL version

As we all know, Siti Nurhaliza is the most popular singer yang mengingatkan pada zaman-zaman Y2K... Millenium. Everyone nak jadi macam Siti Nurhaliza. Populer, kaya, berbakat... But do you know or ever think about her journey until where she is standing at this moment?

To success is not an easy thing to achieve. Ia memerlukan usaha, pengorbanan yang berterusan. People... outsiders... well not all but some of them will hate you. No matter you are good or bad, they will still keep talking bad thing about you. Now it is up to you... macam mana nak terima. No need to be a public figure to experience this. Just live among your community. Mesti you will experience it lah.

How hard working is the hard working?
Everyone will experience either white or black color in life. Dugaan akan datang tanpa henti. For example di awal video ni, Siti bercerita mengenai permulaan beliau sebelum menjadi artis. Susah payah kehidupan keluarga Sarjan Polis yang ada anak ramai sehinggakan dia terpaksa membantu mak dia jual kuih. Then perform kat majlis org2 kawen. Pernah joined Asia Bagus tapi tak menang. Determination untuk kurus untuk join competition Bintang RTM. Bila dah kurus... terlambat pulak sampai audition di RTM. Then compete... menang.  Bila dah menang, life tak semudah yang disangka. She has to travel from Kuala Lipis to Kuala Lumpur (Eh... KL to KL lah) to buat recording and etc. bertemankan mak/ayah dengan naik bas (she was under age). She used to naik bas lompat-lompat... just for the sake untuk try her best to success... with all of the effort that she n family have. The 1st 6 months was hard (she mentioned in the video). And of coz her life becomes better sooner and after. She was new... and berbakat. While I still remember masa tu semua zaman-zaman kalau posing kat satu majalah 'buah-buahan' tu, mesti ada posing tepi swimming pool sambil berbikini and pario. Cover page pulak sexy2... baju dedah belakang, stokin legging hitam n etc. But Siti was 'controlled' by her family - well family members akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarga mereka.. with the prinsip baju tak boleh ketat-ketat, pendek-pendek, terdedah. It does sounds annoying and why nak control-controlkan. But do you ever realize... this is one of the reasons Siti Nurhaliza diterima masyarakat and jadi populer and ada huge fan termasuk Indonesia and Singapore compared to others yang sexay. A few artis yang populer tenggelam dalam popularity Siti. Kalau orang utara ckp... Pukoi habih! Then muncullah suara-suara tak puas hati... pakaian kampung lah, fesyen out lah, kalau nak sopan-sopan p balik kampung jadi ustazah lah. OMG... aku yang dengar pon dah terguris hati. Ini kan Siti pada masa tu. But I think she is strong sebab keluarga ada dengan dia... she's got her mum n dad, brother, and sister-in-law (Rozie) sebagai tulang belakang kukuh dalam kerjaya sebagai anak seni. Dalam video tu, Rozie did mentioned if a month ada 30 hari, 29 days will be spent on working. Owh man... 

Dari segi transformation, (from my perception la kan) I saw Nurul Shukor (make-up artist) has groomed her very well. I am so in love with your touch pada Siti since Pancawarna album. Sangat fresh dengan lipstick pink nude n silver eyeshadow - masa tu Siti jadi duta Maybelline. Pakaian, Michael Ong did a great job. Pakaian sangat sopan, longgar dan cantik - macam ada trademark Siti pada rekaan beliau.. I think Siti patut teruskan deal dengan Michael Ong la.

Personal Life
Dari segi perkahwinan... dengarlah lagu Biarlah Rahsia... biarlah Siti dengan her personal life. Family dia ada to take care of her. I believe her family dah strict enuf untuk membataskan apa yang perlu dan apa yang tak. So biarlah dengan her fan/public, dia rasa comfortable and relax - don't put so much pressure on her.. dia pun manusia biasa.

3ters, I hope you all dapat point yang I'm trying to highlight here:

  1. Nak berjaya memerlukan usaha yang keras, pengorbanan
  2. Cabaran dan dugaan dan kesusahan adalah termasuk dalam pakej untuk berjaya
  3. Hormati parents dan keluarga
  4. Berpegang pada prinsip. Mungkin ada masa akan terhanyut tapi harap2 keluarga ada sebagai pengawal untuk tarik semula ke jalan yang benar
  5. Cuba dan cuba. Walaupun mungkin nampak tak cantik pada awalnya, tapi ingat pepatah Inggeris, Practice makes perfect
  6. Masing-masing ada kelebihan masing-masing
I hope by watching this video and read this post, it will inspire some of the viewers.




