.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Tuesday, September 30, 2014

Resepi Sambal Ayam Penyet

Berapa ramai dah pernah rasa nasi ayam penyet? Mula-mula memang agak skeptikal sikit dengan ayam penyet... ingatkan macam mana la rupa dan rasanya. Sekarang ni kan penjual nasi ayam penyet bercambah bagai cendawan.

Ayam penyet ni sama saja macam nasi ayam. Cuma kombinasi lain sedikit.

  • Nasi putih (ada sesetengah penjual guna nasi kukus beras wangi)
  • Ayam belah 4 digoreng (Bukan ayam berempah)
  • Sambal <- faktor utama yang membezakan setiap ayam penyet
  • Tempe & tauhu
  • Sayur ulam - seperti kangkung, timun, kobis. Semua sayur 'sejuk' untuk cool down sambal yang super pedas.


Ayam penyet yang popular di BB Bangi adalah Wong Solo dan Ayam Penyet AP. Siapa yang suka pedas, Wong Solo adalah pilihan terbaik. Ada 3 jenis sambal; sambal ayam penyet, sambal kicap, dan sambal asam (very mild).
Set Nasi Ayam Penyet Wong Solo

I just want to highlight resepi sambal ayam penyet yang menjadi igauan dan pembuka selera masa makan. Based on reverse engineering dan cubaan, akhirnya berjaya! Usaha itu tangga kejayaan.

Bahan-bahan;
20 tangkai cili padi merah (Segenggam)
1 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah kecil (boleh gantikan dengan 1 ulas bawang merah besar)
4 ulas bawang putih
1 asam keping
1.5 sudu garam
3 sudu minyak masak

Step 1:
Bersihkan bawang putih dan merah, cili padi, cili merah.
Bawang putih dihiris kasar.
Bawang putih di titik.
Cili merah di kepak.


Step 2:
Panaskan air dalam periuk/non-stick pan. 
Masukkan semua bahan dalam Step 1. 
Rebus sampai lembik (dalam 10-15 minit). 


Step 3:
Angkat dan Toss.
Masukkan bahan ke dalam pengisar.
Masukkan 2 cawan air.
Kisar selama 5 SAAT. (Biarkan teksture kasar).

Step 4: 
Masukkan bahan dalam STEP 3 ke dalam periuk/pan tadi.
Tambah 3 sudu minyak.
Biarkan mendidih sampai kering.
Kacau jika perlu.


Step 5: 
Masukkan 1 - 1.5 sudu teh garam halus.
Masukkan sekeping asam keping.
Tambah sedikit air. Gaul rata.
Step 6:
Bila dah kering, pecah minyak, tandanya dah masak.
At this point memang azab sikit sebab hidung akan sakit dengan aroma pedas tu.

Sambal ni boleh la bertahan dalam 3-4 kali hidangan.

I just love to have this sambal each time makan nasi. Tak kira lah makan dengan gulai/kari, ikan bakar... anything will do untuk ubah selera sambal belacan ke sambal ayam penyet.

Selamat mencuba!

Warning: Sambal ni memang sangat pedas. We will not be responsible for any injury, illness, death, loss.

11 comments:

  1. knp cili dan bawang semua di rebus??adakah untuk kekalkan aroma atau supaya mudah masak??

    hihi..tumpang tanya...feeling curiosity...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyirah - sebab nak lembutkan dan mudah nak blend dan dapatkan result mcm cili giling. kalau tak pakai blender, pakai batu giling or lesung batu, it should be fine kalau tak rebus. :D

      Delete
  2. Minta halal ye.saya cuba resepi ni.sdap...nak buat lg lpas ni.tq share resepi

    ReplyDelete
  3. Kalau tambah belacan ckit ok x? Sorry, lelaki nk masuk dapur... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haniff Hanapiah - Tak pernah cuba letak belacan. Mungkin awak boleh try and share resepi kalau letak belacan okay ke tak. :)

      Delete
  4. Kalau tambah belacan ckit ok x? Sorry, lelaki nk masuk dapur... Huhu

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. tumpang tanya, resipi ni sama sebijik jibik ke rasa ngan wong solo punya, hihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam Nur 'Alyaa Athirah - so far yang saya rasa and kawan2 saya yang follow resepi ni cakap memang jadi sebijik jibik.

      Delete
  6. Nak tnya la..hari tu ada skali makan kat wong solo cili dia x brapa lumat..besar2. rasa2nya macam dia guna cili merah instead of cili padi. Ke mcm mana?

    ReplyDelete
  7. Nak tnya la..hari tu ada skali makan kat wong solo cili dia x brapa lumat..besar2. rasa2nya macam dia guna cili merah instead of cili padi. Ke mcm mana? - Jarir

    ReplyDelete