.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Sunday, May 09, 2021

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:
4-5 ketul ayam
2 sudu besar bawang merah blend
1 sudu besar bawang putih blend
2 sudu besar rempah kari daging & ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh halia kisar/serbuk
1 sudu teh garam
1 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung beras

Cara memasak:
1. Gaulkan semua bahan-bahan. Perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak. Goreng secara deep fry dengan api perlahan-sederhana selama 10-15 minit
3. Gunakan penutup kuali semasa menggoreng untuk pastikan ayam masak sempurna.
4. Setelah masak, Angkat ayam dan sedia untuk dihidang.

Monday, May 03, 2021

Resepi Popia Carbonara


Bahan-bahan:

1 cup minced chicken

1 biji bawang Holland dipotong dadu

2 ulas bawang putih dicincang halus

1 tin Prego Carbonara

2 keping keju cheddar

1/2 sudu teh lada hitam

1 ketul cendawan butang dicincang kasar

15 keping kulit popiah bersaiz besar


Cara memasak inti:

  1. Goreng minced chicken dengan sedikit minyak. 
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Tuang sedikit minyak masak. Goreng bersama dengan bawang Holland, bawang putih sampai berwarna perang.
  4. Masukkan isi ayam yang telah dimasak tadi. Gaulkan sampai rata.
  5. Masukkan sos carbonara, lada hitam, cendawan dan keju.
  6. Masak sampai kuah pekat dan tidak berair.
  7. Angkat dan sejukkan.
Cara melipat popiah:
  1. Letakkan kulit popiah ke atas pinggan.
  2. Tuang 1 sudu inti ke bahagian tengah popiah.
  3. Lipat 1 kali membaluti inti.
  4. Lipat kiri dan kanan.
  5. Lipat 1 kali lagi. 
  6. Basahkan hujung bahagian dengan air untuk lekatkan.

Sunday, May 02, 2021

Resepi laksa utara dengan kuih laksa

Bahan-bahan kuah:
3 ekor ikan temenung borek (mabong)
1 ikat daun kesum
2 tangkai bunga kantan
4 sudu bawang blend
1 sudu cili blend 
1 inch belacan
3 asam keping

Bahan-bahan laksa:
1 peket laksa Nureys
1 periuk air untuk rendam laksa
1 periuk air untuk merebus laksa

Bahan-bahan kuih laksa:
1 cup tepung gandum
1 cup tepung beras
1 cup air
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Cara memasak kuah laksa:
Rebus ikan kembung dengan 1 sudu bawang blend dan 1 keping asam keping sampai masak
Asingkan isi ikan dengan tulang
Blend isi ikan dgn air rebusan. Ketepikan
Blend tulang ikan dgn air rebusan. Tapis dan buang tulang. Campurkan dengan isi ikan kisar
Masukkan bunga kantan, daun kesum, bawang blend, cili blend, belacan ke dalam periuk bersama-sama dengan isi ikan blend tadi dan mula memasak dalam 20-30 minit.
Masukkan 1 sudu besar gula dan 1 sudu teh garam.

Cara memasak laksa:
Rendam laksa selama 1 jam
Toss air
Panaskan air untuk merebus laksa
Masukkan laksa ke dalam air mendidih
Masak selama 30 minit. Pastikan laksa kembang. 
Toss air dan lalukan dengan air biasa.

Cara memasak kuih laksa:
Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali air. 
Masukkan air sedikit demi sedikit sampai bancuhan cair seperti sesuai untuk memasak lempeng
Tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali diikuti 1 senduk bancuhan kuih
Flip
Masak sampai nampak keperangan
Angkat dan potong kepada kepingan kecil

Boleh dihidang dengan sayuran seperti hirisan bawang, timun, salad dan juga telur rebus.