.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Wednesday, January 04, 2012

Antara tiga video

Anda tengok... ketiga-tiga video di bawah.

Video 1: Perhimpunan yang meninggalkan banyak sampah
Peralatan: Orang beragama Islam a.k.a Melayu

Pihak baju biru memey nampak agak agressive pada minit2 tertentu. - dorg dah pesan jangan buat perhimpunan haram. 

Video 2: Bakal-bakal guru? Sekolah kerajaan kat mana korg nak ngajar nanti? Cikgu harus dihormati dan untuk mendapatkan itu, mereka harus menghormati diri mereka sendiri. Kalau dah jadi macam ni, macam mana org ramai nak hormati guru siswazah univ tersebut?
Peralatan: Bakal pendidik yang majority melayu a.k.a Islam.

Mungkin kena buat revision mengenai ayat "Dilarang menganjur atau menghadiri perhimpunan haram". (I said 'mungkin' ). Ok... Video di atas kejam?

Mai tengok video kat bawah ni....


Video 3: Korang nak jadi sampai macam ni ke?
Video di atas terjadi selepas beberapa bulan mereka berjaya menjatuhkan kerajaan pemerintah sebelum ni demi mencari keadilan dan keamanan. Adilkah yang terjadi? Berjayakah mengecapi keamanan tersebut selepas berbulan-bulan kerajaan lama jatuh? Bagaimana dengan makanan dan ekonomi?

Mereka pernah menjadi boneka barat. Jadi kita harus ambil ikhtibar supaya tidak menjadi boneka seperti mereka walaupun penghasut kita bukan dari barat.

Wahai Prof., Dr., executive, mahasiswa/i, pakcik, makcik, dan adik-adik, fikirlah sebelum bertindak. Gunalah saluran yang betul.

Kita hidup dengan aman dan sejahtera dah berpuluh tahun lamanya. Sehingga mungkin ada yang terlupa mengenai keperitan hidup menderita dan dalam tidak aman. Warga yang lahir selepas tahun yang berlakunya Peristiwa 13 Mei tidak merasa perit hidup mcm tu. Takkan baru nak rasa sakit baru nak mencari semula keamanan dan kebebasan tersebut?

Sedih dan risau. Kita berkongsi negara yang sangat kecil ni. Jika masing2 xleh nak tolerate dan nak ikut angin masing2... angin yang 'Diatas' kita mungkin terlupa. Jangan sampai kita menjadi kufur nikmat dengan hanya berkiblatkan keinginan dan hawa nafsu - bala besar menanti. Kemurkaan-Nya yang digeruni.

Sekian.

1 comment:

  1. No 2. Sebelom polis start bertindak nampak cam berani sangat.. Dah nak kena tangkap menggelupur lak... Tau takut..

    ReplyDelete