.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more
Showing posts with label Thank You Allah. Show all posts
Showing posts with label Thank You Allah. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

12-12-12 12:12

Wahai anak cucu ku,

Mak/Nenek nak bagi tau yang nenek dulu penah hidup pada tarikh 12-12-2012, 12:12pm. Masa ni mak/nenek berumur 24 tahun.

Masa ni, mak/nenek baru habis mengajar subject System Administration di Universiti Tenaga Nasional. Harap2 uni ni masih wujud pada zaman korang nanti.

Sekian.

Thursday, March 22, 2012

My Very Basic Skin Care Product

Beberapa hari lepas, saya ada terbaca komen daripada pengunjung blog TheThickTalk, Puan Rohani Hashim. She dropped by ke blog ni sebab my review on Olay Total Effects. She asked me how do I take care of my skin..

I am going to share here my skin care routine

For facial foam, I am using these 3 items;

  • Normal - Safi Balqis Perfect10 Pembersih Muka
  • Bila ada pimple – Safi Pembersih Muka Anti Jerawat Sari Gamat
  • Weekly or monthly – Safi Balqis Perfect10 Skrub Aprikot

 

Moisturizer; OLAY

Currently I am using Olay White Radiance Protective Cream SPF24/PA++

 

Face treatment;

Olay White Radiance Spot corrector

----------------------------

Product review

B0545

I selalu pakai 2 way cake powder (sekali foundation la kan). So I need pembersih muka yg boleh mencuci sampai bersih. And I love banyak buih. Kalu x rasa mcm tak bersih je. With pencuci muka Safi, it does really works on my face. lepas cuci memang rasa bersih and segar. It is economic too. pakai sikit je dah cukup untuk seluruh muka walaupun bermekap. Bila certain minggu dalam sebulan tu, biasa la akan tumbuh jerawat2 menyatakan sesuatu akan ‘datang’. So I do need a facial foam to control it. That’s why im using the other facial foam (Safi anti jerawat dengan sari gamat). Safi dengan sari gamat ni memang cepat mengecutkan jerawat dengan cepat and merawat bekas jerawat tu sekali.

B0546

Olay white radiance. Yes… sebelum ni I used to use Olay Total Effects. I love trying Olay’s products. Olay White radiance product range works really well untuk memutihkan kulit dari dalam (so that nampak glowing). Ia melindungi kulit daripada sunburn walaupun kulit terdedah kepada cahaya matahari terik. But if terlalu lama terdedah, of course kulit akan terkesan dengan sunburn tu but dengan penggunaan yg berterusan, kulit akan pulih semula dalam masa beberapa hari sahaja! waktu malam pula pakai Olay white radiance night restoring cream (alamak.. lupa nk capture)

Untuk treatment, I am using Olay White Radiance spot corrector. I have made 2 mistakes; a few times keluar rumah dengan naked face masa panas terik, and pakai blusher yang tak sesuai. I have got some pigmentations on my cheeks area. (T_T) Thank God, Olay ada treatment products. so far 1 tube kecil ni pun tak abes lagi. Dah 3 bulan dah beli. sangat economic and berkesan!

   -----------------------------

Routine

“Bangun pagi gosok gigi

Cuci muka dengan Safi

Lepas solat, pakai cream pula

Mestilah cream Olay~~~”

Once dah touched down kat rumah, sila lah cuci muka sebab kat luar tu udara kotor. Lepas cuci, pakai cream olay lagi.

I am not that rajin to pakai masker telur, or masker yg just gunting dr pek and letak kat muka. Apa yg tertulis kat sini, itu lah rutin saya untuk muka. Alhamdulillah atas nikmat dr Allah ni.

Tips dengan produk Olay:

  1. Tak perlu toner
  2. Cream is for dry, combination, and normal skin, lotion is for oily skin. pilih yang sesuai untuk kulit
  3. Make sure beli dari kedai/farmasi yg dipercayai seperti Watsons dan Guardian.

Selamat mencuba and dont forget to share your experience with me!

Wednesday, February 29, 2012

Big Smile

B0533

Status: Bergraduan

Program: Master of Information Technology

(^____^)

Wednesday, January 04, 2012

Antara tiga video

Anda tengok... ketiga-tiga video di bawah.

Video 1: Perhimpunan yang meninggalkan banyak sampah
Peralatan: Orang beragama Islam a.k.a Melayu

Pihak baju biru memey nampak agak agressive pada minit2 tertentu. - dorg dah pesan jangan buat perhimpunan haram. 

Video 2: Bakal-bakal guru? Sekolah kerajaan kat mana korg nak ngajar nanti? Cikgu harus dihormati dan untuk mendapatkan itu, mereka harus menghormati diri mereka sendiri. Kalau dah jadi macam ni, macam mana org ramai nak hormati guru siswazah univ tersebut?
Peralatan: Bakal pendidik yang majority melayu a.k.a Islam.

Mungkin kena buat revision mengenai ayat "Dilarang menganjur atau menghadiri perhimpunan haram". (I said 'mungkin' ). Ok... Video di atas kejam?

Mai tengok video kat bawah ni....


Video 3: Korang nak jadi sampai macam ni ke?
Video di atas terjadi selepas beberapa bulan mereka berjaya menjatuhkan kerajaan pemerintah sebelum ni demi mencari keadilan dan keamanan. Adilkah yang terjadi? Berjayakah mengecapi keamanan tersebut selepas berbulan-bulan kerajaan lama jatuh? Bagaimana dengan makanan dan ekonomi?

Mereka pernah menjadi boneka barat. Jadi kita harus ambil ikhtibar supaya tidak menjadi boneka seperti mereka walaupun penghasut kita bukan dari barat.

Wahai Prof., Dr., executive, mahasiswa/i, pakcik, makcik, dan adik-adik, fikirlah sebelum bertindak. Gunalah saluran yang betul.

Kita hidup dengan aman dan sejahtera dah berpuluh tahun lamanya. Sehingga mungkin ada yang terlupa mengenai keperitan hidup menderita dan dalam tidak aman. Warga yang lahir selepas tahun yang berlakunya Peristiwa 13 Mei tidak merasa perit hidup mcm tu. Takkan baru nak rasa sakit baru nak mencari semula keamanan dan kebebasan tersebut?

Sedih dan risau. Kita berkongsi negara yang sangat kecil ni. Jika masing2 xleh nak tolerate dan nak ikut angin masing2... angin yang 'Diatas' kita mungkin terlupa. Jangan sampai kita menjadi kufur nikmat dengan hanya berkiblatkan keinginan dan hawa nafsu - bala besar menanti. Kemurkaan-Nya yang digeruni.

Sekian.

Saturday, November 26, 2011

Kehidupan Selepas Kiamat sehingga Hari Pembalasan



Dear 3ters,
baru sebentar tadi saya ada terbaca mengenai 1 artikel melalui FB. Sebagai seorang muslim, saya rasa bertanggung jawab untuk berkongsi dan mengingatkan diri sendiri dan muslimin muslimat yang lain mengenai suatu hari yang tertulis di dalam Al-Quran, salah 1 daripada rukun iman, iaitu percaya pada hari akhirat.
Menurut apa yang saya baru baca sebentar td, ia bukanlah secepat yang diceritakan sebelum ini; Lepas Kiamat terus dihisab. Jika seumur hidup di dunia rasa dah lama, akhirat beratus ribu kali ganda lama. Apakah kesudahan kita di 'sana' nanti? Bagaimanakah kita akan mengharungi menanti hari pembalasan nanti? Itu belum tentu lagi syurga atau neraka kah destinasi kita. Astaghfirullah-hal-a'zim.
Saya ada copy and paste article tersebut. Teruskan membaca.
-------------------------------------------------------------------
Gambaran Hari Qiamat 

 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Tuesday, November 01, 2011

It has been a year

30 October 2011 - It has been a year since I had my 1st flight, 1st time to go to the overseas, 1st time I feel I am leaving my most precious gifts in Malaysia.

