.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, July 13, 2015

End of Ramadhan 1436H

Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun ini. Terlalu banyak benda terjadi dalam bulan yang mulia ini. Dalam keriangan dan kegembiraan umat Islam menyambut Syawal, hati ini tidaklah terlalu girang. Mungkin kerana faktor usia, dan tanggungjawab yang dipikul. 

Tahun ini, InshaAllah Syawal akan disambut dalam keadaan serba sederhana dan ringkas di ibu kota. Walaubagaimana pun, hati ini masih bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk menyambut Syawal bersama keluarga kecil; ayah, mak, abang. Inilah kurniaan Illahi yang tiada gantinya. 

Sewaktu kecil dulu, me and family akan balik ke kampung. I always merungut sebab masa tu, arwah nenek selalu sakit.. setiap tahun. Jadi kami tak dapat nak ke mana-mana. Masa banyak dihabiskan di kampung. Rutin adalah sama, pagi-pagi ayah akan ke pasar untuk beli nasi lemak. Mak pula sibuk di dapur. Me and my brother spending our time by watching TV. Suasana kampung, ayam yang bising, angin sepoi-sepoi bahasa, kutip telur ayam kampung.. semua yang dulu rasa 'susah' dan 'boring' sebenarnya adalah kenangan yang terindah. 

Arwah atuk dan nenek dah tiada lagi didunia ni. Now baru sedar, itulah pengalaman yang cucu lain tak dapat rasa dan masa tersebut tak akan berulang lagi. Dulu nak raya di bandar? Kini Tuhan tunaikan hajat tu. Tahun ini akan masuk kali ke 4 beraya di sini. Kali pertama dulu, selepas solat di Masjid Besi, pergi bertandang ke Kediaman DS Najib. Kali kedua pula, masih solat di Masjid Besi, tetapi selepas itu kami ke Istana Negara di Jalan Duta. Kali ketiga adalah pada tahun lepas dimana kami bersolat hari raya di Masjid Negara, dan berkesempatan bersalaman dengan Tuanku Permaisuri Hjh. Haminah Hamidun kemudian menu pagi raya kami adalah Pizza Hut di Pavilion. Tahun ni? Tak tahu plan macam mana pula.

Serik sudah nak merungut. Ikut sahajalah rentak hidup ini. Hargai insan-insan yang berada di sekeliling kita pada masa kini. kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan. Masihkah ada peluang untuk berhari raya bersama lagi? Mungkin raya bersama suami? Mungkin raya bersama kakak ipar? Kita tak tahu. Segalanya urusan Yang Maha Esa.

Wallahualam.


Friday, August 02, 2013

Kematian

Tadi, tiba-tiba tergerak hati bukak Tv1 tengok Forum Perdana Ehwal Islam. As usual, Tuan Pengerusi, Dr Riduan akan menyakat panel2 yang lain. Ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba ada sorang panel tu menyebut tentang kematian. 

"... Hidup seperti menyangkal perkara yang pasti." 

Perkara yang pasti itu adalah mati. Semua orang tahu bahawa mati itu pasti. Tapi sudahkah kita bersiap sedia untuk mati? Aku sendiri tergamam. Andai kata setelah pejamkan mata, tiba2 tidak berupaya untuk buka mata pada esok hari. Yang dilihat oleh roh hanyalah sekujur tubuh kaku.

Dalam radio pagi tadi juga terdengar tazkirah. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Sedekah. Wallahualam. Banyak? sedikit? :(



Ilmu... cukupkah ilmu yang aku turunkan kepada masyarakat? Bolehkah pelajar-pelajar ku menggunakan ilmu yang diajari untuk kebaikan?



Anak yang soleh. Ya Allah, beruntungnya muslimin dan muslimat yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Moga jodoh diri ini sampai, dan memiliki zuriat yang soleh dan solehah. Berilah peluang pada diri ini untuk sekurang-kurangnya, bila aku sudah tiada, pewarisku akan sedekahkan Al-Fatihah, paling tidak pada bulan Ramadhan dan Syawal. Tapi jikalau sudah ketentuan-Nya hidup ini hanya sendiri dan tiada pewaris, moga ada muslim lain akan mensedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai bekalan tambahan.


