.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Sunday, December 26, 2010

Layan Juara Lagu 80-90an di YouTube

Dah kata minggu bermalas2an… jd video yang bersemadi di YouTube la diselongkar satu persatu utk aktiviti hari ini.
Then terjumpa video lagu Allahyarham Sudirman.


Perghhhh jiwa yang xde frust or heart broken ni pon sebak lepas nengok n dgr performance beliau di Juara Lagu 1987 – aku pon tak lahir lagi daa time ni. Tp my brother (Khairul Shukeri) dah lahir dan masih kanak2 riang berambut kerinting ala2 Alleycats dan berkulit putih macam anak org putih!!!
Lagu ke dua yg layan adalah lagu drpd Fauziah Latif – teratai layu di tasik madu.

Best giler suara dia live! Memang betoi3 menjiwai la.
Lagu ke tiga menjadi pilihan hati, SHima – teringin. “Sesekali ku rasa teringin…”


suara serak dia mmg unik!
Wings – Taman Rasyidah Utama. Nengok.. rock tak semestinya selebet and selekeh. Baru la jiwang berseni lagi kemas! Layan lah sunglasses Awie tu.. hihihihi



Lepas layan rock kapak, layan dangdut pulak… Amelina – Asyik. Kat pasar malam pun pakcik2 tu dok pasang lagu ni ja.



Mustahil utk layan lagu2 juara lagu kalu xde Ziana Zain. Eden minat betoi ngan ZZ ni. Siap beli lagi album Puncak Kasih. My first album original. Harga RM15.50. Yela, time tu kecik lagi, mana nak tau original ke x. Tapi lagu ni bukan dlm album Puncak Kasih la. Lagu ni mengingatkan filem Maria Mariana. perghhh… layan giler! Time ni semua Ziana Zain la…



Golden voice yang tak berubah lagi pecah dari dulu smpi sekarang, Jamal Abdillah. I hope I can see his performance di Istana Budaya 1 day. :)



Penyanyi wanita kegilaan ramai lelaki sekurang2nya sedekad, Siti Nurhaliza. Banyak album Siti kat rumah. Yela, Sayer ada sorg abang, dia adalah lelaki, dan adalah normal dia minat Siti. Zaman populer siti, dia keluarkan album 2 kali setahun.. jadi byk la koleksi album siti ni kat dalam kete. For me, I just knew Siti Nurhaliza sebab lagu cindai dan beliau menjuarai Juara Lagu utk lagu tu. Sebelum tu tak hairan dgn Siti sebab minat Ziana Zain. Time ni ZZ dah kawen kot. So popularity berpindah kepada Siti.



Kekal dengan imej sopan, dan merendah diri, itu la ‘X-factor’ Siti.



Eh.. tersesat lak video era 2000 millenium nih. maap la.. terlajak sudey..

Okay. Setakat ni je review pasal Juara lagu. Kenape tak ada video JL skrg ni?? Alaaaa.. dulu2 nye best.. skrg dah tak layan AJL.
(sebenarnye layan byk lagi video Juara Lagu zaman 90an tapi tak kan nak post semua kan… baik korg g layan kat Youtube tu)

No comments:

Post a Comment