OMG... how should I proceed with this writing when my eyes are filled with tears. During that last day in Malaysia, I was excited + happy. Siapa yang tak happy to get the opportunity to study and live in the overseas + it's during winter season.
But...
I forgot that...
  • I was travelling ALONE - 1st experience + LONE RANGER!
  • I am the 'GPS' in my family (yes.. they were sesat masa OTW balik)
During this time, I keep on thinking about negative thing which I don't want to list it out here. I will totally put the blame on me if something happen to them. After a few minutes, I keep myself calm. I pray for their safety and I hope Allah will protect them and keep them safe. I said to myself, how bad my feeling worrying about them, they feel more worry about me. Again I repeat... I was travelling alone!


Guess what, I was smiling while taking this picture. Masa ni pk seronok + excited je.

A couple of minutes later...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I would like to make a confession, I cried non-stop since my final huggy wuggy time with my family. (It was the 1st time I felt the 'real' hugs from emak, ayah, and my brother... WHY it does happen masa nak fly? :/)

I passes the immigration, customs gate with huge cries! Masa lepas the 1st gate, on my way to aerotrain, I feel like to lari back and tak nak fly. Things that stop me from doing it are; my parents have PAID for the flight ticket, I have to WORK there, FRANCE GOVERNMENT has arranged everything for me, I am carrying the RESPONSIBILITY from my supervisor, mine and my family's DIGNITY, I want to keep myself AWAY from peoples that hurt me a lot here. This is one of the thing that I am able to do - study in France!

Dah la kene 2-3 times kena lalu gate, scan, tanggal beg, bukak beg laptop. I still remember ada sorang pegawai perempuan tu senyum je when she saw me crying. I stopped nanges masa jalan masuk dalam flight. Cari tempat.


Then dah pakai seat belt semua, I read buku doa yg emak bekal kan. During in the airport, she sempat mark some of the pages yang penting untuk dibaca. I have started to cry again while reading that book. Masa tu... I was looking outside of the mirror n rasa nak terjun je. Maybe this is one of the reason tingkap kapal terbang is sealed!


Whatever it is, that was such a great memory I have ever had. It makes me appreciate and love my family more!

"You will never appreciate what you have until you lose it!" - Eat that words Shakirah! Thank Allah these 'gifts' are taken away within just for 2 months. I believe everything is happening for a reason.

Until now, I feel phobia when my parents are sending me to the airport. Walaupun hanya pergi ke KL, the feeling tu rasa macam nak fly jauh je.

Dear Emak, ayah, and Bae, I LOVE 3 of you so much!

Sekian daripada saya, Nur Shakirah yang mata sudah bengkak-bengkak menanges sambil menulis post kali ni. This is one of the most honest post I have ever written.

Good night!

Sunday, June 12, 2011

Am I in Malaysia?

B00402

It is really hard to find a day mcm ni di Malaysia.

I love it a lot!!!

Awww it makes me teringat time kat France. Luckily this happens in Malaysia and I have my family and friends around me.

*heart*

B00403

Thursday, March 24, 2011

Stuck! di petrol station

Once upon a time, I sent my father to his office. During my way back home, I stopped by at a petrol station to topup my Touch n Go. When I want to continue my journey, my car won’t start. There is no spark to starts the engine. I keep on trying to start, lock and unlock the car, auto start and still no good response from the engine. I couldn’t reach my father through phone. Then I contacted my mother to get my father’s office number and told her my situation. She said she will send it to me. Then she called again…
Mother: Adik, mak dah sent number ayah. Tp cuba adik check kat gear tu. Ntah2 kat gear reverse.
Me: *terlopong* Ok. sat nak check.
SHE IS RIGHT! The current gear is N. This is the reason for the car refused to start.
=.=’

B0339

P.s.: I did the call inside the convenient store. Not inside my car.

