Chessnut? Itu nickname baru nama kereta saga ku setelah keluar ward (workshop).
A week before puasa, saya accident (to be specific my car yang injured). Punya sayang tak sayang kat office, accident tu berlaku kat betul2 depan opis. Tak nak cerita how it happens, I just want to share the happy news yang my car dah keluar ward! Alhamdulillah. Akhirnya dah keluar ward setelah hampir 3 minggu. Sampai tuan dia demam2 la rindukan chessnut. Here are few pictures semasa kejadian, dan selepas dibaiki.
Alhamdulillah, my chessnut is very strong.
Just a weird feeling lepas keluar ward, chessnut macam trauma. :(
Sometimes it 'talks'. Sometimes it wants to 'blink' sometimes dont.
Awww pity my chessnut.
Berikut adalah information yang penting kepada semua pemandu.
- Jika anda memiliki dan memandu kereta;
- Anda perlu simpan perkara berikut; Salinan geran (depan belakang), salinan polisi insurance yang terkini
- Untuk polisi insurance, pastikan nama pemandu (jika bukan pemilik kenderaan) ada didalam senarai pemandu tambahan. Jika tidak, penalti akan dikenakan. Oleh sebab itu, kita tidak disarankan untuk pinjamkan kenderaan kepada pemandu selain daripada dalam senarai pemandu yang dilindungi.
- Pastikan anda menyimpan nombor helpline insurance anda. Dapatkan bantuan daripada helpline insurance anda. ini dapat mengelakkan anda daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
- Terus pergi ke balai polis yang berhampiran. Insurance tak akan cover kalau tiada police report. It is okay jika anda salah. Pihak insurance anda akan bayar kepada pihak lagi satu (anda mungkin kena bayar sedikit penalti).
- Ambil gambar kereta anda setelah kemalangan (sebelum hantar ke workshop)
- Hantar kereta anda ke workshop panel insurance anda.
- Tempoh untuk kereta siap dibaiki selalunya dalam 2-3 minggu. Kalau kereta anda adalah special edition dan yang affected adalah aksesori tambahan, mungkin mengambil masa lebih sedikit untuk menunggu alat ganti original sampai.
- Jika anda tidak salah, pihak insuran akan menggunakan insurance anda untuk membayar dulu kepada workshop. Kemudian, pihak insurance akan claim pada pihak insurance yang lagi satu. Ini untuk mempercepatkan proses repair kereta. Jangan risau, NCD (no claim discount) anda juga tidak hilang.
No comments:
Post a Comment