Saturday, June 08, 2013

Air mata satu liter

!Dua minggu...

Satu tempoh yang lama bagi orang yang bekerja untuk cuti tapi rasa sangat sekejap apabila diluangkan bersama dengan family. Dari awal cuti sekolah, until today, mak and ayah have spent their holiday here. Meriah dan berseri je rumah bila mereka ada. Too bad im not available to entertain them masa weekdays sebab semester baru ja bermula. But we did spent our weekends and hari jumaat by hangout together. We've been to a few new places ( to us ) seperti zoo negara (very significance to filem p ramlee - masam masam manis) , istana budaya for konsert solo extravaganza jamal abdillah. Tak lupa to revisit tempat2 'therapy' seperti Alamanda, sunway pyramid, ikea, the curve, and pasar malam putrajaya ( every selasa and jumaat ). 


Today, mak and ayah balik ke penang.
i couldnt stop crying masa waving goodbye. Sampai kat rumah also nanges because selalunya ada ja ayah duduk di sofa, mak pulak kat dapur tgh masak or basuh baju or playing games on her new ipad. 

Mak n ayah, Take care please. 

I and bae love u both a lot!!!

Friday, June 07, 2013

Apabila malam masih muda...


Siapa sangka balik keja terus diberi keringat untuk bawak mak and ayah pergi ikea. Alhamdulillah... Dapat jugak penuhi hajat kitorg nak bawak mak n ayah p ikea utk ke berapa kalinya.

Apa yang best bila p ikea dengan family? Walaupun benda yang sama, tapi moment bersama family tu berlainan. I used to be there with just me n my bro... The feel is different! Bila ada mak and ayah bersama, the joy is there.

As usual, jalan2 'tawaf' ikea 1st n 2nd floor.. Then we went to the curve to enjoy our starbucks drinks ditemani pokok2 yang mengeluarkan cahaya ( magicalnya bunyi )




Love every moment tonight!!


Wednesday, August 08, 2012

kad raya 2012

Pagi tadi, my brother ckp, tengok atas katil. I saw 1 sampul there. Sampul surat... bukan sampul duit raya! It's written, "To: Adik"
Awwww so schweettt!
A hari raya card from him.



Owh... yesterday was his birthday. Happy Birthday brother! Nanti cari wife yang pandai memasak so that tak la aku risau sgt hang lapar. 

Friday, February 24, 2012

Mak’s Smiling Face

What else yang boleh menyenangkan hati selain melihat mak tersenyum?

B0517

First of all, thank you so much to our Prime Minister, Dato’ Seri Najib kerana memberi bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar-pelajar IPT. Since I am almost finish my Master, I am fully utilize this voucher to ganti… well.. apart of ganti balik most of the papers, pens, any kind of mak’s stationary that I have pow-ed before.

RM200

We went shopping spree di kedai Sri Maju, Sungai Petani, Kedah. Kedai kat situ memang murah giler baq hang! Lama jugak la masa spent there. But the thing yang paling best is I have asked mak to chose 1 pen yang agak exclusive dan berkualiti, LAMY. This pen is made in Germany.

B0519

Yang lain-lain…

B0518 

Sebahagian daripada barang yang dibeli. Ada lagi 1 beg lain.

B0520

B0521

See how many gulung kertas pembalut buku.

B0522

Nah… See how long the bill is…

B0523

and… how happy she is!

LOVE

Just to share with you that it is a different happy feeling sebagai orang yang memberi (which selama ni asek menerima je kan). I feel the satisfaction is different to see her smile while I am saying “Mak pilih je apa yg mak nak.”.

Tak dapat bayangkan? Cube pegi Parkson or Jusco, beli voucher RM200 (or u need to increase more), bawak ur parents pegi situ, n bagi kat dorg voucher tu. Which ur parents must suka shop kat situ.

I want to cari more duit untuk bawak mak, ayah, and my brother p shopping.

Thursday, February 23, 2012

Happy Belated Birthday Mia!

image

Mia… Or Kamilia… one of my cousins. I still ingat masa dia baby dulu, suuuuke sangat dukung her. Now tak boleh dah la nk dukung. She’s like the most precious thing masa tu. Yela… baby comel. Masa dorg stay in Selama, Perak, boleh kata every month la p tengok. Now she is 14 years old. Birthday dia jauh pada 14 Feb lepas. Ok. Seriously tak tau until baca your post. Belajar rajin-rajin and baca doa sebelum belajar and jangan tinggal solat k. Be a good daughter and sister. You are pretty… it helps to develop your confidence. Never keluar rumah without sunblock okay and make sure cuci muka sebelum tido. (eh… banyak sangat pesanan macam wasiat lak). What ever pun,

Happy Belated Birthday!

Keep beautiful, Keep nice, Keep Smart!

P.s: berat 46kg untuk 161cm is papan lapis. Gain more weight nanti. But masa sekolah aktif… nnt lepas SPM naik cantik la tu. But… siyesly u r 161cm? HOW COME! (cuba menerima hakikat tinggi aku 160cm je)

Tuesday, January 31, 2012

A dream come true on 16 January 2012

Isnin, 16 January 2012, 1015.
Location… Meeting room Level 4 COGS, UNITEN

“Shakirah, Congratulations. You have passed with minor… minor corrections.”

----------------------------------------------

Isnin, 16 January 2012, 0850.
Hello Admin building. Owh segaknya terasa diriku melangkah masuk ke dalam bangunan kelabu macam dalam drama omputih dengan fitted blazer jalur-jalur berwarna blue black matching dengan boot-cut pants, and completed with 4.5 inch high heels (platforms)…

but…

the ‘macho FBI’ looking was a little bit spoiled by galas 1 beg laptop berwarna ijau dibelakang, and beg shopping yang berwarna hijau yang dipenuhi file2 references tebal dan buku rujukan Shell Programming yang mungkin seberat 5 kg. I wish nak pinjam beg polybag (yang ada roda) kanak2 darjah 1 nak heret file2 ni. Whatever… tugas aku seterusnya lebih penting daripada yang lain2… aku bakal masuk ke medan perang sebentar lagi. Dalam hati tak berhenti berdoa memohon pertolongan Allah agar permudahkan presentation ni. Harapan yang dibawa bukan hanya dari dalam diriku, tetapi aku membawa sekali maruah keluarga, dan harapan mak, ayah, and my brother yang menggunung tinggi. Aku perlu lakukan yang terbaik… No need to be afraid of anything. Just defense what ever that I have done, what was my efforts through out my research… TELL THEM!

Owh ya, Dr. Shariffuddin came n wish me all the best and finally I have made it until that day. He told me and the external examiner that my case sangat strange.. 2 kali thesis hilang! 1st hilang was the 2nd draf submission, and the latest, my thesis tak sampai ke external examiner. OK… pihak surat menyurat UNITEN patut buat kerja dengan bertanggungjawab dan amanah and please jangan main-main dalam hal keje. Kalau tak penting, kitorg tak suka2 hati nak hantar surat lah. Pakai Pos Laju pon bole ilang. pfftttt.


Isnin, 16 January 2012, 0910.
B00497

The battle has begun. Presenting… talking… answering questions – there goes… satu demi satu bullet menembusi baju dan seluar kalis peluru. damn. tiba2 aku ‘flying’. Aku hanya jawab dan jawab (a.k.a. tembak dan tembak) tak kesah la kena sasaran ke tak. sebab dalam preparation aku target musuh datang naik kuda, rupa2nya dia mai naik helicopter dan jet. Aku lihat co-supervisor aku disebelah chairman dengan penuh harapan pertolongan walaupun aku tahu dia tak dapat mengulurkan bantuan ketika peperangan sedang berlangsung. But by looking at her and she’s smiling and trying to help tapi tak boleh, aku gagahkan jua mara dengan pengalaman dan hasil kerja aku di medan pertempuran ni. Hah… akhirnya setelah lebih sejam, pertempuran aku berakhir. Aku diarahkan untuk meninggalkan kawasan peperangan sementara para hakim lagi bijaksana sedang berbincang mengenai keputusan oral examination aku. Keluarlah aku dengan hati yang berdebar dengan anggota yang berlumuran darah dan luka. Aku sudah lakukan yang terbaik dan terdaya. Bibir tidak putus2 bertasbih dan berdoa kehadrat Allah. Hanya Allah yang Maha berkuasa dan Maha Mengasihani aku dan keluarga. Jauh di sudut hati, aku tahu mak aku masih ditikar sembahyang berdoa supaya semua selamat.


Isnin, 16 January 2012, 1015.
Aku sedang duduk di suatu sudut di luar bilik mesyuarat. Aku tak kesah duduk atas lantai atau bertinggung… aku tak peduli. Yang aku tahu hanya berdoa tanpa henti. Tiba-tiba, “Shakirah, please come in”, Dr. Salman (Chairman) panggil aku untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat semula.

“Shakirah, Congratulations. You have passed with minor… minor corrections.”

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah. I was looking at my co-supervisor, Dr. Azizah… she was smiling at me. Perasaan Sebak. Terharu. Gembira. Bergenang air mata.

Juri-juri memberi komen masing2. Aku hanya senyum dan tak peduli komen2 tersebut pedas atau apa. Yang penting isinya adalah AKU DAH LEPAS MASTER DENGAN MINOR CORRECTIONS! (Okay… some of you will cakap… alaaa bukan perfect pon. Ada corrections pon still proud ke? FYI sangat jarang org pass master dengan 100% correct. At least ada 0.1% lack. So kalu minor corrections tu is dah cukup bagus sebab selalunya result viva adalah major corrections).

My target, take note apa yang juri cakap, betul kan yang tu. Make sure dapat paham betul2.
I called my mum to ask my ayah to fetch me. I told her dah habis n dah lepas. OMG… she sounds so happy and proud of me. Same goes dengan ayah. Lepas tu I went off to COIT to have a short discussion dengan Dr. Azizah and Dr. Salman mengenai correction yang kene buat (Finalize). Done with it, pegi wat lawatan sosial teman2 lama di COIT. Finally I went to the hotel to fetch my mak and ayah. Its time to go back to Penang.

I was talking non-stop from Bangi to PJ citer what was happening. Owh y pegi PJ? Nak fetch my brother from his house. Ok… did I missed something? I forgot to tell my brother that I have passed my viva! And the story pun bermula balik.

We celebrate my viva dengan tapauan nasi beringin di pondok R&R Sungai Buloh. Nasi yang sedap, makan dengan my mak, ayah and brother di bawah pondok, celebrating my achievement.. It’s a PERFECT MOMENT! That was the ‘real’ makan after seminggu tak lalu makan… macam skrip Abdul Wahab dalam Tiga Abdul;Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Nasi beringin sangat sedap and rasa macam nasi kandaq okay! jadi korg xyah mai penang nk makan nasik kandaq… makan ja nasi beringin. TQ Bae, nanti aku nak makan nasi beringin lagi.

Eh, what else yang aku lupa? Bagi tau my supervisor pasal my result! He was in the middle of the meeting. I called him, Im so glad to hear,”Good” from him. Short but very meaningful.

Owh, the corrected thesis baru hantar td and now waiting for the approval sebelum hantar yang hardbound.

Overall.. Alhamdulillah!
*Wink*

Tuesday, November 01, 2011

It has been a year

30 October 2011 - It has been a year since I had my 1st flight, 1st time to go to the overseas, 1st time I feel I am leaving my most precious gifts in Malaysia.

OMG... how should I proceed with this writing when my eyes are filled with tears. During that last day in Malaysia, I was excited + happy. Siapa yang tak happy to get the opportunity to study and live in the overseas + it's during winter season.
But...
I forgot that...
  • I was travelling ALONE - 1st experience + LONE RANGER!
  • I am the 'GPS' in my family (yes.. they were sesat masa OTW balik)
During this time, I keep on thinking about negative thing which I don't want to list it out here. I will totally put the blame on me if something happen to them. After a few minutes, I keep myself calm. I pray for their safety and I hope Allah will protect them and keep them safe. I said to myself, how bad my feeling worrying about them, they feel more worry about me. Again I repeat... I was travelling alone!


Guess what, I was smiling while taking this picture. Masa ni pk seronok + excited je.

A couple of minutes later...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I would like to make a confession, I cried non-stop since my final huggy wuggy time with my family. (It was the 1st time I felt the 'real' hugs from emak, ayah, and my brother... WHY it does happen masa nak fly? :/)

I passes the immigration, customs gate with huge cries! Masa lepas the 1st gate, on my way to aerotrain, I feel like to lari back and tak nak fly. Things that stop me from doing it are; my parents have PAID for the flight ticket, I have to WORK there, FRANCE GOVERNMENT has arranged everything for me, I am carrying the RESPONSIBILITY from my supervisor, mine and my family's DIGNITY, I want to keep myself AWAY from peoples that hurt me a lot here. This is one of the thing that I am able to do - study in France!

Dah la kene 2-3 times kena lalu gate, scan, tanggal beg, bukak beg laptop. I still remember ada sorang pegawai perempuan tu senyum je when she saw me crying. I stopped nanges masa jalan masuk dalam flight. Cari tempat.


Then dah pakai seat belt semua, I read buku doa yg emak bekal kan. During in the airport, she sempat mark some of the pages yang penting untuk dibaca. I have started to cry again while reading that book. Masa tu... I was looking outside of the mirror n rasa nak terjun je. Maybe this is one of the reason tingkap kapal terbang is sealed!


Whatever it is, that was such a great memory I have ever had. It makes me appreciate and love my family more!

"You will never appreciate what you have until you lose it!" - Eat that words Shakirah! Thank Allah these 'gifts' are taken away within just for 2 months. I believe everything is happening for a reason.

Until now, I feel phobia when my parents are sending me to the airport. Walaupun hanya pergi ke KL, the feeling tu rasa macam nak fly jauh je.

Dear Emak, ayah, and Bae, I LOVE 3 of you so much!

Sekian daripada saya, Nur Shakirah yang mata sudah bengkak-bengkak menanges sambil menulis post kali ni. This is one of the most honest post I have ever written.

Good night!

Thursday, October 27, 2011

Atok Went to Barber

Rambut atok dah panjang macam penyanyi 60an dah. So we went to go out untuk potong rambut.

B00457

I chose this baju for him to wear <—matching pulak dengan ayah. :P

Masa nih nak pegi pasar malam. He is craving for mee goreng and mee kuah. Me and mak pegi beli makanan tu while ayah is temaning him inside the car. While they were waiting…

“Mana depa p ni lama betol. Aku nak potong rambut pulak ni.”

:PPPPP

Cari mee goreng untuk atok laaaaaa…

Then singgah farmasi untuk beli pharmaton, ubat mata, and ubat kembung perut. Lepas tuh baru lah pegi barber… nasib baik dapat parking depan kedai + hari hujan <—another lucky sebab sempat beli makanan di pasar malam.

B00454

While waiting… then i noticed… 1Malaysia? 1 chinese man, 1 indian man, and 1 malay man (my atok) tengah potong rambut.

B00455

yeayyyyy dah potong dah rambut. look,… how happy he is! n he looks handsome dah.

 B00456 

the last pose…

While i was showing this picture to him he said… “bila masa ambil gambar ni.. gambar sapa ni?”

Picture atok sekarang laaaaaa…

LOL

Wednesday, October 26, 2011

Barang-barang Dapur Bila Balik Kampung

Shopping shopping shopping… bukan untuk diri sendiri… tapi untuk ATOK n wife.

Last 2 weeks agak sibuk sebenarnya. Tak sempat nak balik. So what do we get for them this week?

IMAG1048

We get a new storage box for atok to keep his stock kudapan. Can u see the Tiger cracker inside the box? It is his favorite!

On the table: lauk pauk for lunch

IMAG1050

Anlene Gold, curry and soup powder, gula merah, bihun, asam jawa, kopi cap 2 daun

IMAG1049

Here is the barang2 dapur Gula 4 kg, beras, serbuk cili, serbuk minuman halia <—pity atok sebab selalu kembung perut

IMAG1051

Wohooo stock2.. atok said dah macam nak bukak kedai runcit.

Tepung gandum, tepung pulut, tepung beras, sos cili, minyak masak, kicap, sardin.

