.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Monday, July 13, 2015

End of Ramadhan 1436H

Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun ini. Terlalu banyak benda terjadi dalam bulan yang mulia ini. Dalam keriangan dan kegembiraan umat Islam menyambut Syawal, hati ini tidaklah terlalu girang. Mungkin kerana faktor usia, dan tanggungjawab yang dipikul. 

Tahun ini, InshaAllah Syawal akan disambut dalam keadaan serba sederhana dan ringkas di ibu kota. Walaubagaimana pun, hati ini masih bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk menyambut Syawal bersama keluarga kecil; ayah, mak, abang. Inilah kurniaan Illahi yang tiada gantinya. 

Sewaktu kecil dulu, me and family akan balik ke kampung. I always merungut sebab masa tu, arwah nenek selalu sakit.. setiap tahun. Jadi kami tak dapat nak ke mana-mana. Masa banyak dihabiskan di kampung. Rutin adalah sama, pagi-pagi ayah akan ke pasar untuk beli nasi lemak. Mak pula sibuk di dapur. Me and my brother spending our time by watching TV. Suasana kampung, ayam yang bising, angin sepoi-sepoi bahasa, kutip telur ayam kampung.. semua yang dulu rasa 'susah' dan 'boring' sebenarnya adalah kenangan yang terindah. 

Arwah atuk dan nenek dah tiada lagi didunia ni. Now baru sedar, itulah pengalaman yang cucu lain tak dapat rasa dan masa tersebut tak akan berulang lagi. Dulu nak raya di bandar? Kini Tuhan tunaikan hajat tu. Tahun ini akan masuk kali ke 4 beraya di sini. Kali pertama dulu, selepas solat di Masjid Besi, pergi bertandang ke Kediaman DS Najib. Kali kedua pula, masih solat di Masjid Besi, tetapi selepas itu kami ke Istana Negara di Jalan Duta. Kali ketiga adalah pada tahun lepas dimana kami bersolat hari raya di Masjid Negara, dan berkesempatan bersalaman dengan Tuanku Permaisuri Hjh. Haminah Hamidun kemudian menu pagi raya kami adalah Pizza Hut di Pavilion. Tahun ni? Tak tahu plan macam mana pula.

Serik sudah nak merungut. Ikut sahajalah rentak hidup ini. Hargai insan-insan yang berada di sekeliling kita pada masa kini. kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan. Masihkah ada peluang untuk berhari raya bersama lagi? Mungkin raya bersama suami? Mungkin raya bersama kakak ipar? Kita tak tahu. Segalanya urusan Yang Maha Esa.

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment