- Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu diucapkan untuk mensyukuri nikmat kurniaan Allah S.W.T yang tidak terkira banyaknya.
- 2014 terlalu banyak memberi pengajaran dan pengalaman. Seperti insan yang lain, ada saat suka dan duka.
- Kejayaan yang terbesar dalam kerjaya adalah mendapat Anugerah Akademik UNITEN Kategori Anugerah Akademik Harapan Bagi Kategori Pengajaran.
- Kegembiraan yang paling bermakna apabila melihat emak dan ayah tersenyum mendapat kunci rumah baru pada awal December lepas.
- Kesedihan yang meninggalkan 1001 pengajaran adalah perpisahan yang tidak tahu puncanya. Semoga mendapat pengganti yang lebih baik.
- Kebahagiaan adalah mendapat pengganti kasih sayang yang ditinggalkan dengan kurniaan kucing 2 ekor yang pandai lagi lincah, adik dan abang.
- Kepuasan adalah apabila dapat membantu pelajar yang ingin belajar dan dapat memahami subject.
- Kebanggaan adalah apabila dapat menyiapkan montaj baru kepada SN department.
- Kekuatan adalah melihat wajah mak dan ayah yang penuh harapan dan kepercayaan.
- Setiap hari adalah permulaan yang baru dan diberi peluang untuk memperbaiki diri. Selagi nyawa dikandung badan, selagi diri masih mampu bernafas, InshaAllah akan sentiasa memperbaiki diri dan keadaan sekeliling.
- Mulakan 2015 dengan Bismillah. Semoga Malaysia harmoni, aman dan sejahtera. Semoga umat Islam bersatu padu. Semoga Allah kurniakan nikmat dan rahmat kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dibawah naungan Allah dan para malaikat. Selawat dan salam buat kekasih hati Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
.: Most Read :.
-
Berapa ramai dah pernah rasa nasi ayam penyet? Mula-mula memang agak skeptikal sikit dengan ayam penyet... ingatkan macam mana la rupa dan ...
-
Dik Cerdas Volume 1 has been spotted at one of the magazine shop in Alamanda, Putrajaya!!! Those who’s peminat fanatik Crayon Shin Chan and...
-
Pakaikan seat belt walaupun untuk barang yang diletakkan di tempat duduk penumpang disebelah/belakang untuk mengelakkan barang2 drpd tungga...
-
Dear my future son(s) n daughter(s), grandsons and granddaughters... mak/nenek penah hidup pada 11.11.11 @1.11am, 11.11am, 1.11pm, n 11.11pm...
-
Maybe ramai yang dah tau Remy Ishak dah ada blog. Tapi aku baru tau sebab baru baca 1 blog gossip (wahaha dah lama sebenarnya puasa baca blo...
Friday, January 02, 2015
Happy New Year 2015!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment