.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Saturday, December 31, 2011

Wishlist for 2012


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

2012 bakal menjelma beberapa jam lagi (kalau masa Hari Pembalasan baru 2 hari beberapa minit je kot) - okay.. I am not trying to scared you. Anyway... everyone is mentioning about azam lah, what happened lah... So I wanna list out my wishlist for 2012!
  1. Pass Viva and master with flying colors. Dear examiners, please be nice to me! I have been waiting for so long.
  2. Graduate Master (I guess with my former students) :P
  3. Able to find a renter for my father's land and premis for any kind of businesses (warehouse, restaurant, Kedai 1Malaysia? owh! or Sports Toto?! Okay at this part, I am just just joking). Anyone interested? The location is in Sungai Petani anyway. Drop me your contact details.
  4. Getting myself an electronic sewing machine (termasuk jahit tepi) - not too big not too small
  5. Expanding my shawl (SHOL) business by improving the design (this is the reason I want to get the Num. 4)
  6. I hope to find a job so that I can help myself with Num. 7
  7. I hope I will be able to have a chance to further my study in the local university. Well... registration needs  $$$$. I guess I want to go deeply into IT Management field... if possible.
Okay. Enuf until now.

What's yours? Share it in the Guest Book!

Sunday, December 25, 2011

I saw our pictures...


Tadi, aku ushar folder lama-lama (nak cari bahan nak edit picture). Then aku terjumpa picture lama-lama, zaman degree, zaman baru-baru keje, buka puasa, shopping. Senyum sorang2 aku tengok. Teringat moment2 happy, why we did that, what we bought, what we eat. One after another pictures. Sweet... sangat sweet. I admit I miss those moments. =')




Until a few pictures, it starts to recall how unhappy my life was. Feel unappreciated, been turned-down... until I was finally decided to agreed with an offer to further my study in the foreign land, FR. That was the temporarily exit period for me to get away from my life before. I used to decided to further study there... or even work there!

Anyway, an image can bring you JOY, and not to forget, PAIN. But this is what life is for. Life is not like a fairy tale... life is a reality that filled with variety of colors. Friends, good or bad people, semua tu sementara. Appreciate when they are around. Pray for them when they are apart. But one day, good friend can be turned into not really good friend, and vice versa. Don't get shock when the time has come. Everyone experienced it as far as you do.

But the fact is
"Setiap orang akan mengabaikan/kurang menghargai seseorang sehinggalah mereka kehilangannya"
Kini yang tinggal hanyalah gambar dan kenangan.

Terima kasih kepada semua yang pernah dan sedang hadir dalam hidup aku. Kita pernah senyum, kita pernah ketawa, kita pernah sedih, kita pernah menangis, kita pernah bersengkang mata, kita pernah melonjak kegembiraan bersama, kita pernah berhimpit-himpit dalam kereta macam dalam tin sardin bersama, kita pernah diam dan kurang berkata-kata... pahit atau manis, ia adalah perjalanan hidup indah yang boleh membuatkan aku tertawa dan menangis pada masa yang sama.

Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua.

Saturday, December 24, 2011

Sabar?

Pagi tadi dengar segmen motivasi. Panel tersebut ada bercakap mengenai sabar. Hanya dengan 2 ayat, ia berjaya mengubah persepsi mengenai "sabar".
"Sabar itu tidak bermakna tidak melakukan apa-apa dan hanya berharap. Sabar itu adalah usaha yang berterusan untuk mencapai apa yang diinginkan." - Pakar Motivasi
So... everybody (terutama kepada diri sendiri), stop freezing from taking an action because of you are "sabar". But do action tanpa henti kerana sedang sabar berusaha mendapatkan apa yang diinginkan.

What is on my head?
- Viva Master
- Job
- or PhD
- merawat atok
- new design of hijab

bla bla bla.

