Tadi, tiba-tiba tergerak hati bukak Tv1 tengok Forum Perdana Ehwal Islam. As usual, Tuan Pengerusi, Dr Riduan akan menyakat panel2 yang lain. Ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba ada sorang panel tu menyebut tentang kematian.
"... Hidup seperti menyangkal perkara yang pasti."
Perkara yang pasti itu adalah mati. Semua orang tahu bahawa mati itu pasti. Tapi sudahkah kita bersiap sedia untuk mati? Aku sendiri tergamam. Andai kata setelah pejamkan mata, tiba2 tidak berupaya untuk buka mata pada esok hari. Yang dilihat oleh roh hanyalah sekujur tubuh kaku.
Dalam radio pagi tadi juga terdengar tazkirah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Sedekah. Wallahualam. Banyak? sedikit? :(
Ilmu... cukupkah ilmu yang aku turunkan kepada masyarakat? Bolehkah pelajar-pelajar ku menggunakan ilmu yang diajari untuk kebaikan?
Anak yang soleh. Ya Allah, beruntungnya muslimin dan muslimat yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Moga jodoh diri ini sampai, dan memiliki zuriat yang soleh dan solehah. Berilah peluang pada diri ini untuk sekurang-kurangnya, bila aku sudah tiada, pewarisku akan sedekahkan Al-Fatihah, paling tidak pada bulan Ramadhan dan Syawal. Tapi jikalau sudah ketentuan-Nya hidup ini hanya sendiri dan tiada pewaris, moga ada muslim lain akan mensedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai bekalan tambahan.
No comments:
Post a Comment