- Setiap kejadian di dunia ini adalah ciptaan Yang Maha Esa. Ini termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan manusia.
- Kita tidak boleh menganiayai makhluk Allah. Ini bermakna kita tidak boleh menganiyai manusia, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan.
- Ada pelbagai cara untuk menghormati makhluk Allah ini.
- Kita tidak boleh melakukan perbuatan yang memusnahkan misalnya menebang hutan, pokok yang tidak merbahaya, tumbuh-tumbuhan, dan menarah bukit bukau.
- Dengan haiwan, kita perlu menyayangi dan menghormati mereka. Misalnya TIDAK MENCEDERAKAN mereka sehingga mendatangkan kecederaan, kecacatan, dan kesakitan terhadap mereka. Mereka juga mempunyai perasaan sayang, sedih, dan sakit. Setiap mereka dicipta untuk tujuan tertentu dan menyumbang kepada keseimbangan ekosistem. Tapi ini tidak bermakna kita perlu membelai peluk cium mereka. Misalnya, harimau. Ia dikenali sebagai haiwan pemangsa. Ia perlu memburu untuk meneruskan kehidupannya dan anak-anak. Ia tidak bermakna kita perlu membunuhnya kerana ia membunuh haiwan mangsa lain. Tidak perlu juga untuk kita membelai dan mencium harimau sebagai tanda sayang padanya.
- Ini sama seperti haiwan peliharaan. Kita hormati pendirian masing-masing untuk membela haiwan peliharaan. Ada yang membela kucing, anjing, arnab, hamster, atau burung. Kenapa kita membela haiwan? Sebab Allah terbitkan rasa sayang kepada makhluk lain dalam diri kita. Kita insan terpilih untuk berkongsi rezeki dan kasih sayang dengan mereka.
- Kita hormati setiap pemilik yang telah memilih haiwan peliharaan masing-masing. Tetapi seperti yang umum tahu, umat Islam (mazhab Syafie) tidak digalakkan untuk membela haiwan yang mendorong kepada kategori najis berat misalnya anjing. Ia bukan bermaksud anjing itu hina. Cuma kita kena lebih kerap bersuci (samak) daripada najis berat ini. Kita tak pasti sama ada bersentuhan terkena air liur, terjilat, ataupun terpijak permukaan basah. Jadi lebih baik hindarkan.
- Perkara ini telah lama dibincangkan oleh ustaz-ustaz dan masing-masing telah mengeluarkan pendapat masing-masing berdasarkan hadis-hadis sahih. Boleh cari di Youtube dan Facebook.
- Lagi sekali, anjing tidak hina sampai kita perlu bertindak menganiayanya dengan membaling batu, memukul, mencederakan dan menyeksa mereka. Itu menganiaya haiwan dan biadap! Kita hormati mereka. Biarkan mereka hidup dengan dunia dan keluarga mereka. Kasihanilah mereka. Bayangkan jika kita membunuh anak-anak anjing.. sedih perasaan ibu melihat anaknya mati. Anak-anak anjing pula, kalau ibunya mati, macam mana ia nak hidup? Simpati, sayang, kasih. Jadi, jangan menganiaya haiwan termasuk anjing! Tapi tak perlulah sampai kita (Muslim) perlu peluk cium mereka. Jika ada non-muslim nak memelihara anjing-anjing ini, silakan. Tiada halangan. Baguslah ada jugak pihak yang dapat menjaga kebajikan haiwan ini dengan lebih dekat.
- Ada yang cakap, "Habis tu ada orang Islam yang nak jaga keselamatan?". Tidak dinafikan memang ada yang membela untuk menjaga kawasan yang luas. Misalnya untuk menjaga kawasan ladang daripada penceroboh. Itu makes sense. Tapi kalau duduk rumah apartment yang luas hanya 900sqft, tempat solat pun limited, tanya diri sendiri larat tak nak samak setiap masa ataupun setiap kali ada 'appointment' dengan Allah 5 kali sehari? Ada banyak lagi persoalan yang ditimbulkan. Harap boleh tengok video-video oleh Ustaz Kazim, Ustaz Azhar Idrus, dan ramai ustaz-ustaz yang lain.
- Faham sangat dengan tahap kecomelan haiwan peliharaan ni. Saya ada 2 ekor kucing. Mereka suka menjilat tangan, duduk atas sejadah, temankan sembahyang, cakar dan gigit tangan masa bergurau, pijak air, sentuh mereka lepas basuh tangan dengan tangan yang masih basah, bersihkan wee wee dan poo poo mereka, sediakan bekas makanan dan minuman. Susah untuk bezakan sentuhan basah atau kering.
- Isu hangat yang diperkatakan sekarang adalah Kempen "I want to touch a dog". Ia memang mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Kita faham tujuan penganjur untuk memupuk kefahaman mengenai anjing.
- Banyak persoalan yang boleh diutarakan. Tak perlu nak diulang lagi di sini. Silalah lawati Facebook, dan laman-laman blog lain.
- Cadangan. Mungkin pihak tersebut boleh anjurkan event hujung minggu bersama haiwan peliharaan. Bukan hanya fokus pada anjing. Tapi pet lovers boleh membawa pet masing-masing. Ini termasuk anjing, kucing, arnab, hamster, burung, dan lain-lain. Sesiapa yang nak pergi lihat haiwan-haiwan comel tu, silakan.
- Didik juga owner ini untuk menanam tabiat untuk membawa plastik dan penyepit najis jika membawa haiwan peliharaan bersiar-siar. Orang kat negara maju dah ada budaya 'modern' dan bersih ni.
- Tanamkan rasa cinta, sayang, dan hormat pada tumbuh-tumbuhan, dan haiwan. Mereka berhak untuk berkongsi hidup di bumi ini.
.: Most Read :.
-
Did you know that you can use Wifi Starbucks (Malaysia) for free? Only if you are their customer <-- why? It is like a habit for som...
-
Hye akak2, abg2, adik2 yang nak cari tips cara hilangkan bau hanyir apabila masak makanan laut. Tips ni di inherit daripada my mum. S...
-
We always put some creamer into our drink to replace the use of milk. Even for common 3in1 drinks, one of the major ingredients is creamer. ...
-
Bahan-bahan: 2 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 1 tangkai daun kari 4 sudu serbuk kari ikan Faiza 1 sudu serbuk cili Faiza 1...
-
There are many ways untuk menggayakan selendang . It depends on people, occasion and mood. Hari tu saja ja cuba lilit dengan cara lain. simp...
Monday, October 20, 2014
Mereka berhak untuk berkongsi ruang di bumi ini
Categories:
haiwan peliharaan,
Kucing,
pledge,
sayangi haiwan,
Shakirah Salleh,
The Thick Talk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment