.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Friday, August 30, 2013

The new pizzahut big box

Today is a sort of hectic-santai day for me. Pagi tadi ada BIG event in our college. Memang hectic and nervous. Alhamdulillah all went well (i think). Everyone looks happy and enjoy the event.

Today tak p pasar malam. Letih la. Kenyang jamuan tadi is still there. Tapi malam nanti tak tahu la kan. Ingat nak beli laksa. Tapi kedai tutup la pulak. Then singgah la kat pizzahut sebab teringat ada big box (oh mudahnya terpengaruh dgn iklan).

Apa yang ada dalam big box? 

Regular pizza
Garlic Bread 
Spaghetti
Chicken wing
Chicken nugget

My lucky day... Pizza bagi compliment segelas air soft drinks for free while waiting. Alhamdulillah. 


Thank you adik pizza.

FYI, harga untuk big box ni less than RM50... hanya RM45++ (kalau tak silap).

What are you waiting for?  Grab it today. :)



Saturday, August 10, 2013

Hantaran Tinggi. Sama ja macam harga rumah zaman sekarang ni


Today terbaca 1 artikel kat kosmo. Isu hantaran tinggi menghalang golongan muda berkahwin.

Isu ni kalau di timbang akal, secara logiknya, tiada isu. Semua ini gara-gara mulut manusia.

Semua orang tahu bahawa kos sara hidup meningkat. Para pasangan sepatutnya fokus kepada kehidupan selepas akad nikah, bukan hanya during the ceremony.

Zaman dulu, orang boleh buat kenduri sembelih 2-3 ekor lembu, berpuluh ekor ayam. Kenapa? Orang zaman dulu duduk di kampung. Bela ayam, lembu.. tanam padi. Kalau kenduri gotong royong. Belajar jarang sampai ke peringkat universiti yang kene bayar mahal-mahal yuran dia. Kalau kene bayar dulu, maktab, sekolah asrama. Tapi zaman dulu pun income tak la besar compare to sekarang ni.

Zaman sekarang. Ada duit semua jadi. Tapi banyak ke duit? Jom kita buat calculation untuk berbelanja untuk majlis perkahwinan sahaja.

Anggaran kos majlis perkahwinan:

Kenalan mak, ayah, abang, adik, kakak= +- 1000 + pasangan (sebenarnya yang bertegur sapa, visit masa susah, hanya kurang 100 orang ja. tapi nak ambil berkat jamu orang makan katanya). 1 kepala catering ambil RM8.00. 
RM8.00 x 2000 = RM16,000. 

2000 orang nak sewa khemah. Berapa buah khemah baru nak cukup? Kalau dok rumah teres mau kene block 1 row rumah. Jadi Kita sewa dewan senang tak ganggu jiran tetangga. Sewa dewan = RM500 to RM1000 (ikut kawasan or tak ada aircond)

Kalau 1000 jemputan, kena sedia 1000 keping kad. 1 kad = RM1.00. Dah RM1,000.

Goodies. 1000 jemputan x 2 x RM3 = RM6,000.

Hiasan dewan dan baju pengantin dan mekap. Kalau pelamin cinonet seketul kat tengah tu RM3,000. Kalau ada 2 kepak kat tepi, RM6,000. Belum hiasan fresh flowers yang diwarwarkan kat rancangan TV untuk majlis kahwin selalu tu.

OK. Sekarang dah berapa dah kak senah? RM16,000 + RM1,000 + RM6,000 + RM3,000 = RM26,000
(Boleh buat downpayment Audi A4.. kalau lumpsum bayar hutang saga pun lepas ni)

Tu baru untuk tetamu. Mai kira untuk diri sendiri pulak yea.

Hantaran berdulang2... Jom kira hantaran pulak. 

In my opinion tak payah pun hantaran ni sebab diri sendiri yang nak pakai. Tak yah la nak tunjuk kat orang. Yang perempuan pun, jangan la mengada2 nak demand barang yang selama ni tak mampu pakai, tapi nak pulak as barang hantaran.

Dulang #1: Cincin kahwin. Paling murah la yang pernah nampak cincin emas berbatu satu, RM600. Belum diamond berkarat2 lagi. 

Dulang #2: Set Perfume (kalau biasa pakai perfume 2-3 poloh hengget, time ni la ttba nak tambah lg 1 kosong kat belakang tu kan). RM300

Dulang #3: Kek. Untung kalau ada makcik pakcik sponsor. RM100.

Dulang #4: Sepasang baju. (ambik murah2 dah la). RM100.

Dulang #5: Jam tangan. RM300.

Dulang #6: Handbag. RM400.

Dulang #7: Sejadah. RM50.

Total: RM600 + RM300 + RM100 + RM100 + RM300 + RM400 + RM50 = RM1850

So sekarang total kos berapa? RM26,000 + RM1,850 = RM27,850.

Yang ini baru fokus pada 1 pihak (perempuan) saja yea. How about majlis bertunang dan akah nikah? Pening... pening.. kita letak tepi dulu.

Kita fokus kepada gaji seorang executive. Gaji bulanan RM3000. Kita kira anggaran perbelanjaan untuk kehidupan di kota metropolitan ini...

Income tax (PCB) = RM100
KWSP + Socso = RM350
Kereta = RM450 (tu pun kalau pinjam downpayment kereta daripada pa n ma)
Sewa rumah bujang = RM500
Bil letrik. Rumah ada aircond = RM100
Tol nak p keja or parking cekik darah kat KL ni = RM400
Duit minyak = RM300
Investment (ASNB + Insurance) = RM200 + RM200 = RM400
Total = RM2,600
Yang tinggal hanya RM3,000 - RM2,600 = RM400.

Boleh nampak tak kat sini... bajet nak kawen busuk2 kena ada RM28,000. Duit kat tangan pun ada RM400 bulan-bulan untuk makan. then 70 bulan la tak makan minum nak kumpul duit belanja kawin? Tu belum tolak hutang pinjaman pendidikan lagi.

Ada pulak yang cakap, tu tanggung jawab ibu bapa kumpul duit sediakan untuk majlis kawin anak. HELLOOOO~~! dah la kita susahkan dorg dari kecik, masa study pun dok runtun dorg, now dah besar nak susahkan dorg lagi? (tapi kalau dorg mampu, duit berkepuk2 bawah bantal tak pa la. itu cerita lain).

This is reality sekarang ni.

Sebenarnya, yang nak berkahwin tu nak majlis simple saja. Dorang nak hubungan halal. Bukan buat benda yang tak elok (better kalu both dah keja la). Buat apa nak menyusahkan diri sendiri nak kumpul duit untuk dihabiskan dalam masa tak sampai 24jam tu ja. 

Ada beberapa senario dan respon negatip yang selalu dengar dan untuk dikongsi kat sini:

Senario #1: Kami buat majlis akad nikah untuk family terdekat saja.
Respond A: Eh kenapa buat majlis akad nikah ja? Ada apa2 ke? Terlanjur la tu.
Respond B: Oooo anak kawin tak jemput aku pun. Sampai hati. Sombong!
Respond C: Eleh, masa kecik2 aku yang jaga anak dia.

Senario #2: Buat majlis jemput ramai orang.
Respond A: Eleh, makanan bukan sedap pun.
Respond B: Ada ka bagi buah tangan yang ni ja
Respond C: Tak lawa pun pelamin dia
Respond D: Sapa pengantin dia? tak kenal pun
Respond E: Apa makanan tak cukup ni.

AAAAAAA tutup mulut tempayan lagi senang. 



Ingat senang dan murah ke nak buat sesuatu majlis? 

Why not kita doakan saja...

"Alhamdulillah, moga panjang jodoh kalian."

Tak payah nak touching mouching.

Yang perempuan pun, kalau bakal husband tu tak berkemampuan sangat, jangan la demand. Kesian org lelaki ni. Nak ke hidup dengan hutang lepas kawen? Yang lelaki pun, kalau dah dapat wife yang tak demanding, jangan ambil kesempatan jadi kedekut bakhil pulak.

Lepas kawen lagi banyak kos nak kena tanggung. Rumah, raya rumah sendiri, rumah mentua. Kalau ada anak, pengasuh, lampin, susu, kelengkapan... banyak lagi duit nak dipakai.


Friday, August 09, 2013

Makeup Tutorial: Lip gloss merah

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga... Saga BLM?

This time I nak share makeup tutorial yang hanya fokus pada bibir. Bibir meghah, sapa tak suka. Cuma berani atau tak saja.

Ok, basic item yang diperlukan hanyalah;
  1. Lipgloss merah
  2. tisu
  3. jari


Step A: Pastikan anda sudah apply basic mekap macam yang diajar sebelum ni... Hanya follow step 1 sampai 3.. Boleh klik sini... Makeup for Raya 2013 - Day time makeup. Pastikan muka anda kelihatan pucat especially bahagian bibir... same color with kulit pun tak apa.


Step B: Guna Lipgloss daripada The Body Shop. Lipgloss ni lain daripada yang lain sebab sangat melembapkan bibir. Pilih color Raspberry. 

Step C: Apply pada tengah bibir dahulu. Then apply dari tepi bibir sampai ke bahagian tengah. Sapu pada seluruh bibir.

Step D: Ambil sehelai tisu, Lipat 2, kemudian tekapkan pada bibir. Ini dapat kekalkan warna lipgloss pada sapuan kedua.

Step E: Ratakan (blend) antara sempadan bibir dengan kulit muka dengan jari. This is to get well blend red and tak nampak macam pakai sticker bibir.

Step F: Apply semula lipgloss

Step G: Blend kan semula 'frame' bibir.

Step H: Finally...


Step I: Try to smile... make sure warna merah tak lekat pada gigi. :P


Additional tips:
Try to minimize mekap mata dan blusher. 

Selamat mencuba.

Saturday, August 03, 2013

Another Reason to Own the new Macbook Air - Battery

Battery!
Last night, before masuk tido around 12am, I did pasang 3 surah on this notebook. During that time, the battery indicator was 82%.

During sahur, I forgot to stop the player or turn off the computer. After subuh, tertido di sofa sampai jam 10am (alamak kantoi tido lepas sahur!)... dengan mimpi lagu raya... (sebab kat tv ada persembahan sempena aidilfitri)...

Dengan terkejutnya masa masuk bilik, surah2 ni masih lagi berputar... dan lebih terkejut bila tengok indicator bateri masih ada 22%.


Hanya around 60% of reduction penggunaan bateri walaupun play mp3 non-stop! Glory-glory i dont know how to express my feeling lagi... sangat happy inside.

kalau laptop selalu... paling lama tahan pun 4 jam ja. I am very kagum with apple technology. Dah la nipis, bateri tahan lama.

Read also akhirnya.... 'udara' saya sampai juga

Friday, August 02, 2013

Kematian

Tadi, tiba-tiba tergerak hati bukak Tv1 tengok Forum Perdana Ehwal Islam. As usual, Tuan Pengerusi, Dr Riduan akan menyakat panel2 yang lain. Ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba ada sorang panel tu menyebut tentang kematian. 

"... Hidup seperti menyangkal perkara yang pasti." 

Perkara yang pasti itu adalah mati. Semua orang tahu bahawa mati itu pasti. Tapi sudahkah kita bersiap sedia untuk mati? Aku sendiri tergamam. Andai kata setelah pejamkan mata, tiba2 tidak berupaya untuk buka mata pada esok hari. Yang dilihat oleh roh hanyalah sekujur tubuh kaku.

Dalam radio pagi tadi juga terdengar tazkirah. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Sedekah. Wallahualam. Banyak? sedikit? :(



Ilmu... cukupkah ilmu yang aku turunkan kepada masyarakat? Bolehkah pelajar-pelajar ku menggunakan ilmu yang diajari untuk kebaikan?



Anak yang soleh. Ya Allah, beruntungnya muslimin dan muslimat yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Moga jodoh diri ini sampai, dan memiliki zuriat yang soleh dan solehah. Berilah peluang pada diri ini untuk sekurang-kurangnya, bila aku sudah tiada, pewarisku akan sedekahkan Al-Fatihah, paling tidak pada bulan Ramadhan dan Syawal. Tapi jikalau sudah ketentuan-Nya hidup ini hanya sendiri dan tiada pewaris, moga ada muslim lain akan mensedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai bekalan tambahan.


Thursday, August 01, 2013

Chessnut keluar ward

Chessnut? Itu nickname baru nama kereta saga ku setelah keluar ward (workshop). 

A week before puasa, saya accident (to be specific my car yang injured). Punya sayang tak sayang kat office, accident tu berlaku kat betul2 depan  opis. Tak nak cerita how it happens, I just want to share the happy news yang my car dah keluar ward! Alhamdulillah. Akhirnya dah keluar ward setelah hampir 3 minggu. Sampai tuan dia demam2 la rindukan chessnut. Here are few pictures semasa kejadian, dan selepas dibaiki. 

Alhamdulillah, my chessnut is very strong.


Just a weird feeling lepas keluar ward, chessnut macam trauma. :( 
Sometimes it 'talks'. Sometimes it wants to 'blink' sometimes dont. 
Awww pity my chessnut. 

Berikut adalah information yang penting kepada semua pemandu.
  1. Jika anda memiliki dan memandu kereta;
    1. Anda perlu simpan perkara berikut; Salinan geran (depan belakang), salinan polisi insurance yang terkini
    2. Untuk polisi insurance, pastikan nama pemandu (jika bukan pemilik kenderaan) ada didalam senarai pemandu tambahan. Jika tidak, penalti akan dikenakan. Oleh sebab itu, kita tidak disarankan untuk pinjamkan kenderaan kepada pemandu selain daripada dalam senarai pemandu yang dilindungi.
  2. Pastikan anda menyimpan nombor helpline insurance anda. Dapatkan bantuan daripada helpline insurance anda. ini dapat mengelakkan anda daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
  3. Terus pergi ke balai polis yang berhampiran. Insurance tak akan cover kalau tiada police report. It is okay jika anda salah. Pihak insurance anda akan bayar kepada pihak lagi satu (anda mungkin kena bayar sedikit penalti).
  4. Ambil gambar kereta anda setelah kemalangan (sebelum hantar ke workshop)
  5. Hantar kereta anda ke workshop panel insurance anda.
  6. Tempoh untuk kereta siap dibaiki selalunya dalam 2-3 minggu. Kalau kereta anda adalah special edition dan yang affected adalah aksesori tambahan, mungkin mengambil masa lebih sedikit untuk menunggu alat ganti original sampai.
  7. Jika anda tidak salah, pihak insuran akan menggunakan insurance anda untuk membayar dulu kepada workshop. Kemudian, pihak insurance akan claim pada pihak insurance yang lagi satu. Ini untuk mempercepatkan proses repair kereta. Jangan risau, NCD (no claim discount) anda juga tidak hilang.

Sunday, July 28, 2013

Makeup for Raya 2013 - Day time makeup

Since hari raya makin menjelang tiba, of course kita nak nampak cantik dan segar sentiasa. Lebih-lebih lagi orang perempuan yang selalu sibok didapur masak sampai tengah malam. We dont want to have a 'hantu kak limah' looks masa pagi raya or attending open house nanti. Here, i want to share a very simple refreshing makeup steps yang everyone can do it! it takes less than 5 minutes to have this natural looks.


Here are the basic items required


1. Avon Blusher Brush
2. IN2IT 2-way foundation
3. Thebodyshop blusher
4. Olay White Radiance serum
5. Thebodyshop lip gloss
6. IN2IT mascara
7. Lipice lipbalm

I am trying my best to use and share the most affordable and great products that will not going to harm my skin/face.

For example, I am usually use TheBodyShop All-in-One Face Base. This cost RM75.00. But this 2-way cake sangat menjimatkan. For a heavy user (apply 2 times per day), I will only buy it once every 2.5 months. But in this tutorial I replaced it with IN2IT 2-way foundation. it works almost the same with TheBodyShop face base but i can feel it makes my skin a bit dry. The price is around RM23.

Throughout this tutorial, i will share some reviews of the product that i use.



