FYI timun adalah sayuran ‘sejuk’ yang sangat bermanfaat terutamanya pada musim panas. Di negara barat, timun disajikan pada musim panas dengan pelbagai cara untuk membantu menyejukkan badan. Since Malaysia ada musim summer and spring for the entire year, we should enjoy this vegetable yang sangat mudah didapati di market or pasaraya dengan harga yang sangat berpatutan.
Timun boleh dinikmati dalam pelbagai cara antaranya dimakan mentah (ulam), dibuat jus, jeruk, atau ditambah kedalam masakan. Untuk insan yang mudah dehydrate (like me) cucumber sangat bermanfaat untuk menyejuk dan membekalkan air di dalam badan. Bila badan mengandungi air yang cukup, ia akan diserlahkan dengan organ kulit. Tambahan pula timun kaya dengan vitamin C. This will helps untuk menjadikan kulit glowing dan nampak segar dan sihat sentiasa. For me, I love to enjoy timun raw je sebab rangup. I am able to finish the entire cucumber untuk sekali hidangan. Yummy! Tapi tak pernah pulak try jus timun.
Untuk rawatan dalaman, timun juga kaya dengan fiber. Fiber ni adalah serat. Ia sangat membantu penghadaman terutamanya serat yang terkandung pada biji timun.
Oleh kerana timun adalah agen penyejuk yang bagus kerana mengandungi potassium, magnesium dan fiber yang tinggi, ia dapat mengurangkan risiko dan merawat penyakit tekanan darah tinggi.
Selain drpd kegunaan/rawatan dalaman, timun sangat terkenal untuk merawat sembap, lebam dan garis2 halus pada mata. Timun perlu dihiris nipis dan dibiarkan pada kelopak mata selama 5-10minit. Timun juga dapat merawat kulit yang panas (radang) akibat terlalu terdedah kepada cahaya matahari.
Tips membeli timun
- Kulit timun mestilah berwarna hijau –> timun muda. baru rangup.
- Pilih timun bersaiz tidak terlalu besar (tebal). Ini kerana timun yang tidak tebal mempunyai biji yang kecil dan mudah ditelan.
Tips menyimpan timun
- Simpan timun didalam peti sejuk.
- Lebihan timun yang belum digunakan boleh disimpan semula ke dalam peti sejuk. Pastikan timun disimpan didalam plastik yang diikat rapi kemudian disimpan didalam sealed container (bekas tertutup). Tapi seelok2nya guna lebihan timun tersebut hanya dalam jangka masa 1-2 hari selepas disimpan.
Tips menghidang timun
- kulit timun sememangnya kaya dengan khasiat. Tetapi, pastikan kulit timun tersebut tidak tercemar dengan racun atau wax. Kalau ragu2… better peel je kulit timun tu.
- hidangkan sejuk2. jangan biarkan terlalu lama diluar peti ais. baru la rangup while enjoying it.
References:
- http://www.fiezaradzi.com/2010/khasiat-timun/
- http://www.oohoi.com/natural%20remedy/everyday_food/cucumber.htm
- http://www.articlesbase.com/skin-care-articles/skin-benefits-of-cucumber-makes-your-skin-smooth-394074.html
- http://leonsbeautytipsandsecrets.com/6-wonderful-skin-benefits-of-cucumber/
- http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=42