Wednesday, January 04, 2012

Antara tiga video

Anda tengok... ketiga-tiga video di bawah.

Video 1: Perhimpunan yang meninggalkan banyak sampah
Peralatan: Orang beragama Islam a.k.a Melayu

Pihak baju biru memey nampak agak agressive pada minit2 tertentu. - dorg dah pesan jangan buat perhimpunan haram. 

Video 2: Bakal-bakal guru? Sekolah kerajaan kat mana korg nak ngajar nanti? Cikgu harus dihormati dan untuk mendapatkan itu, mereka harus menghormati diri mereka sendiri. Kalau dah jadi macam ni, macam mana org ramai nak hormati guru siswazah univ tersebut?
Peralatan: Bakal pendidik yang majority melayu a.k.a Islam.

Mungkin kena buat revision mengenai ayat "Dilarang menganjur atau menghadiri perhimpunan haram". (I said 'mungkin' ). Ok... Video di atas kejam?

Mai tengok video kat bawah ni....


Video 3: Korang nak jadi sampai macam ni ke?
Video di atas terjadi selepas beberapa bulan mereka berjaya menjatuhkan kerajaan pemerintah sebelum ni demi mencari keadilan dan keamanan. Adilkah yang terjadi? Berjayakah mengecapi keamanan tersebut selepas berbulan-bulan kerajaan lama jatuh? Bagaimana dengan makanan dan ekonomi?

Mereka pernah menjadi boneka barat. Jadi kita harus ambil ikhtibar supaya tidak menjadi boneka seperti mereka walaupun penghasut kita bukan dari barat.

Wahai Prof., Dr., executive, mahasiswa/i, pakcik, makcik, dan adik-adik, fikirlah sebelum bertindak. Gunalah saluran yang betul.

Kita hidup dengan aman dan sejahtera dah berpuluh tahun lamanya. Sehingga mungkin ada yang terlupa mengenai keperitan hidup menderita dan dalam tidak aman. Warga yang lahir selepas tahun yang berlakunya Peristiwa 13 Mei tidak merasa perit hidup mcm tu. Takkan baru nak rasa sakit baru nak mencari semula keamanan dan kebebasan tersebut?

Sedih dan risau. Kita berkongsi negara yang sangat kecil ni. Jika masing2 xleh nak tolerate dan nak ikut angin masing2... angin yang 'Diatas' kita mungkin terlupa. Jangan sampai kita menjadi kufur nikmat dengan hanya berkiblatkan keinginan dan hawa nafsu - bala besar menanti. Kemurkaan-Nya yang digeruni.

Sekian.

Saturday, December 24, 2011

Sabar?

Pagi tadi dengar segmen motivasi. Panel tersebut ada bercakap mengenai sabar. Hanya dengan 2 ayat, ia berjaya mengubah persepsi mengenai "sabar".
"Sabar itu tidak bermakna tidak melakukan apa-apa dan hanya berharap. Sabar itu adalah usaha yang berterusan untuk mencapai apa yang diinginkan." - Pakar Motivasi
So... everybody (terutama kepada diri sendiri), stop freezing from taking an action because of you are "sabar". But do action tanpa henti kerana sedang sabar berusaha mendapatkan apa yang diinginkan.

What is on my head?
- Viva Master
- Job
- or PhD
- merawat atok
- new design of hijab

bla bla bla.

Friday, December 16, 2011

Trivia: Anti-Sosial

Tahukah anda bahawa golongan anti-sosial adalah berbeza dengan golongan pendiam?

Kita selalu beranggapan bahawa orang yang anti-sosial adalah orang yang pendiam, orang yang suka menyendiri. Tanggapan itu SALAH!

Definisi Anti-sosial adalah orang yang gemar berkomunikasi/bergaul dengan orang lain tetapi mereka tidak dapat bertolak ansur atau mereka tidak dapat menerima pendapat dan menghormati orang lain.

Adakah anda seorang anti-sosial? atau anda seorang pendiam?

Thursday, December 15, 2011

Master or Messter with UNITEN?

My masters is still hanging. It seems very hard for them to decide my final presentation date. They love me so much lettew sebab tu la they hardly letting me go. Kan.. kan... KAN???

My friends, neighbors, parents' friends, grandpa keep on asking us, "Tak habis lagi ka dia tu?" "Tak dapat kerja lagi ka?" "Kerja mana dah sekarang?" "Tak mintak mana-mana ka?" "Tak lepas la tu... heboh ja cerita buat master" "Anak I dah kerja situsini". I can just buat bodoh and ignoring them - which I did! But lama-lama, terluka la jugak hati ni kan. OR... I should take it as "They are just too care".. blurghhh!

Dear all, regarding my masters,
I am still an official UNITEN's Post-graduate student.

I am waiting for UNITEN to decide my final presentation (viva)'s date. I have done my part. It is just their procedures take so long. This is nothing to do with I tak pass ke tak dapat kerja ke apa. My supervisor and co-supervisor, both are PhD holder (bukan calang-calang orang) - my supervisor got 2 certs; MY and FR. They are happy and satisfied with my works. On the other hand, after all this while I DID NOT APPLIED for any job. I am doing something else - I prefer not to share with you guyz yet. I hope this makes things clear. But I admit, I have just seriously started looking for a job - since the last 2 days.

I believe whatever is happening adalah dengan izin Allah S.W.T. Ada hikmah mungkin presentation ni lambat terjadi. Aku dah berusaha dan aku sudah redha. Cuma apa yang membuat aku menulis entry kali ini adalah untuk menerangkan situasi yg terjadi supaya doubt orang sekeliling terjawab mengenai status jobless ku sekarang ni... bukan untuk memburukkan sesiapa termasuk pihak university.

Thank you.

Nur Shakirah.

Wednesday, December 14, 2011

Motivational Quotes #1

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan kerana seluruh kehidupan ini adalah satu ujian.. Jangan bersedih dengan setiap pekerjaan yg belum anda selesaikan, ketahuilah pekerjaan orang-orang yg berjaya itu tiada penghujungnya.. ingatlah, Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya dan mencuba lagi dengan cara yang lain.. selalunya orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan juga orang yang hanya menjadi pelengkap.. Untuk berjaya ikutlah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.. In Shaa Allah ♥ Vs - Vie Shantie Khan

Saturday, November 26, 2011

Kehidupan Selepas Kiamat sehingga Hari Pembalasan



Dear 3ters,
baru sebentar tadi saya ada terbaca mengenai 1 artikel melalui FB. Sebagai seorang muslim, saya rasa bertanggung jawab untuk berkongsi dan mengingatkan diri sendiri dan muslimin muslimat yang lain mengenai suatu hari yang tertulis di dalam Al-Quran, salah 1 daripada rukun iman, iaitu percaya pada hari akhirat.
Menurut apa yang saya baru baca sebentar td, ia bukanlah secepat yang diceritakan sebelum ini; Lepas Kiamat terus dihisab. Jika seumur hidup di dunia rasa dah lama, akhirat beratus ribu kali ganda lama. Apakah kesudahan kita di 'sana' nanti? Bagaimanakah kita akan mengharungi menanti hari pembalasan nanti? Itu belum tentu lagi syurga atau neraka kah destinasi kita. Astaghfirullah-hal-a'zim.
Saya ada copy and paste article tersebut. Teruskan membaca.
-------------------------------------------------------------------
Gambaran Hari Qiamat 

 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Sunday, November 13, 2011

Surat untuk keturunan ku

Dear my future son(s) n daughter(s), grandsons and granddaughters... mak/nenek penah hidup pada 11.11.11 @1.11am, 11.11am, 1.11pm, n 11.11pm. nothing much different pun but im so glad to experience it together with mak,ayah,n brother.

Update:
Kids/grandkids, please sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran for us.

Love,
Your mother/grandma/mak/nenek. 11.11.11 (year 2011) @ 11.11pm


Friday, November 04, 2011

Surah AL QIYAAMAH (Fahd Al Kundury)

Assalamualaikum

Hari ini saya nak share dengan pengunjung TheThickTalk, satu surah yang dipetik daripada Kitab Suci Al-Quran. Surah ini boleh dikira sebagai surah peringatan kerana ia menceritakan mengenai datangnya hari kiamat, saat nyawa dicabut, dan kejadian manusia, yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. 


Astaghfirullah-hal-a'zim, Subhanallah
Terasa jahil dan kerdil sangat diri ini apabila baru mengetahui maksud-maksud ayat suci Al-Quran tersebut. Ini baru 1 surah, belum masuk surah-surah yang lain lagi.

...

You can click on the link above to read the surah and its translation without video (the translation is also available in English)