Later…

We’ve found that beras yg dah ada dirumah dah nak abes. So we went out again to buy another kampit.

Nantikan next post, Atok went to barber!

Sunday, October 23, 2011

Hari Ko-kurikulum SKBA 2011

Pagi tadi berlangsunglah hari ko-ko kat sekolah mak. Kalau zaman sekolah aku dulu, kitorg panggil Hari Kantin. Kalau hari kantin ni…memang aktiviti menghabiskan duit beli makanan je. Zaman membesar dulu memang asek lapar n dahaga. Now… I dont know what to buy. But it is quite cool to go back to school seeing kids who keep on playing and running and EATING non-stop without have to think about the world and problem. How wonderful their life phase is!… and I was able to temporarily put away my problem… Even for just for a few hours.. :)

I have been there not so early since I have to do the laundry + I feel not so well on this morning. Fuhhh!

 B00440

B00441

B00442

B00443 B00444

Mak is preparing some steamed corns while me.. ? coupon. Purchase RM20 to get a number for lucky draw. Am I lucky enough today?

I go round and round…

There was quite numbers of stall.

B00445 

Char kuetiau. I came for 2 times.. panjangnya queue. and kali ke 3… DAH HABIS!

B00446

Ada sate ayam, daging, ikan

B00447 B00448

Stall and my 1st food

B00449

Mak helps her colleagues. <—Persatuan Jawi.

B00450

Nampak macam best. I want to give a try jugak.

Ok… habis 1 tray tu dah lapar balik.

I bought Yong tau foo bihun. Tak sempat ambil pic makanan sebab tangan melecur sikit tertumpah sup while i was carrying it to my seat. :’(

B00451

I get this ais kacang yang i personally requested untuk letak isi jagung and peanut sahaja. <—untung la penjual tuh kan dpt pembeli macam aku.

Then makan ais cream pulak.

masa tengah jalan2 membakar lemak2 yg dimakan td… tiba2 ternampak ada pemeriksaan kesihatan. Dengan excitednya, I meet jururawat2. Owh maybe I am the only one yang pegi check :P I was quite becok pot pet pot pet asking this and that.

“Alaaaa I dah makan belambak td boleh check lagi ke? Habis la berat naik berkilo-kilo.”

.

.

.

.

.

.

.

.

and here is the result …

Tadaaaaaa

B00452

“Ok.. semua okay. Dah kahwin? Muda lagi… mesti la semua ok” – jururawat.

B00453

Finally, lepak dengan mak sambil menunggu Lucky draw until the end.

We are not lucky enough for the lucky draw today.

Saturday, October 08, 2011

Video Konsert Jamal Abdillah di Singapore 2011

My mak and ayah are the biggest fans of Jamal Abdillah. Pagi ni lepas je breakfast, ayah request utk cari video konsert Jamal di Singapore. If we are not mistaken, dalam radio ada ckp this concert has collected more than1.5mil!!!

I am going to share a video from Youtube.com. I think this video is captured using iPhone (see the kualiti).


Jamal Abdillah... bersuara emas. Me almost cry bila dgr lagu-lagu yang beliau nyanyi walaupun secara LIVE! Sedap sungguh suara beliau. Tak ubah mcm dalam kaset. Nanti uols tengok sendiri la related videos... BUT

ada 1 video ni lawok... bukan plawok k!


Friday, September 02, 2011

Shin Chan, Himawari and us

Pernah tak uols tengok kartun Shin Chan? Antara watak utamanya adalah Shin Chan, Himawari, Misae, Mr. Nohara. Kartun ni memang banyak sangat persamaan dengan my family.



Family members 4 orang jugak;
Shin Chan == abang (Bae)
Himawari == me
Misae == mak
Mr. Nohara == ayah

This time nak story-story pasal Shin Chan and Hima.

Shin Chan == Bae


=


*Pandai walaupun merapu2 n slalu out of the box

*Suka kakak cantik


*Perangai mcm shin chan

*Budak pompuan yang mcm Ai ..........


hmmmm... OUT of the list

Always cakap... "Baikkkk"... "hohohoiii.."

WHAT ABOUT ME???


bila marah macam ni la... haha

Image Source: Google