.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Wednesday, February 02, 2011

Lilitan Tudung Bawal ispired by Hana Tajima

Tudung bawal boleh digayakan dengan pelbagai cara. Cara yang paling diikuti ramai adalah Butterfly dan W*rdin* (yang pin kat atas kepala tu).

Selain daripada itu, tudung bawal juga boleh digayakan dengan lilitan trend masa kini – style Hana Tajima. Untuk style macam ni, tudung tidak perlu ditarik ketat ketika dililit. Ini dapat mengelakkan tiba2 ada gelembung yang terkeluar dari lilitan dan leher berasa tidak selesa.

Sebelum memulakan demo, sediakan bahan2 berikut:
  • 1 helai tudung bawal kain cotton bersulam bidang medium (More Hijab:  Selendang Hijab Online (SHOL) )
  • 1 pin kecil untuk dagu
  • 1 pin tudung/jarum peniti untuk atas kepala


Langkah 1
T0002-1
Tak perlu melipat tudung. Pinkan bahagian tudung yang bertentangan dengan corak sulaman tudung pada panjang seperti dalam gambar.

Langkah 2
 T0002-2
Tarik dan kepit dengan jari bahagian separuh lebihan tudung dibahagian hadapan.

Langkah 3
T0002-3
Lilit sampai ke kepala. Pin kan buat sementara.

Langkah 4
T0002-4
Tarik separuh daripada lebihan tadi ke arah bertentangan dan lilit sampai ke kepala.

Langkah 5
 T0002-5
Adjust sulaman tudung supaya berada di tengah bahagian hadapan. Cabut pin sementara tadi. Pinkan kedua-dua lilitan di atas kepala.

Hasilnya
T0002-6
Tudung ini sesuai untuk digayakan di majlis formal atau kasual dengan baju t-shirt/kemeja/baju traditional.

Anak Tudung Manik Jahitan Tangan? Visits Selendang Hijab Online (SHOL).

Tips:
  • Saiz tudung tidak boleh terlalu kecil atau besar sebab jika terlalu kecil, tak boleh buat lilitan untuk bahagian kiri dan kanan – tudung akan jadi singkat. Jika terlalu besar pula, bahagian kepala akan kelihatan sangat besar.
  • Fabrik tudung yang bersesuaian adalah cotton or kapas lembut yang mudah melekat antara1 sama lain.
  • Sulaman tudung dapat menyebabkan tudung bahagian bahu terletak rapi dan tidak mudah jatuh dan memanjang ke bawah.
Selamat mencuba!

2 comments:

  1. nak share tutorial boleh nak letak kt fb??? nanti sy kredit kt awak punya blog...

    ReplyDelete
  2. live To Love. ok. jgn lupe credit n link :)

    ReplyDelete