.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Monday, August 24, 2015

Insurance and saving for fresh graduates

Baru kerja.
Mesti rasa over excited and fikir kereta apa nak dibeli. Mestila kereta idaman yang rata-rata RM700+ installment sebulan.

Walauapapun, ketepikan sedikit duit gaji untuk insurance dan ASB/tabung haji.

Ada dua jenis insurance iaitu conventional dan takaful. Most of Muslim disarankan untuk memilih takaful sebab pelaburannya adalah dalam dana yang diluluskan syariah. Pulangan agak sedikit rendah berbanding dengan conventional.

Insurance mungkin ramai nampak tak penting. Dengan cerita yang berlambak-lambak insurance agent lari and susah claim. Insurance ini sebenarnya sangat penting sebab we never know masa sakit atau mati.

I have a skeptical perception about insurance agent. They just want your money and then lari. Ini kerana my mother pernah kena macam tu. Siap kena tipu lagi katanya tempoh matang 10 tahun. Rupa-rupanya 25 tahun. Ada satu time tu my mother warded. Tapi insurance tak cover sebab hanya insurance nyawa. Tapi tak semua 'busuk', masa my ayah sakit, we managed to claim a few amounts sebab penyakit beliau memang serious.

Mulai dari sini I am more aware dengan coverage.

Mula-mula masa di approach oleh my current insurance agent, Carol Tan Chia Wei from Great Eastern (dah 3 years with her service), I was a bit cold. I know I am being covered by TNB sebab I am working with UNITEN. TNB's coverage memang tiptop. I feel secure enough. Beliau sangat penyabar. She's explain to me satu persatu. Yang saya ingat sampai sekarang, Carol pesan beli insurance masa sihat dan muda. Coverage tinggi, dan premium murah masa muda. Kalau dah sakit atau dah obes, susah company insurance nak approve. Bulanan akan naik. Memang betul. My mother and father dah susah nak tambah coverage sebab dah tua and ada record sakit.

Jenis-jenis coverage:
1. Nyawa (Life)
2. TPD (Kecacatan kekal)
3. Medical (warded dan rawatan di hospital)
4. Saving

1. Nyawa
Most of insurance yang 'kos rendah', around RM50, hanya cover nyawa. Ini bermakna, kalau mati baru boleh claim. Ada yang ada return back (bonus) setiap 3 tahun, ada yang tiada return back. Coverage ni selalunya boleh claim perlepasan income tax. Kalau masuk ward dan tak mati, tak boleh claim. Ramai yang mengamuk sebab ni.

2. TPD
Kecacatan kekal. Misalnya putus kedua-dua tangan, atau satu tangan satu kaki. Ada % yang boleh claim. With Great Eastern, once claimed untuk yang TPD, GE akan bayarkan (waive) monthly premium and policy holder akan still enjoy all the benefits.

3. Medical
Hospital swasta most of them minimum katil RM150 sehari. Kalau sebilik 2 orang mungkin around RM200-RM250. So pilihlah nak katil macam mana kalau warded nanti. Tak semestinya kalau ada medical card boleh duduk first class. Kena ikut berapa RM coverage untuk ward. Jumlah coverage untuk rawatan juga penting. Selalunya ada stated berapa jumlah coverage sampai maximum umur dan jugak annual limit. Misalnya my coverage dengan Great Eastern, Annual Limit untuk rawatan is RM120,000 and limit sampai umur 80 tahun is RM1.2juta.

4. Saving
Pilihlah insurance yang ada saving so that dalam masa 20 tahun akan datang dapat semula jumlah yang telah dibayar sepanjang tempoh tu. Boleh la buat belanja masa dah tua nanti. Tak semua insurance ada saving. Being protected while saving for future.

Pilih insurance agent yang boleh dipercayai. Selalunya company tu bagus ja. Cuma agent yang menipu untuk dapatkan client janji bulan bintang.

So far I am very happy dengan Carol sebab beliau caring, concern, and akan update kalau ada promotion baru and yearly service beliau akan update berapa ada dalam saving and remind us about our coverage. Kira boleh diharaplah sampai untuk waive income tax pun beliau boleh assists. Life/medical insurance banyak dapat waived income tax setiap tahun.

If ada yang berminat untuk starts protecting, saving and waive untuk income tax, I can recommend her to you.

** Update 02 Jan 2021: I have upgraded my Life and Medical insurance - RM500,000 + RM120,000 for life, and unlimited lifetime for medical.

No comments:

Post a Comment