.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Saturday, August 10, 2013

Hantaran Tinggi. Sama ja macam harga rumah zaman sekarang ni


Today terbaca 1 artikel kat kosmo. Isu hantaran tinggi menghalang golongan muda berkahwin.

Isu ni kalau di timbang akal, secara logiknya, tiada isu. Semua ini gara-gara mulut manusia.

Semua orang tahu bahawa kos sara hidup meningkat. Para pasangan sepatutnya fokus kepada kehidupan selepas akad nikah, bukan hanya during the ceremony.

Zaman dulu, orang boleh buat kenduri sembelih 2-3 ekor lembu, berpuluh ekor ayam. Kenapa? Orang zaman dulu duduk di kampung. Bela ayam, lembu.. tanam padi. Kalau kenduri gotong royong. Belajar jarang sampai ke peringkat universiti yang kene bayar mahal-mahal yuran dia. Kalau kene bayar dulu, maktab, sekolah asrama. Tapi zaman dulu pun income tak la besar compare to sekarang ni.

Zaman sekarang. Ada duit semua jadi. Tapi banyak ke duit? Jom kita buat calculation untuk berbelanja untuk majlis perkahwinan sahaja.

Anggaran kos majlis perkahwinan:

Kenalan mak, ayah, abang, adik, kakak= +- 1000 + pasangan (sebenarnya yang bertegur sapa, visit masa susah, hanya kurang 100 orang ja. tapi nak ambil berkat jamu orang makan katanya). 1 kepala catering ambil RM8.00. 
RM8.00 x 2000 = RM16,000. 

2000 orang nak sewa khemah. Berapa buah khemah baru nak cukup? Kalau dok rumah teres mau kene block 1 row rumah. Jadi Kita sewa dewan senang tak ganggu jiran tetangga. Sewa dewan = RM500 to RM1000 (ikut kawasan or tak ada aircond)

Kalau 1000 jemputan, kena sedia 1000 keping kad. 1 kad = RM1.00. Dah RM1,000.

Goodies. 1000 jemputan x 2 x RM3 = RM6,000.

Hiasan dewan dan baju pengantin dan mekap. Kalau pelamin cinonet seketul kat tengah tu RM3,000. Kalau ada 2 kepak kat tepi, RM6,000. Belum hiasan fresh flowers yang diwarwarkan kat rancangan TV untuk majlis kahwin selalu tu.

OK. Sekarang dah berapa dah kak senah? RM16,000 + RM1,000 + RM6,000 + RM3,000 = RM26,000
(Boleh buat downpayment Audi A4.. kalau lumpsum bayar hutang saga pun lepas ni)

Tu baru untuk tetamu. Mai kira untuk diri sendiri pulak yea.

Hantaran berdulang2... Jom kira hantaran pulak. 

In my opinion tak payah pun hantaran ni sebab diri sendiri yang nak pakai. Tak yah la nak tunjuk kat orang. Yang perempuan pun, jangan la mengada2 nak demand barang yang selama ni tak mampu pakai, tapi nak pulak as barang hantaran.

Dulang #1: Cincin kahwin. Paling murah la yang pernah nampak cincin emas berbatu satu, RM600. Belum diamond berkarat2 lagi. 

Dulang #2: Set Perfume (kalau biasa pakai perfume 2-3 poloh hengget, time ni la ttba nak tambah lg 1 kosong kat belakang tu kan). RM300

Dulang #3: Kek. Untung kalau ada makcik pakcik sponsor. RM100.

Dulang #4: Sepasang baju. (ambik murah2 dah la). RM100.

Dulang #5: Jam tangan. RM300.

Dulang #6: Handbag. RM400.

Dulang #7: Sejadah. RM50.

Total: RM600 + RM300 + RM100 + RM100 + RM300 + RM400 + RM50 = RM1850

So sekarang total kos berapa? RM26,000 + RM1,850 = RM27,850.

Yang ini baru fokus pada 1 pihak (perempuan) saja yea. How about majlis bertunang dan akah nikah? Pening... pening.. kita letak tepi dulu.

Kita fokus kepada gaji seorang executive. Gaji bulanan RM3000. Kita kira anggaran perbelanjaan untuk kehidupan di kota metropolitan ini...

Income tax (PCB) = RM100
KWSP + Socso = RM350
Kereta = RM450 (tu pun kalau pinjam downpayment kereta daripada pa n ma)
Sewa rumah bujang = RM500
Bil letrik. Rumah ada aircond = RM100
Tol nak p keja or parking cekik darah kat KL ni = RM400
Duit minyak = RM300
Investment (ASNB + Insurance) = RM200 + RM200 = RM400
Total = RM2,600
Yang tinggal hanya RM3,000 - RM2,600 = RM400.

Boleh nampak tak kat sini... bajet nak kawen busuk2 kena ada RM28,000. Duit kat tangan pun ada RM400 bulan-bulan untuk makan. then 70 bulan la tak makan minum nak kumpul duit belanja kawin? Tu belum tolak hutang pinjaman pendidikan lagi.

Ada pulak yang cakap, tu tanggung jawab ibu bapa kumpul duit sediakan untuk majlis kawin anak. HELLOOOO~~! dah la kita susahkan dorg dari kecik, masa study pun dok runtun dorg, now dah besar nak susahkan dorg lagi? (tapi kalau dorg mampu, duit berkepuk2 bawah bantal tak pa la. itu cerita lain).

This is reality sekarang ni.

Sebenarnya, yang nak berkahwin tu nak majlis simple saja. Dorang nak hubungan halal. Bukan buat benda yang tak elok (better kalu both dah keja la). Buat apa nak menyusahkan diri sendiri nak kumpul duit untuk dihabiskan dalam masa tak sampai 24jam tu ja. 

Ada beberapa senario dan respon negatip yang selalu dengar dan untuk dikongsi kat sini:

Senario #1: Kami buat majlis akad nikah untuk family terdekat saja.
Respond A: Eh kenapa buat majlis akad nikah ja? Ada apa2 ke? Terlanjur la tu.
Respond B: Oooo anak kawin tak jemput aku pun. Sampai hati. Sombong!
Respond C: Eleh, masa kecik2 aku yang jaga anak dia.

Senario #2: Buat majlis jemput ramai orang.
Respond A: Eleh, makanan bukan sedap pun.
Respond B: Ada ka bagi buah tangan yang ni ja
Respond C: Tak lawa pun pelamin dia
Respond D: Sapa pengantin dia? tak kenal pun
Respond E: Apa makanan tak cukup ni.

AAAAAAA tutup mulut tempayan lagi senang. 



Ingat senang dan murah ke nak buat sesuatu majlis? 

Why not kita doakan saja...

"Alhamdulillah, moga panjang jodoh kalian."

Tak payah nak touching mouching.

Yang perempuan pun, kalau bakal husband tu tak berkemampuan sangat, jangan la demand. Kesian org lelaki ni. Nak ke hidup dengan hutang lepas kawen? Yang lelaki pun, kalau dah dapat wife yang tak demanding, jangan ambil kesempatan jadi kedekut bakhil pulak.

Lepas kawen lagi banyak kos nak kena tanggung. Rumah, raya rumah sendiri, rumah mentua. Kalau ada anak, pengasuh, lampin, susu, kelengkapan... banyak lagi duit nak dipakai.


No comments:

Post a Comment