.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Friday, August 21, 2015

IPTS pada mulanya.. harap kekal selamanya

IPTS mula diperkenalkan pada tahun 90an (zaman Tun M). Pada asalnya kewujudan IPTS adalah untuk mengurangkan penghantaran pelajar keluar negara tetapi pada masa yang sama mencapai standard kualiti seperti belajar di luar negara. Ia dapat mengurangkan aliran wang keluar negara dan dapat menggalakkan aliran masuk dengan menarik perhatian pelajar luar untuk belajar di negara ini. Situasi ini sangat berbeza pada tahun 2013-2015 kerana ramai sudah terlupa mengenai niat asal IPTS diwujudkan.

Syarikat gergasi GLC seperti Petronas, TNB dan Telekom (now TM) adalah antara syarikat yang diberi amanah untuk memikul tanggungjawab ini. Oleh kerana itu wujudnya IPTS seperti Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak, Universiti Tenaga Nasional di Kajang, Selangor, dan Universiti Multimedia di Melaka. Kini UNITEN telah berkembang ke Muadzam Shah, Pahang, dan MMU di Cyberjaya.

IPTS ini sangatlah dikenali dengan yuran yang mahal. Ini sememangnya tidak dapat dinafikan jika dibandingkan dengan IPTA. Sekitar tahun 2005-2009, yuran untuk satu semester di IPTS adalah sekitar RM6000-RM7000 berbanding dengan IPTA yang hanya sekitar RM400. Yuran ini datang bersama dengan pekej-pekej tertentu misalnya jumlah pelajar yang sedikit di dalam kelas, suasana kampus yang selesa, kemudahan asas dan prasarana yang serba lengkap, dan pensyarah yang berpengalaman dan student oriented. Jumlah graduan yang dihasilkan di setiap IPTS setiap tahun adalah dalam lingkungan 1000-2000 graduan berbanding IPTA yang puluhan ribu graduan setiap kali konvokesyen.

Ramai yang salah anggap bahawa di IPTS sijil ijazah boleh dibeli. TIDAK. Ramai students yang ditendang keluar setelah berturut-turut mendapat GPA bawah 2. Jika tidak datang kelas selama 3 kali berturut-turut tanpa sebab, surat amaran akan dihantar kepada ibubapa. Ini boleh mengakibatkan pelajar tersebut tidak dibenarkan untuk menduduki final exam. Mungkin ini sangatlah kejam untuk di baca. Tapi disinilah letaknya 'maruah' sesebuah ilmu yang tidak boleh dikotak-katikkan sesuka hati dan boleh dibeli yang wang ringgit dan pangkat.

Bahasa pengantaraan di IPTS kebanyakkannya adalah Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana untuk mengekalkan standard antarabangsa. Buku rujukan juga kebanyakkan dari international publisher yang terkenal seperti McGrawHill, Pearson, dan Addison Wesley.

Saya berharap UTP, UNITEN, dan MMU akan terus bersaing secara sihat dan mengekalkan kualiti pembelajaran setanding universiti ternama di luar negara.

No comments:

Post a Comment