.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more
Showing posts with label Muslim. Show all posts
Showing posts with label Muslim. Show all posts

Friday, August 02, 2013

Kematian

Tadi, tiba-tiba tergerak hati bukak Tv1 tengok Forum Perdana Ehwal Islam. As usual, Tuan Pengerusi, Dr Riduan akan menyakat panel2 yang lain. Ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba ada sorang panel tu menyebut tentang kematian. 

"... Hidup seperti menyangkal perkara yang pasti." 

Perkara yang pasti itu adalah mati. Semua orang tahu bahawa mati itu pasti. Tapi sudahkah kita bersiap sedia untuk mati? Aku sendiri tergamam. Andai kata setelah pejamkan mata, tiba2 tidak berupaya untuk buka mata pada esok hari. Yang dilihat oleh roh hanyalah sekujur tubuh kaku.

Dalam radio pagi tadi juga terdengar tazkirah. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Sedekah. Wallahualam. Banyak? sedikit? :(



Ilmu... cukupkah ilmu yang aku turunkan kepada masyarakat? Bolehkah pelajar-pelajar ku menggunakan ilmu yang diajari untuk kebaikan?



Anak yang soleh. Ya Allah, beruntungnya muslimin dan muslimat yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Moga jodoh diri ini sampai, dan memiliki zuriat yang soleh dan solehah. Berilah peluang pada diri ini untuk sekurang-kurangnya, bila aku sudah tiada, pewarisku akan sedekahkan Al-Fatihah, paling tidak pada bulan Ramadhan dan Syawal. Tapi jikalau sudah ketentuan-Nya hidup ini hanya sendiri dan tiada pewaris, moga ada muslim lain akan mensedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai bekalan tambahan.


Thursday, May 09, 2013

30 minit bersama Ustaz Don - 9 May 2013

Assalamualaikum semua

This post hanya untuk berkongsi cerita and reminding myself mengenai cerita ustaz Don pada hari ni.

Ceritanya seperti berikut...

Ada seorang lelaki ni, dia berniat untuk bersedekah. Sebelum dia tidur, dia berniat untuk memberi sedekah kepada orang yang pertama dia jumpa pada keesokan hari tu. Pagi tu, dia terjumpa seorang lelaki ni. Pakai selekeh. Orang miskin kot. Dia pun hulurkan sedekah kepada lelaki tersebut. Lelaki tu terkejut dan berterima kasih. Pada petang hari yang sama, dia terdengar ada orang bercerita... "Lelaki mana ntah p sedekah kat pencuri kat kampung kita ni." Beliau terdengar lalu tergamam. "Ya Allah, aku dah bagi duit pada pencuri." 


Malam itu beliau nekad lagi. "Esok aku akan bagi sedekah pada orang yang pertama yang aku jumpa. Aku nak ganti balik sedekah yang aku bagi kat pencuri tadi."

Pada pagi keesokan harinya, semasa beliau berjalan, beliau terjumpa dengan seorang perempuan ni. "Tak kan la pompuan ni pencuri." Dia pun sedekahkan duit kepada perempuan tu. Pada petang hari yang sama, dia terdengar lagi ada orang bercerita... "Lelaki mana ntah p sedekah kat pelacur kat kampung kita ni. Pelacur tu." 

Mendengar buah mulut orang tu menyebabkan dia terkejut. "Alamak, kali ni terbagi kat pelacur pulak. Tak pa, esok aku akan sedekah kat orang yang pertama aku jumpa untuk cover balik sedekah yang aku bagi sebelum ni."

Keesokan harinya pula, beliau terjumpa dengan seorang lelaki ni. Pakaian pun smart, kelihatan tegap. Tak mungkin dia pencuri, atau pelacur (gigolo). Dia pun bagi sedekah kepada lelaki tersebut. Pada petang hari yang sama, dia terdengar lagi ada orang bercerita... "Lelaki mana ntah p sedekah kat orang kaya kat kampung kita ni. Orang kaya dia p bagi sedekah buat apa?" 


Dia terkejut lagi sekali. Dia pun berdoa kepada Allah supaya menerima sedekah2 yang telah diberi.


Selepas sedekah tersebut, berlakunya kejadian yang orang tak tahu kalau tak diberi tahu...

Lelaki pencuri itu sebenarnya memang berniat nak pergi mencuri pada petangnya. Tapi oleh kerana dia dapat sedekah pada pagi tu, dia bertaubat dan meninggalkan kegiatan mencuri.

Perempuan pelacur - kesan daripada sedekah tersebut, beliau tidak lagi meneruskan kerja melacurkan diri dan mencari pekerjaan lain.

Lelaki kaya - lelaki tersebut berubah menjadi seorang yang pemurah. Sedangkan insan yang lebih miskin dari beliau boleh bersedekah, kenapa tidak dia yang kaya ini bersedekah?

Pengajaran:
Orang akan tetap mengata walaupun kita berbuat kebajikan. Tapi teruslah berbuat kebajikan dan bersedekah kerana tersirat 1001 khasiat disebaliknya.

Wallahualam.

Friday, March 09, 2012

Tazkirah - 3 perkara yang Rasulullah s.a.w melarang dilambatkan


9 March 2012 on Tazkirah Tanyalah Ustaz (TV9) - Ada 3 perkara yang Rasulullah s.a.w melarang dilambatkan;
1.Mengerjakan solat
2.Mengebumikan jenazah
3.Mengahwinkan anak perempuan apabila sudah dipinang oleh lelaki yang sekufu

P.s.: Jangan asek nampak number 3 tu je. Number 1 yang paling utama. Selamat beramal.

Wednesday, January 04, 2012

Antara tiga video

Anda tengok... ketiga-tiga video di bawah.

Video 1: Perhimpunan yang meninggalkan banyak sampah
Peralatan: Orang beragama Islam a.k.a Melayu

Pihak baju biru memey nampak agak agressive pada minit2 tertentu. - dorg dah pesan jangan buat perhimpunan haram. 

Video 2: Bakal-bakal guru? Sekolah kerajaan kat mana korg nak ngajar nanti? Cikgu harus dihormati dan untuk mendapatkan itu, mereka harus menghormati diri mereka sendiri. Kalau dah jadi macam ni, macam mana org ramai nak hormati guru siswazah univ tersebut?
Peralatan: Bakal pendidik yang majority melayu a.k.a Islam.

Mungkin kena buat revision mengenai ayat "Dilarang menganjur atau menghadiri perhimpunan haram". (I said 'mungkin' ). Ok... Video di atas kejam?

Mai tengok video kat bawah ni....


Video 3: Korang nak jadi sampai macam ni ke?
Video di atas terjadi selepas beberapa bulan mereka berjaya menjatuhkan kerajaan pemerintah sebelum ni demi mencari keadilan dan keamanan. Adilkah yang terjadi? Berjayakah mengecapi keamanan tersebut selepas berbulan-bulan kerajaan lama jatuh? Bagaimana dengan makanan dan ekonomi?

Mereka pernah menjadi boneka barat. Jadi kita harus ambil ikhtibar supaya tidak menjadi boneka seperti mereka walaupun penghasut kita bukan dari barat.

Wahai Prof., Dr., executive, mahasiswa/i, pakcik, makcik, dan adik-adik, fikirlah sebelum bertindak. Gunalah saluran yang betul.

Kita hidup dengan aman dan sejahtera dah berpuluh tahun lamanya. Sehingga mungkin ada yang terlupa mengenai keperitan hidup menderita dan dalam tidak aman. Warga yang lahir selepas tahun yang berlakunya Peristiwa 13 Mei tidak merasa perit hidup mcm tu. Takkan baru nak rasa sakit baru nak mencari semula keamanan dan kebebasan tersebut?

Sedih dan risau. Kita berkongsi negara yang sangat kecil ni. Jika masing2 xleh nak tolerate dan nak ikut angin masing2... angin yang 'Diatas' kita mungkin terlupa. Jangan sampai kita menjadi kufur nikmat dengan hanya berkiblatkan keinginan dan hawa nafsu - bala besar menanti. Kemurkaan-Nya yang digeruni.

Sekian.

Monday, January 02, 2012

Masjid di China dirobohkan

I have just watching Buletin Utama (2.1.12) - eh.. what a nice number lah today.
1 word. Innalillah.

See... kat China, MASJID KENA ROBOH sebab dibina atas tanah yang tak dibenarkan untuk melakukan aktiviti agama. Ni berbaloi la untuk merusuh. Baru betul2 demi agama. Ingat, walaupun Malaysia bukanlah negara Islam yang sempurna, kita tetap bebas untuk melakukan ibadat spt SOLAT dan AZAN. Be thankful Muslims! Jangan biar sampai dah terlepas kuasa pemerintahan, jadi macam negara asing, baru nak bersatu. But selagi tak jadi mcm tu, selagi tu la Melayu tak sedar... kan?

BUKA MATA, BUKA HATI, BUKA MINDA!
Let's unite wahai MUSLIM!