Moisturiser adalah perkara paling basic untuk menjaga kelembapan kulit. My skin is best suits with Olay products. I am usually use the moisturiser. But this time, I am going to use the serum. This product is really economic. 1 small dot untuk whole face. It is a bit pricy. But sometimes we can get it with a very low price bila watsons buat sale. 


sebelum apply bedak, perkara yang paling penting adalah lipbalm. this is to ensure bibir lembap. selain tu, it helps untuk dapat warna lipstick yang sebenar (without pengaruh 'ikut darah'), dan lipstick tahan lebih lama.

Some people lebih suka apply foundation, then baru loose powder. Since i don't want my face to feel 'cakeky', i prefer to have all in one powder, despite foundation selalu mengecewakan bila tak pandai nak apply, dan loose powder asek berterabur dalam handbag. Euh!

Since bedak ni sekali dengan foundation, add more on darker (eye area). Untuk lips, we need to tap-tap atas bibir. Please jangan sapu... just tap-tap. It will blend dengan lipbalm tadi. Our target here to get a pale face.

Blusher helps a lot in making our face looks fresh! I love blusher from thebodyshop. sebab... economic, protect my skin, and long-lasting. Untuk blusher yang bersaiz kecil, it can last up-to 1.5 year. This time i choose yang ada shimmering. kalau ambil gambar, it will gives a special effect yang berkilat. selain tu, blusher from thebodyshop tidak menyebabkan jeragat. Yes, zaman dulu i used to pakai blusher dari brand A***. after 2 years, memang nampak kesan jeragat di pipi. :(

For this time, gunakan blusher yang berwarna pink untuk disapu disekitar cheek area sampai ke bahagian tepi hidung. Avoid bahagian muncung hidung. Senyum untuk dapatkan cheek area tersebut. once done dengan pipi dan sisi hidung, sapu sedikit warna pink di bahagian dagu.


Now is the time untuk highlighting. Highlight di bahagian tulang pipi (only 1 line di atas tulang pipi) dan bahagian tengah hidung.

Mascara is optional. Kadang-kadang termalas juga nak apply. as usual, bila nak pakai mascara kene pakai zig-zag. I am using mascara from in2it sebab mudah nak cuci. guna air, kepit bulu mata dengan jari, tarik. tak perlu makeup removal. well, i used to pakai brand lain... ya Allah, tercabut bulu mata pun tak hilang2.

now, final step. lip gloss from thebodyshop. I love this colour. nampak natural. Dulu I have a nightmare dengan lipgloss brand S********. Asal pakai je mesti bibir pecah. and the lipgloss berbau chemical. But this lipgloss sangat berbeza. sangat moisturising and long lasting. You can get this for RM39. By applying lipbalm, and foundation+bedak dulu pada bibir, we can get the actual color of the lipgloss/lipstick.

and that is all.



Saturday, July 27, 2013

Hari Raya makin menjelang

Alhamdulillah, sudah 17 hari umat Islam berpuasa. Hari ni jumaat dan hari nuzul quran. Selangor cuti. So the whole day kemas rumah yang dah macam tongkang pecah, ganti gas baru (Mesra Petronas 1300-888-427), tukar langsir, basuh baju berbakul-bakul, masak for berbuka puasa, and finally, sambung menjahit sebab drama kat tv sangat boring... kalau tak couple gaduh, admire nak kawen, tak pun nak bolot keuntungan syarikat sorang2, oh trend terbaru, pukul2 a.k.a gangster... 
=.= boooring.


while menjahit, layan la lagu rock kapak abg awie kat youtube..

terbayang pulak macam que haidar dalam movie Rock... sapa yang tengok tau la scene mana..

oh.. let me introduce you to the background... that is my new langsir.. do we need to have name for it? 

Sunday, July 21, 2013

Farmville on Mac

Day 7 of using Mac

Today I have just learnt 2 new things on my Mac.
Screen Capture and install Adobe Flash Player on my Mac.

sounds noob

Haha

before this I don't bother on how to screen capture my windows on Mac. But just to share with you all my happiness of the ability to play Farmville on Mac, i put some efforts to find it.

here here.. see. i can manage my farm from my Mac. There are some apps that iPad cannot do, while Mac can. Before this, I did tried to install adobe Flash player on my iPad mini. But not supported. So I was thinking that there will be no Adobe Flash Player on Apple product. But lucky me. When I was about to play my playlist on YouTube, it ask me to install Adobe Flash Player on my browser. 

Love love love 

when there is a flash player, it is a green light to play FarmVille!

After the installation, i just try my luck to click on FarmVille link. 
Yes! It is successfully loaded!

I am very happy until i want to share the screen capture to prove it here. Guess what is my lazy step? capture thru my phone....

like this one...


but too shame to show my laziness to learn a new thing since my students will read this blog too.

I did Google on "Screen capture on Mac"

and I have found this useful website

http://guides.macrumors.com/Taking_Screenshots_in_Mac_OS_X

Command + Shift + 4, then select which area I want.

And I managed to get this beautiful picture of my farm... ;)



Friday, July 19, 2013

Jumaat dan barang basah... dan 1 talian hayat

Jumaat adalah hari yang dinantikan untuk membeli barangan basah. Restocking time. di mana shopping barang dapur yang best? mesti la pasar malam putrajaya. 


Makanan laut yang segar, sayur-sayuran yang berlambak-lambak. Of course ada gerai-gerai yang favorite. So today restock makanan laut such as ikan siakap (teringin sebab tengok masterchef professional masak hari tu), udang laut, dan ikan merah isi (my brother's all time favorite). Plan nak masak siakap untuk berbuka puasa ni.

Dah kata puasa, tekak ni lapar je rasa. singgah pulak di bahagian bazar ramadhan yang terletak seberang jalan je. Si abang teringin makan nasi tomato (tapi balik rumah rupanya pakcik tu bagi nasi briyani). Then nampak pulak kebab melawati (ke melewati??). teringin kebab daging. padahal lupa yang diri ni tak la boleh tahan sangat dengan daging kebab (allergy). dapat kebab daging. dengan happynya selebar senyuman pada kotak happy meal nak balik masak. tiba-tiba...

kereta tak boleh start! bateri habis. dah la tinggal 1 je kereta comel biru tu yang ada sebab si perkasa perak tengah warded. oh my... macam mana... macam mana... 

bing... si comel biru pakai insurance AXA. cuba cari dalam laci tak jumpa sticker auto assist diorang (lupa yang fon ada internet). Fine lah. call kurnia insurance (1-800-88-3833) since si perkasa perak pakai kurnia insurance. call centre kurnia memang tidak pernah mengecewakan. the operator will try their best to assist in any car break-down. tapi untuk this time kurnia cannot help to send their people to help us. BUT, the operator did asked where are we and they gave us the contact number untuk foreman yang mereka tahu within that area. may Allah bless you. they did gave me 2 numbers. one of them is Jackson Towing Service (Joey 016-3324616).

we called joey. with a very polite and fast service, she has arranged everything for us. she said the foreman will arrive in 1 hour. And Alhamdulillah, tepat satu jam lepas call, the foreman arrived.

nak jadikan cerita, naseb la ada some extra money masa tu. and that amount cukup-cukup tak lebih tak kurang daripada yang dicaj. Alhamdulillah.

While waiting for them to arrived, my brother yang demam dan suara serak ala ramli sarip, fulfil his time by playing a minion game on his iPad. Non-stop okay! 


What about me? Continue shopping makanan nak berbuka dalam kereta since we are just realised that we dont have any drinks to berbuka puasa. i have got myself air soya and sate. cukup la setakat syarat berbuka puasa. 

the foreman came tepat pada waktu azan. so we just berbuka dengan seteguk air while waiting kereta untuk siap. 5-10 minit and its done! the foreman, chen, and Low, were helpful and friendly.


Dalam perjalanan balik rumah, i said to my brother, we are lucky to live in Malaysia that has multiple races. Cuba bayangkan kalau malaysia ni ada malay or muslim saja, our car break-down masa nak berbuka puasa. For sure tak ada foreman yang willing to come masa nak berbuka puasa. kalau ada pun mesti charge more than usual. So, respect each other. masing-masing are surviving to live in this world and semua cari makan. 

Alhamdulillah, Allah always with us.