Thursday, March 17, 2011

My Final Lab Session

B0328

This semester, I feel very honored to be trusted to teach an elective subject (lab) offered for Final year students in the university I enrolled. Since this is an elective subjects, I have only 14 number of students. All of them are very hardworking and never stop doing their best to catch-up with the syllabus.

Dear students, I love your independent attitude. This is what a final year student should have. I believe those lessons, and assessments that you have experienced/gathered from your previous lecturers and subjects taken have trained you to be a part of what you are (now).

I am wishing ALL THE BEST on your future career. InshaAllah… kalau dah rezeki tu, tak kemana.

Friday, March 04, 2011

Durian Gemok2

Hari ni hari Jumaat. Dah lama ku nantikan hari ni untuk beli durian kat pasar malam Putrajaya. Since malas nk beramai2 di pasar malam tu, I went there quite early. 3 PM sudah gerak g sana. So mmg tak ramai la. Some of peniaga pon tengah setup barang2 meniaga. Pusing2… jumpe la 1 gerai durian. Dengan hati yang girang sebab dah lama ngidam… ku beli 2 bijik. Lepas tu terus menuju ke rumah sambil memandu dengan mematuhi had laju sehingga kan bau durian yang diletakkan di dalam kotak mineral water telah melebar sayapnya kebahagian cabin kete. Perut pon berlagu Hip Hop craving nak makan durian. I believe masa tap ID kat gate depan tu mesti pak guard yang jaga tu pon tergoda dengan penangan bau durian ni. Bila dah sampai rumah… dengan cepatnya durian diseludup masuk dan dikopek 1 persatu.
 B0310

Ni buah yang pertama. Buah yang kedua pon gemok2 mcm ni jugak. Sebiji ada 5-6 ulas je. Tapi setiap ulas tu gemok. Patut la berat ko masa timbang nak beli td berat bangat! Berpeluh aku nk byr.

TIPS untuk membeli durian:

  1. Beli durian hanya bila ada pesaing berniaga di kawasan yang sama
  2. Try negotiate harga
  3. Pilih sendiri buah yang mana yang kita nak.
  4. Kalau dorg yang pilih, check dulu kulit dia sama ada ok ke tak or ada lubang ke x. jangan tengok isi je.
  5. Mintak peniaga tolong belah siap2 kat bawah buah tu supaya senang untuk dikopek nanti
TIPS untuk hilangkan bau durian

  1. Letakkan sekeping roti putih pada tempat yang berbau durian tu (dalam cabin or boot kete or dalam rumah). Roti ni akan menyerap bau durian tu.
  2. Untuk bau mulut, gosok gigi
  3. Untuk bau nafas, makan roti putih beberapa keping.

Thursday, November 04, 2010

I am proud to be Malaysian

chewwah... patriotik sket. Bila pergi ke negara org kan.. kita akan rasa betapa untungnya jadi Malaysian and tinggal di Malaysia.

okay.. sebelom korang baca ayat2 seterusnya let me give u an overview about it okay. it is more on pro-kerajaan. so sesape yg anti-kerajaan sila jangan baca kalu xmau hati korg sakit or menambahkan dosa menyumpah2 org. tapi kalau nak baca jugak suka hati korg la kan. mungkin boleh ubah persepsi korg.

