Bahan-Bahan:
1 ulas bawang putih
1/2 ulas bawang merah
1 1/2 sudu pes cili Adabi
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh kicap mee Tamin
1 sudu teh sos tiram Adabi
1 keping asam keping
5 ekor udang
1/4 peket mee basah
1 buku tauhu
1 butir telur
1/2 sudu teh garam
250ml air
5 sudu minyak masak
Cara-cara:
- Panaskan kuali dengan minyak masak pada api yang sederhana. Goreng tauhu sehingga kuning keemasan. Angkat dan hiriskan (better biar sejuk sebelum dihiris).
- Titikkan bawang putih (tekan dengan bahagian tepi pisau dan telapak tangan) sehingga pecah/berderai.
- Hiriskan bawang merah secara halus memanjang (potong tumis)
- Tumis bawang putih dan bawang merah
- Bancuhkan pes cili, serbuk jintan manis, kicap mee, sos tiram dengan 150ml air.
- Setelah bawang putih dan bawang merah berwarna kuning keemasan, masukkan campuran bahan-bahan tadi (5)
- Masukkan asam keping. Biar 1 minit.
- Masukkan udang yang telah dibersihkan.
- Biar sehingga cili masak.
- Setelah kering sedikit (dah pecah minyak), tambahkan 100ml air (jika perlu). Biar seketika (2 minit).
- Masukkan garam.
- Masukkan 1/2 buku tauhu. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan mee (dibilas terlebih dahulu). Kacau lagi.
- Masukkan telur. Biar sebentar, kemudian kacau sehingga kering. Kuatkan api jika perlu.
- Sedia untuk dihidang. Boleh perah sehiris limau purut/nipis jika perlu. Hiaskan dengan lebihan tauhu tadi.
yummy sedap nyewww . nak suroh ibu tlg masak la . naseb baek adew resepi . thanks sbab sertakan resepi , boley la kitaorg cube .
ReplyDeletehihi sama2. mia pon bole cuba masak sendiri or bantu ibu memasak. tp mesti mintak kebenaran ibu dulu yea.
ReplyDelete