Bahan-bahan utama:
300gram Daging yang dihiris nipis
3 ketul Ubi kentang yang dihiris nipis
Sos Perapan:
3 sudu sos tiram
2 sudu sos pedas (boleh guna sos char kuetiau)
2 sudu kicap masin
1 sudu serbuk halia
1/2 sudu teh gula
Bahan-bahan Tumis:
1 ulas bawang putih dititik
1 ulas bawang merah dihiris nipis
3 sudu bawang blend
Bahan-bahan hiasan:
Cili merah
Cara memasak:
- Perapkan daging dengan sos perapan selama 5-10 minit.
- Panaskan minyak. Goreng ubi kentang sampai garing. Angkat dan tos minyak.
- Tumis bawang putih, hirisan bawang sampai separuh garing.
- Gunakan minyak bekas ubi kentang tadi. Masukkan bawang blend dan daging yang telah diperap ke dalam kuali. Jangan masukkan air lebihan perapan lagi.
- Goreng sampai kering dan daging bertukar warna sedikit gelap.
- Bancuhkan lebihan sos perapan tadi dengan sedikit air.
- Masukkan ke dalam kuali bersama daging yang telah sedikit garing.
- Tambah sedikit garam jika perlu.
- Masukkan cili merah dan ubi kentang yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata.
- Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment