.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Wednesday, October 22, 2014

Antara Whatsapp dan Email


1. Malaysia sedang dilanda zaman perkembangan dan kemajuan ICT. Masih ingat lagi pada sekitar zaman menjelang Y2K, TM telah memperkenalkan internet connection dikenali sebagai Bluehyppo yang menggunakan modem dengan kelajuan 56kBps. Connection ini bergantung kepada jumlah topup.

2. Sekarang sudah tahun 2014. Telefon bimbit merupakan satu keperluan untuk menghubungkan setiap manusia. Bagi yang berkemampuan, smartphone pasti menjadi pilihan. Kini, smartphone boleh didapati dengan harga dari RM300. Bagi komitmen bulanan untuk data plan, ia boleh didapati serendah RM20 per month.

3. Sebelum wujudnya kemudahan internet connection pada telefon bimbit, masing-masing menggunakan perkhidmatan Short Message System (SMS). SMS membenarkan pengguna menghantar sehingga 160 character dalam 1 mesej yang dihantar. Setiap mesej teks yang dihantar pula akan dicaj dari RM0.05 ke RM0.20 (bergantung kepada pekej dan service provider). Dengan teknologi internet dan smartphone, SMS telah jarang digunakan dan digantikan dengan pelbagai aplikasi misalnya Whatsapp, BBM, dan WeChat. Setiap mesej teks, bergambar, video dan voice adalah percuma.

4. Terdapat golongan pengguna yang mengalami kejutan dengan kemudahan teknologi ini sehingga mengabaikan keadaan sekeliling dan sensitiviti sesuatu perkara. Misalnya terlalu kerap bersembang dan update teman-teman didalam group chat sedangkan orang yang berada disekeliling yang secara fizikalnya dekat, tetapi hakikatnya jauh dan berasa terasing.

5. Oleh kerana mesej bergambar dan video boleh dihantar secara percuma dan kepada semua contact dalam group, ada yang menyalahgunakan kemudahan ini dengan menyebarkan gambar-gambar dan video yang tidak sepatutnya seperti lucah, fitnah, dokumen sulit, maklumat sulit seseorang atau organisasi. Ini terjadi kepada kebocoran soalan peperiksaan UPSR yang telah terjadi pada tahun ini.

6. Whatsapp merupakan aplikasi untuk berhubung melalui teks, video, mesej dan pesanan suara secara ringkas dan cepat.

7. Ada yang menyatakan, email tidak lagi diperlukan dalam sesebuah organisasi dalam komunikasi. Semua komunikasi kini digantikan dengan Whatsapp. Ini adalah fahaman yang tidak tepat.

8. Kita masih memerlukan email sebagai medium komunikasi yang formal dalam bidang koprat. Email memiliki ciri-ciri yang penting seperti To, From, Cc, Bcc, Subject dan Body. 
  • To dapat menyatakan kepada siapa kita hendak tujukan email tersebut. 
  • From dapat menyatakan daripada siapa email tersebut datang
  • Cc digunakan untuk menghantar salinan email kepada siapa
  • Bcc adalah untuk menghantar salinan email kepada penerima tertentu tetapi identiti mereka dilindungi
  • Subject digunakan untuk menyatakan tujuan email tersebut ditulis
  • Body adalah content of the email atau description mengenai subject tersebut.

9. Perkara yang disebutkan di atas tidak dapat dilakukan dengan efisyen oleh Whatsapp. Mungkin anda perlukan beratus group bagi mewakili setiap subject.

10. Email juga selalu dilengkapi dengan kemudahan untuk mengadakan meeting/appointment. Mereka hanya perlu create new meeting/appointment, invite jemputan, block jadual pada masa meeting tersebut, dan menghantar reminder sebelum meeting bermula. Ia seperti personal assistant!

11. Ada yang menyatakan, jemput meeting melalui Whatsapp senang. Yes, anda mungkin ingat pada masa itu. Cuba bayangkan anda ada meeting minggu hadapan. Anda dah bagitahu dalam group Whatsapp tersebut meeting akan diadakan pada sekian-sekian hari. Bagaimana anda nak ingat anda ada meeting tu? Tengok history mesej? Ia adalah group mesej. Dalam seminggu berapa ratus teks yang sudah dihantar dalam group tersebut? Tidak efisyen bukan?

12. Tahu teknologi, tahu penggunaannya. Ia akan memudahkan hidup anda. Jangan menjadi Technology Immigrant yang culture shock dengan kemudahan ini.

Are you connecting right with technology? Find out more.

No comments:

Post a Comment