Ok. kenapa aku rasa bertuah jadi Malaysian? Sebab...
  1. kat Malaysia Masjid byk... surau byk... even kat shopping mall pon ada surau. Senang nak solat. Sape yang tak nak solat tu dosa tanggung sendiri la kan.
  2. Kerajaan Malaysia menjalankan hubungan baik dgn kerajaan luar. byk kelonggaran utk Malaysian n xyah melalui prosedur yg xmasuk dek akal.
  3. Nak makan senang sebab banyak yg halal tp still kena beware jugak la kan. bukan boleh taram semua mknan.
  4. Toilet ada paip. senang nak basuh *. tapi byk Malaysian yg xpandai jaga kebersihan toilet. abes basah lantai or xpandai press flush button.
  5. Ada nasi campur n mknan berkuah. perghhhhh... mmg terbaek!
  6. Ada hway dan kemudahan lingkaran jalan raya yang bagus
  7. ada cuti utk hari raya
  8. muslim kat overseas sukarela jaga kebersihan surau. kenapa susah nk jmpe masjid/surau yg bersih di malaysia?
  9. point2 yg seterusnya akan diupdate lg nanti. ttbe xde idea lak.
ok... ini political sket. Apa yang aku xfaham  adalah kenapa sesetengah tersangat benci kerajaan malaysia? kenapa tak suka sangat dengan Tun M? Apa yang kita kecapi hari ini, lebuhraya, bangunan mega, projek mega, kemudahan awam, LRT, hubungan baik dengan dunia luar n etc... ia xdatang dengan bergolek dan sudah pastinya ia terjadi dengan izin Allah TETAPI dengan kita berusaha ke arah itu. Dengan kerjasama rakyat dan pemimpin, kita boleh maju. Tak perlulah terlalu taksub konon nya sesuatu parti itu akan membela naseb rakyat sebab walau parti apa pon... skrg ni semuanya d***. alamak termelencong lak sket. ok2 apa yg aku nk sebutkan kat sini adalah bersyukurlah dengan apa yg kita dapat sebab kat luar sana.. tak semestinya muslim kat luar sana dpt hidup mcm kita kat Malaysia. and.. apa salahnya mengakui kebenaran n jasa Tun M terhadap kita dan of coz Alhamdulilah krn Allah izinkan tindakan itu utk ke arah kebaikan.

TETAPI mesti la da jugak sikit yg xbagusnye atau pon yg kurang kan dengan parti skrg..manusia. tp tu boleh di improve kan dan diambik ikhtibar dr negara2 lain.

Okay lah. saya disini mengaku bhw ilmu saya tidak lah setinggi mana, pengetahuan jugak tidak seperti Ilmuan Islam, pengetahuan politik jugak hanya di atas surface shj. Tapi, rendahkan lah ego utk menghargai jasa sesorg dan menghargai sesorg.

P.s: terlepas nak pegi Tun Mahathir LEcture series december ni kat DSS UNITEN.

Tuesday, November 02, 2010

alhamdulillah

Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi peluang kepada salah seorang hamba Beliau untuk merasai hidup merantau di negara orang walaupun tempoh yang diberikan hanya sekejap.
Mencabar? YA / OUI. Untuk menempuhi 'ombak' tu memang mencabar. Tapi selepas kita bertemu semula dengan aliran yang tenang, kita akan recall back saat2 critical tu and kita akan tersenyum kerana kita masih boleh berdiri dan bernyawa setelah apa yg kita dah redah. Tapi dalam suasana yang tenang tu, persediaan utk mengharungi ombak yg seterusnya sngtlah perlu sebab kita xtahu apa yg akan muncul di hadapan kita. Kuat, berusaha, berdoa, bertawakal. InshaAllah kita akan berjaya harungi semua 'ombak' tu. Walau saat ketika diri berasa sangatlah lemah, rapuh, menahan sebak dan sakit hingga menitis air mata, nangislah. Air mata yang selama ini di tahan bukan petanda lemah tetapi satu takat utk menguatkan diri menghadapi 'ombak' yg lebih besar.

:)

Thursday, October 14, 2010

Alhamdulillah

Ku.. bersyukur pada mu Illahi – Syukur. Sing by Jamal Abdillah.

Ya Allah, ku bersyukur pada mu kerana Engkau kurniakan keluarga yang tidak penah jemu for supporting myself from every aspect.

Wahai Shakirah, jangan la lupa jasa keluarga.

Family will never abandon you. They are the persons…

… who feel happier for your happiness

… who feel more sad for your sadness

… who feel proud of your successfulness

… who will never jealous of your achievement

… who will try their best to fulfill your desire

… who will always with you in any kind of situations

…… THEY WILL ALWAYS BE THERE NO MATTER WHAT.

 

I am proudly to say… “Dear mak, ayah, bae… I LOVE YOU ALL. Thanks for everything”.