.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more
Showing posts with label Resipi Masak. Show all posts
Showing posts with label Resipi Masak. Show all posts

Monday, May 01, 2017

Resepi Kari Ketam (Pekat)



Bahan-bahan:
3-4 ekor ketam saiz L-XL
1 ulas bawang putih (hiris halus)
1 ulas bawang merah (hiris halus)
1 tangkai daun kari
1 peket kecil rempah kari udang dan ketam Cap O
1/2 peket kecil rempah kari udang dan ketam Adabi
1 sudu serbuk cili Faizah
1 biji tomato (potong 4)
1 tangkai cili merah (dipatahkan)
5 tangkai cili padi (dipatahkan)
1 kotak kecil santan
2-3 sudu teh garam
Minyak masak untuk menumis
1 mangkuk kecil air untuk bancuhan (+- 250ml)
1 mangkuk kecil air untuk memasak (+- 250ml)

Cara memasak:
  1. Bancuh rempah-rempah kari dan serbuk cili dengan semangkuk air.
  2. Panaskan minyak masak untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, daun kari sehingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan bancuhan rempah. Masak rempah sampai pecah minyak. 
  5. Tambah 1 mangkuk air ke dalam kuali.
  6. Masukkan garam, tomato, cili merah, cili padi, dan ketam. Biarkan sampai mendidih.
  7. Masukkan santan. Biarkan sampai mendidih.
  8. Sedia untuk dihidang.

Tuesday, February 11, 2014

Resepi Masalodeh

image

Resepi Masalodeh (Orang utara panggil macam ni.. orang KL tak sure pulak)
Note: Hasil dalam 10-12 pieces depends on size

1 cup kacang dhal
3 tangkai cili kering
3 tangkai cili padi hijau
1 tangkai daun kari
1 biji bawang
1/2 sudu teh jintan manis (biji)
1/2 sudu teh jintan manis (serbuk)
1/2 sudu teh garam (sebenarnya agak-agak)

1. Rendam kacang dhal semalaman (6-12 hours). Tukar air after 4 jam. Letak sedikit garam.
2. Kisar kacang dhal dengan jintan manis (biji). Masukkan sedikit air.
3. Hiris bawang dan cili padi.
4. Potong cili kering dan daun kari (about 1 cm).
5. Mix kacang dhal yang dah dikisar dengan bahan 3 dan 4, masukkan garam dan sebuk jintan manis. Gaul.
6. Bentukkan adunan.
7. Panaskan minyak. Make sure betul-betul panas.
8. Goreng sampai warna bertukar jd golden.

Ready to serve. ;)

Saturday, September 22, 2012

Tips Hilangkan Bau Hanyir Makanan Laut (Seafood)

Hye akak2, abg2, adik2 yang nak cari tips cara hilangkan bau hanyir apabila masak makanan laut. Tips ni di inherit daripada my mum. 

Selalu kita basuh/bersihkan dengan garam dan asam keping. Those are very common lah kan utk bersihkan ikan. Before this I have been using asam keping + garam + daun serai untuk hilangkan hanyir makanan laut. But still, kadang2 tak ada serai kat rumah ni.

Another alternative way to bersihkan makanan laut dan hilangkan hanyir adalah dengan 
garam + asam keping + gula


Jadi lepas ni boleh la eh sediakan makanan laut yang sedap tanpa bau hanyir.
Selamat memasak!

Saturday, December 17, 2011

Pizza 2 lapis! Able to melt your heart?

B00490

Look at the melting cheese! yumms!
You can have the recipe here… Healthy Hawaiian Chicken Sausage Pizza Roti Capati...

I have made some slight changes;

  1. Roti capati di goreng dulu (tanpa minyak) – 2 keping
  2. Layer roti pertama – lapiskan dengan sos spaghetti traditional Kimball
  3. Layer kedua – macam buat pizza biasa

Friday, October 21, 2011

Healthy Hawaiian Chicken Sausage Pizza Roti Capati Recipe

B00439

As-salam..

I am so excited to share this recipe SEBAB? when I uploaded the picture above, ramai yang like. Nak memasak pizza ni senang je. It is inspired by

“nak makan pizza tapi tak nak too much carb”

.

Instead of white bread, I am chosing roti capati ni sebab ia kaya dengan wheat dan serat serta ianya nipis. This is a personal pizza size. I can finish it kejap je.

 

Bahan-bahan:

1 keping roti capati (boleh dapatkan yang frozen di hypermarket)

1 1/2 sudu kuah spaghetti traditional Kimball

1 sosej ayam/lembu Ayamas (hiris)

1 hiris nenas dalam tin (dipotong)

hirisan keju mozarella

sedikit dried oregano

*boleh tambah mushroom, capsicum, bombay onion

 

Cara memasak:

  1. Letakkan roti capati atas dulang pembakar. (Kalau nak cepat masak, panaskan dahulu dalam kuali selama 1-2 minit untuk 1 side sahaja. Kemudian baru letak atas dulang pembakar)
  2. Tekan keliling hujung roti capati supaya nipis.
  3. Aturkan cheese pada hujung roti. Kemudian gulung/lipat. Tekan pada penyambung lipatan.
  4. Ratakan kuah spaghetti ke atas roti.
  5. Susun sosej, nenas dan….CHEESE!!!! sampai menutupi.
  6. Seterusnya taburkan sedikit dried oregano.
  7. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 180 darjah celcius dengan heat from top and bottom.
  8. Sambung membakar selama 3-4 minit dengan heat from Top (untuk dapatkan warna perang).

Kos bahan-bahan:

1 keping roti capati (boleh dapatkan yang frozen di hypermarket) = RM0.50

1 1/2 sudu kuah spaghetti traditional Kimball = RM0.50

1 sosej ayam Ayamas (hiris) = RM0.40

1 hiris nenas dalam tin (dipotong) = RM0.45

hirisan keju mozarella = RM2.00

sedikit dried oregano = RM0.30

Total: RM4.15

TETAPI!

janganlah anda compare harga ni dengan harga yang ditetapkan oleh peniaga. Modal bahan-bahan memang nampak macam murah. Tetapi… kos pekerja, kos bahan api, kos elektrik (commercial rate adalah tinggi), kos air, kos permulaan peti ais, kos sewa premis… banyak hidden cost yang peniaga terpaksa tanggung. that is why la janganlah berkira sangat untuk keluarkan duit pada servis makanan dan servis lain-lain. Kalau nak jimat… cari resipi dalam blog ni dan masak sendiri. Keep healthy okay!

:)

Friday, October 14, 2011

Thing that you should know before you adopt a cat

As-Salam all..

Cats.. sape suke kucing? angkat tangan! Me me me!
Sape ada bela kucing? angkat tangan! *silent*

Too bad my house's condition isn't suitable to adopt a cat. :(

Never mind, I would like to share some useful information from an article (http://www.catinfo.org). I will write it in Malay lah since majority of my visitors are from Malaysia.

Kucing! Anda selalu bagi kucing belaan anda makan makanan kering? (yang dalam peket macam pallet tu...) This is a bad news for you and condolence for your cat(s).

Article tersebut menyatakan bahawa ada 3 faktor menyebabkan dry food bukan sebagai pilihan yang terbaik:
  1. Jenis protein yang tinggi yang terkandung di dalamnya adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan berbanding protein daripada haiwan
  2. Jumlah carbohidrat yang terlalu tinggi
  3. Kandungan air yang sangat sedikit
Kucing adalah makhluk ciptaan Allah. Sama seperti kita. Diet yang betul adalah faktor yang terpenting untuk kesihatan haiwan tersebut. Makanan kering kucing menyebabkan kemungkinan yang tinggi untuk kucing anda berisiko menghidap pelbagai jenis penyakit yang merbahaya seperti:
  1. Diabetes - disebabkan oleh gula yang terhasil daripada lebihan karbohidrat yang terkandung dalam makanan kering kucing 
  2. Penyakit buah pinggang - berpunca daripada kekurangan air dalam badan
  3. Obesity (berat badan berlebihan) - berpunca daripada diet yang tidak sihat. Akibat? Kucing tidak dapat membersihkan diri sendiri - jangkitan kuman
  4. Masalah gigi - can u imagine anda dihidangkan makanan kering dan keras seperti kerepek sepanjang masa? sakit gigi tak? + dry foods berasaskan tumbuh-tumbuhan. Calcium?
  5. Asma. Kucing pon boleh ada asma.
Penyakit yang selebihnya? Boleh refer kat sini Common medical problems associated with dry food

So nak buat macam mana?
  1. Boleh bagi makan makanan kucing dalam tin
  2. Buat sendiri makanan kucing
Nak tau macam mana nak buat makanan kucing sendiri? Korang boleh refer resipi kat sini. Yang pastinya ia berasaskan daging (kisar) atau ikan dan WAJIB mengandungi banyak air. Makanan tersebut haruslah dibasuh dan boleh dimasak (half cook) dengan memanaskan dalam oven untuk mematikan kuman-kuman yang ada pada daging mentah tersebut. Lebih better kalau kisar daging tu dengan tulang sekali. well... kucing pun perlukan calcium.

Ingat, kucing adalah hidupan karnivor. Mereka memerlukan DAGING. Tak kesah la daging lembu ke daging ayam ke daging ikan ke. Yang penting daging. Daging import pon bole kot eh?

Saya harap this article akan membantu sedikit sebanyak untuk berkongsi ilmu yang saya dapat untuk rujukan bersama.

Wassalam.

Wednesday, October 05, 2011

Resipi Mee Goreng Mamak Penang Style

B00433

Bahan-Bahan:
1 ulas bawang putih
1/2 ulas bawang merah
1 1/2 sudu pes cili Adabi
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh kicap mee Tamin
1 sudu teh sos tiram Adabi
1 keping asam keping
5 ekor udang
1/4 peket mee basah
1 buku tauhu
1 butir telur
1/2 sudu teh garam
250ml air
5 sudu minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali dengan minyak masak pada api yang sederhana. Goreng tauhu sehingga kuning keemasan. Angkat dan hiriskan (better biar sejuk sebelum dihiris).
  2. Titikkan bawang putih (tekan dengan bahagian tepi pisau dan telapak tangan) sehingga pecah/berderai.
  3. Hiriskan bawang merah secara halus memanjang (potong tumis)
  4. Tumis bawang putih dan bawang merah
  5. Bancuhkan pes cili, serbuk jintan manis, kicap mee, sos tiram dengan 150ml air.
  6. Setelah bawang putih dan bawang merah berwarna kuning keemasan, masukkan campuran bahan-bahan tadi (5)
  7. Masukkan asam keping. Biar 1 minit.
  8. Masukkan udang yang telah dibersihkan.
  9. Biar sehingga cili masak.
  10. Setelah kering sedikit (dah pecah minyak), tambahkan 100ml air (jika perlu). Biar seketika (2 minit).
  11. Masukkan garam.
  12. Masukkan 1/2 buku tauhu. Kacau sehingga sebati.
  13. Masukkan mee (dibilas terlebih dahulu). Kacau lagi.
  14. Masukkan telur. Biar sebentar, kemudian kacau sehingga kering. Kuatkan api jika perlu.
  15. Sedia untuk dihidang. Boleh perah sehiris limau purut/nipis jika perlu. Hiaskan dengan lebihan tauhu tadi.
Jemput makan!

Wednesday, March 30, 2011

Resipi French Creperie

B0353 
Creperie ni mcm lempeng je. Ada 2 jenis, masin and manis. Resipi kali ni adalah yg salty yea.

