.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Sunday, January 01, 2012

Kesan Suntikan Vitamin C

Article pasal suntikan vitamin C
"
KUALA LUMPUR: Wanita yang ghairah untuk kelihatan muda dengan mengambil suntikan cecair vitamin C di pusat kecantikan kemungkinan terdedah kepada penyakit batu karang dan alahan yang serius. 
Ini kerana vitamin C dalam bentuk cecair tidak pernah didaftarkan dengan Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, walaupun penggunaannya dikatakan semakin menular berikutan permintaan tinggi di kalangan wanita untuk sentiasa kelihatan muda. 
Setakat ini, kementerian tidak pernah mendaftarkan mana-mana cecair vitamin C daripada syarikat pengimport atau pengedar kerana produk berkenaan masih baru di negara ini. 
Apa yang ditakuti, kandungan cecair vitamin C kemungkinan dicampur dengan raksa yang boleh membawa kesan buruk kepada pengguna dalam jangka panjang, termasuk barah. 
Jurucakap Jabatan Farmasi kementerian itu, berkata sepatutnya pengedar atau pengimport mendaftar cecair vitamin C mereka untuk diuji sebelum diberi nombor rujukan membuktikan bebas daripada sebarang kesan sampingan. 
Menurutnya, kebanyakan pengguna tidak mengambil berat mengenai peraturan itu kerana yang penting bagi mereka hanya untuk kelihatan cantik. 
Katanya, kebiasaan jika sesuatu bahan itu menggunakan suntikan, ia dianggap sebagai ubat dan bukan lagi kosmetik. 
“Jika kosmetik untuk kegunaan luaran dan sekiranya menggunakan suntikan ia dikategorikan pula sebagai ubat dan memerlukan pandangan pakar bertauliah sebelum boleh menggunakannya. 
Jurucakap itu berkata, jika berlaku kejadian tidak diingini terhadap pelanggan, pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan menyuntik cecair vitamin C boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang tertakluk di bawah Akta Jualan Dadah 1952. 
“Jika sabit kesalahan, pemilik boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali, dan RM50,000 bagi syarikat,” katanya."

Walawei... so... nak cantik ke nak sakit? We have some other better options such as facial, spa and live with healthy diet n not to forget, do exercise (at least walking) everyday to maintain keremajaan. Not worth it to sacrifice organ-organ yang tak ternilai harganya dengan hanya kecantikan yang sementara.

Eh.. talking about organ, I feel like to register as penderma organ lah. Anyone know kat mana nak register? Do share with me plz.

No comments:

Post a Comment