Bahan-bahan (anggaran shj):
  1. 150g tepung gandum
  2. 1 biji telur gred A
  3. 3/4 sudu garam
  4. 1/2 minyak sayur (jagung)
  5. 250ml susu segar/rendah lemak (boleh pakai susu Dutch lady)
  6. Sedikit Butter/minyak utk menggoreng

Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan 1-4 ke dalam mangkuk adunan.
  2. Tuang susu sedikit2 sambil gaulkan sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu likat atau cair. Kalau terlalu likat, bole tambah susu segar. Kalu terlalu cair bole tambah tepung. Tapi bila tambah tepung kena tambah garam sedikit.
  3. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana.
  4. Letakkan sedikit minyak/butter ke dalam kuali.
  5. Dengan menggunakan senduk, tuangkan 1 1/2 senduk bersaiz sederhana ke dalam kuali.
  6. Pusing2kan kuali sehingga adunan berbentuk bulat.
  7. Masak selama 2-3 minit / sehingga berwarna kuning keemasan.
  8. Flip/Alihkan adunan.
  9. Ulang langkah 7.
  10. Alihkan dari kuali utk dihidang.
B0354
Ketebalan Creperie
Topping:
Boleh dihidangkan dengan susu / gula / madu / sardin / peanut butter mengikut citarasa masing2.

Selamat mencuba!

Thursday, March 24, 2011

Resipi – Makaroni Bolognese

B0340

Bahan-bahan:

1 mangkuk makaroni

1 biji bawang merah besar dipotong dadu

1 biji cili merah dipotong dadu

4 sudu pes tomato Traditional Kimball (ni memang sos spaghetti)

2 1/2 sudu daging ayam cincang Ayamas

Sedikit minyak

 

Penyediaan Makaroni

  1. Bilas makaroni.
  2. Panaskan air secukupnya untuk merebus
  3. Titiskan sedikit minyak ke dalam periuk untuk merebus makaroni.
  4. Rebus makaroni sehingga empuk.
  5. Setelah empuk, toss/tapis makaroni. Tak perlu bilas. Biarkan.

How to know dah empuk? The texture macam kenyal2 sikit.

 

Penyediaan Kuah

  1. Tuang sedikit minyak ke dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang dan cili merah. Tak perlu tumis sehingga garing.
  3. Bancuh pes tomato dengan separuh cawan air dan tuangkan ke dalam kuali.
  4. Masukkan daging ayam cincang ke dalam bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
  5. Masukkan secubit garam.
  6. Gaul sehingga pecah minyak/mendidih rata.
  7. Letakkan di dalam bekas untuk dihidang.

Bon Appétit!

Wednesday, February 23, 2011

Resipi Mudah: Ketam Masak Kunyit

This is one of my favorite-tak-pernah-jemu cuisine all the time. The recipe is inherited from my mum. The ingredients and way to cooks are very simple! Percayalah!

B0296

Bahan2:

  1. Ketam (4-6 ekor)
  2. 1 Biji Bawang besar dipotong bulat
  3. Seulas bawang putih dititik
  4. 1 Tangkai Cili merah
  5. 10 tangkai cili padi
  6. Segelas Air asam jawa
  7. Sedikit Garam
  8. Sedikit Serbuk kunyit

Cara memasak

Bersihkan ketam. Campurkan semua bahan2 di atas ke dalam 1 bekas (kecuali air asam jawa).
Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, tuangkan kesemua bahan2 tadi. Biar selama 2 minit, masukkan air asam jawa.
Kacau pelan2 kemudian biar sampai pecah minyak/naik bau.
Dah sedia untuk dihidang dan dimakan.

B0297
SIMPLE kan??? tapi sedappppp! OMG… rasa lapar pulak. =P~
.
.
.
.
.
Until I almost forgot to say, Selamat Mencuba!