Wednesday, December 21, 2011

Pengalaman Hidup Bertambah: Baru tau susu itu mahal

Aiceh! Tajuk macam berfalsafah sangat pulak. Sebenarnya ni ha.... this morning, I went shopping dengan mak. Pagi-pagi lagi dah g Tesco (Tesco jela yang bukak kol 8 kan). Niat di hati nak beli kertas A4. Since yang pergi hanya perempuan, sedar tak sedar dah sejam lebih dalam sana. Kitorg hanya sedar lama berjalan sebab lapar~~~. Apa yang we all buat selama tu? Macam biasa la pegi tempat2 yang ada barang yang di cari. Owh, kalau niat di hati nak beli sayur pagi-pagi dengan tenang... TAK DIGALAKKAN. sebab ramai peniaga2 macam tengah ada sale kat sayur2 tu. They just grab the plastic bag - masuk2 barang - check berat - queue collect sticker harga. Trolley2 dorg penuh dengan beg plastic sayur (Bila mau siap???).

We went round round and round, tengah cari susu Omega (owh sangat mudah terpengaruh dengan iklan), tiba-tiba 'sesat' di kawasan susu baby and utk ibu2. Sangat terkejut. Harga untuk susu2 tersebut for me agak mahal la. Ada yang tin kecik je, tp RM80 lebih. Mungkin more calcium and zat2 lain. Tak kesah la yang tu, but apa yg nak di highlight here, kos hidup sekarang tak murah. Even kos susu yang sangat diperlukan oleh ibu dan baby pon agak tinggi.

So kids, do respect your mum and dad and stop wasting/requesting money on things that you don't really need. Anyone yang nak kahwin pon sama. Prepare your financial very well. Tu baru cakap pasal susu, belum lagi medical checkup, hospital, and kelengkapan hidup yang lain.

Don't get me wrong here. I just nak share the things that I don't really bother before this but I just knew the fact on this morning. My mum never tell me about it - well, every parents will not ungkit apa yang dia dah bagi or korbankan untuk anak2, terutama waktu kecil. Sebab tu dalam doa, kita selalu sebut,

"Ya Allah, kasihanilah ibu bapa ku seperti mana mereka mengasihani ku sewaktu kecil lagi"

Saturday, December 17, 2011

Pizza 2 lapis! Able to melt your heart?

B00490

Look at the melting cheese! yumms!
You can have the recipe here… Healthy Hawaiian Chicken Sausage Pizza Roti Capati...

I have made some slight changes;

  1. Roti capati di goreng dulu (tanpa minyak) – 2 keping
  2. Layer roti pertama – lapiskan dengan sos spaghetti traditional Kimball
  3. Layer kedua – macam buat pizza biasa

My Blog Hits Strikes 30K

On 17 December 2011…

image

Love you all 3ters (readers)!

Keep this number up!

Which one I can be?

 OR

???

Just for fun.
Tiba-tiba rindu pada photoshop. Dah lama tak buat editing. Oh... photo editing is my hobby. :)

Picture's captured using HTC HD2

Left:
  • Theme: Natural Flawless
  • Focus: Eyes
  • Major editing: Face area
  • Major Adjustment: Level
  • Additional Item: Fake eyelashes brush

Right:
  • Theme: Beauty with Horror
  • Focus: Lips and Eyes
  • Major editing: Face and background
  • Major Adjustment: Level and Replace color
  • Additional Item: Fake eyelashes brush, scar brush, crack brush

Friday, December 16, 2011

Trivia: Anti-Sosial

Tahukah anda bahawa golongan anti-sosial adalah berbeza dengan golongan pendiam?

Kita selalu beranggapan bahawa orang yang anti-sosial adalah orang yang pendiam, orang yang suka menyendiri. Tanggapan itu SALAH!

Definisi Anti-sosial adalah orang yang gemar berkomunikasi/bergaul dengan orang lain tetapi mereka tidak dapat bertolak ansur atau mereka tidak dapat menerima pendapat dan menghormati orang lain.

Adakah anda seorang anti-sosial? atau anda seorang pendiam?

Thursday, December 15, 2011

Master or Messter with UNITEN?

My masters is still hanging. It seems very hard for them to decide my final presentation date. They love me so much lettew sebab tu la they hardly letting me go. Kan.. kan... KAN???

My friends, neighbors, parents' friends, grandpa keep on asking us, "Tak habis lagi ka dia tu?" "Tak dapat kerja lagi ka?" "Kerja mana dah sekarang?" "Tak mintak mana-mana ka?" "Tak lepas la tu... heboh ja cerita buat master" "Anak I dah kerja situsini". I can just buat bodoh and ignoring them - which I did! But lama-lama, terluka la jugak hati ni kan. OR... I should take it as "They are just too care".. blurghhh!

Dear all, regarding my masters,
I am still an official UNITEN's Post-graduate student.

I am waiting for UNITEN to decide my final presentation (viva)'s date. I have done my part. It is just their procedures take so long. This is nothing to do with I tak pass ke tak dapat kerja ke apa. My supervisor and co-supervisor, both are PhD holder (bukan calang-calang orang) - my supervisor got 2 certs; MY and FR. They are happy and satisfied with my works. On the other hand, after all this while I DID NOT APPLIED for any job. I am doing something else - I prefer not to share with you guyz yet. I hope this makes things clear. But I admit, I have just seriously started looking for a job - since the last 2 days.

I believe whatever is happening adalah dengan izin Allah S.W.T. Ada hikmah mungkin presentation ni lambat terjadi. Aku dah berusaha dan aku sudah redha. Cuma apa yang membuat aku menulis entry kali ini adalah untuk menerangkan situasi yg terjadi supaya doubt orang sekeliling terjawab mengenai status jobless ku sekarang ni... bukan untuk memburukkan sesiapa termasuk pihak university.

Thank you.

Nur Shakirah.

Wednesday, December 14, 2011

Motivational Quotes #1

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan kerana seluruh kehidupan ini adalah satu ujian.. Jangan bersedih dengan setiap pekerjaan yg belum anda selesaikan, ketahuilah pekerjaan orang-orang yg berjaya itu tiada penghujungnya.. ingatlah, Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya dan mencuba lagi dengan cara yang lain.. selalunya orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan juga orang yang hanya menjadi pelengkap.. Untuk berjaya ikutlah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.. In Shaa Allah ♥ Vs - Vie Shantie Khan

Monday, December 12, 2011

My Business Idol is getting married

Im so happy for her sebab both of them nampak sangat sweet together...

Vivy Vivy VIVY.... Ms. Proudduck is getting married. 

Mcm mana Dean pop out the question? You can read it HERE.

Congratulations Vivy Yusof.

She's inspiring me in many ways - business, life, positive thinking... but now... marry? Owh noooo.. not now plz. I need to be well established mcm Vivy then baru leh follow her BIG step ni.

2nd Congratulations and Happy Birthday to her 11/12/11 <-- 24 years old (i read on her Twitter @vivyyusof )

p.s.: FV's birthday gift is still with me. Cepat la pegi submit wahai cik Nur Shakirah.

Sunday, December 11, 2011

My 3 good friends are getting married on the same day

Ayai (Azraai)
Mama (Aimi Liyana)
Mira

3 of them has selected the same date - 14th January 2012 untuk mendirikan masjid. Can u imagine how crazy happy and saiko a friend can be? :/



I guess better kalu korg buat kat MPH Uniten ke, bersanding tiga2 orang atas pentas tu. heeeee!

Mama's solemnization and reception will be held on the 14th morning and afternoon - in Kelantan.
Ayai's reception will be held on the 14th jugak (evening) <-- formal event. His event will be held in Dewan Seri Endon Putrajaya.
Mira pulak on the next day... afternoon. Di Dewan Putrajaya jugak. woohhhhh!

Makan makan makan! I love it!

Mira and mama are my good friend... which there are 7 of us yang sangat rapat masa zaman Bachelor di Uniten - senang kata, 1 geng lah! Inilah geng social, geng ke masjid, geng makan2, geng golf bakar2 ikan, geng swimming, geng sama2 chubby, geng sama2 exercise...! Ayai pulak is a friend sepanjang course sebab course sama... so majority subjek/kelas pon sama n I love to absorb him as a team member sebab bole dapat markah tinggi... bahahaha! Dia super pandai ok! Owh ya, ayai n I were born on 1988. Dah nak kawen dah ko eh?! @_@

Anyway... the most shocking news is Mama's wedding la. Tak ada angin, tak ada gossip, tau-tau nak kahwin. Yang lelain tau la dorg dah couple and engaged. Congratulations mama! It was really nice to have a small phone conversation with you yesterday. I hope to see you soon.

Ini bermakna, I have to turun KL lah! To ayai n mira, InshaAllah aku dtg. Doakan aku cepat kaya so that aku boleh beli flight ticket! kalau korg nak sponsor pon bole jugak. :D

Saturday, December 10, 2011

Another series of not so well days

Why?
Gigi bongsu kiri sedang menyambung pertumbuhannya. owh sakitnya gusi sedang dikoyakkan dan mengecut. (sila bayangkan jika anda masih kanak2 riang tak cukup gigi lg. untuk yang dah cukup gigi dan mungkin dah terkurang, sila imbas kembali kenangan anda dahulu)

selang seminggu tumbuh gigi bongsu... perghhhh! sebelum ni 3 bulan sekali ke... baru dia muncul. THis time tak demam tapi pipi rasa kdg2 sakit kadang2 bengkak. but last night was quite hard to fall asleep. :( i even can feel every gigi on my left sedang di tolak dan dikejapkan jarak2 dorg.

Alamak... ckp pasal gigi, baru tringat tak minum susu Anlene lg. Off for now. Bubye.

Tuesday, November 29, 2011

Lilitan Selendang Loose (Loose Shawl)

T0007-R

Eyeliner by Avon Ultra Luxury Eye Liner (Brown)
Mascara by Avon SuperCurlacious (Black)
Blusher by Avon Blusher (Plum)
Lipstick by Avon Simply Pretty Color Bliss Lipstick (Mystic Beige)

This lilitan selendang is a special request by a sweet girl name Adila. Dia dengan sendirinya approached and asked macam mana nak lilit selendang yang dipakai hari tu. That was such a brave action sis… and it’s good.

Dear readers, I ‘owe’ her a few months untuk create this tutorial. I have misplaced the shawl that I wore that day (Finally I came out with another shawl) and I have no time for editing. Due to that, saya mohon maaf atas kelewatan yea Cik Adila.

Jenis shawl tidak terhad kepada pashmina sahaja… boleh apply untuk semua jenis kain shawl.
Let’s starts with the tutorial.
-------------------------------------

Step 1:
Adjust selendang supaya senget sebelah macam ni.

T0007-1
Inner tudung, Anggun#2 by SHOL

Step 2:
Pin bahagian dagu

T0007-2

Step 3:
Ambil bahagian yang panjang. Lilit ke atas. Adjust sampai kehadapan (lebih kurang 1 inci daripada dahi)

T0007-3

Step 4:
Bila dah seperti dalam gambar (kiri), pin kan

T0007-4
Click image to enlarge

Result

T0007-R

Hah… kejap je kan? Tak perlu risau senget benget ke sebab style ni dinamakan Loose Shawl!
Go beautiful girl!

Monday, November 28, 2011

Contest: Blackmores



You may not be able to share your thoughts with the entire lift, but you can share it on Blackmores Malaysia’s FB page

Join their ‘Shoo Away The Achoo’ caption contest by sharing your thoughts when people go ‘Achoo!’. Just fill up the thought bubbles in the given scenario and you could win yourself some great prizes!

There will be 2 winners a week, with the Grand Prize winner walking away with an Ipod Nano & Product vouchers worth RM200, and the runner-up winning Product vouchers!

This contest is open until 15th December 2011.



Saya Dah Tak Demam

Alhamdulillah.
Dah takde hibernation...
Dah takde sakit kepala sampai berguling-guling...
Dah takde terjaga setiap jam... (Cuma malam tadi terjaga kol 3.33 am- Weird)

Mungkin kebetulan atau apa... sambungan demam tempoh hari, gigi bongsu pulak nak tumbuh. Last 2 days gigi kiri bawah. Now gigi kiri atas pulok. Bila bersujud... terasa nak luruh pipi sebelah kiri ni. You all pun pernah rasa kan pengalaman gigi bongsu nak tumbuh. Dia tumbuh sikit-sikit selang 2-3 bulan. Kalau tumbuh skali gus... mau koma terus. Ni pon kadang2 terasa gigi geraham kat tengah ni tersepit. But don't worry, saiz gusi muat. :)

Sakit kepala kadang-kadang je ada. Mungkin sebab tarikan urat2 gusi ni kot.
Sesema pulak... makin pulih.
Batuk... malam2 still makan ubat batuk. =P~ sedappppp

Sekian laporan kesihatan saya buat masa ini.

Doli Koey Teow Goreng Taiping

Doli?

B00479

Last few weeks, my father’s friend has invited us to dine here. The specialty of this restaurant is their fried ‘Koey Teow’ – Superb sedap!

  B00480

The place is quite cozy and equipped with air-conditioner. Thank Allah that night tak ramai sangat. Maybe sebab hujan kot.

B00481
Click to enlarge
Here is their menu. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

B00482

Tadaaaa! Koey Teow Goreng Special (RM9.00)
Sangat sedap and sangat kaya dengan udang dan kerang. I love it so much sebab every bites for sure akan ada udang or kerang.
Sila terliur k

 B00483

I have also tried this Mee Kari (RM4.00)
The curry is yummy. They are also provide this meal together with sambal. So if you prefer lebih pedas, you may add it into your curry.

 B00484

So, for those yang nak datang ke Doli, waktu perniagaan adalah 12.00pm – 11.00pm. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat.
Eh... sama lak ngan tulisan kat atas tu.

Lokasi? Ia terletak berdekatan dengan Taman Tasik Taiping. Alaaa tak berapa ingat sangat sebab pegi waktu malam and hujan. But I know this place sangat dekat ngan tasik tu.

P.S.: Dear brother, balik nanti kita mai makan sini na.

Bola Sepak: Malaysia 2 - Bahrain 3




Walau apa pun, 3 games in a week siyesly meletihkan. You guys did a good job but some careless mistakes was there. Barisan pertahanan yang sebelum ni sangat kukuh tiba2 goyang pada saat akhir. NVM, uols pun human jugak. Make sure jangan ulang kesilapan yg sama k.

Semangat #HarimauMalaya. 
Image source: http://vectorise.net

AUUUMMMMMM!



Sunday, November 27, 2011

Wedding: Myra & Saiful

Date: 26 November 2011 (30 Zulhijjah 1432)

Venue: Sungai Dua, Butterworth, PULAU PINANG

--------------------------

Myra and I penah jadi housemate masa di UNITEN. Dari situlah kitorg kenal… which actually she is a friend of my room mate, Nurul!

After Zohor… me and mak are ready to go! Super hungry you know. roarrrrr!

B00475

Eyeliner: Avon Liquid Eyeliner

Lipstick: Yves Rocher

 

10 minit dah sampai sini… suppose lg seminit je lagi… but

B00476

Traffic jam! gosh! we were stuck here for like half an hour! Can you imagine 3 lane, merge into 2, then merge into 1. MPSP or JKR or anyone yang bertanggungjawab, please take an action!

Thank Allah masa dah nak sampai ke tempat kenduri tu, ada sebuah kereta keluar dr depan kedai perabot. Boleh park kat situ.

Here is the beautiful bride!

B00477

Guess sape lagi yang terjumpe haritu? Didi, Basya, and Syakirah <—yes Yes… nama kitorg sama! These gurls are former SMKDOB-ian jugak! Lupa lak nak amik pic ngan korg. >.<

And.. jeng jeng jeng… saya terjumpa cik Wawa and the gang (UNITEN).

B00478

Sempat amik pic ngan wawa je sebab yang lelain tengah makan.

Wawa, My mum said ur face mcm pelakon nama Maya (bukan Maya karin) tu.

Congratulations untuk Myra and husband!

Wedding: Zawani & Hairani

Date: 24 Nov 2011

Venue: Kampung Paya, Bukit Meriam, KEDAH

B00469

That day was the second time berpeluang drive ke area Kota Kuala Muda, Kedah. Zawani (groom) is my former classmate (SMK Dato’ Onn Butterworth). Guess what, both of us were born on 11th October; we are sharing our birth date! :)

Anyway, me and mak arrived at 1PM.

B00471

Waiting…

and waiting…

B00470

Finally sampai pun…

B00473

When was the last time we meet? I guess last time jumpa masa exam SPM. Gosh… lama giler. How many years dah eh? 23 minus 16… errrr.

B00474 

Congratulations to you both!

Saturday, November 26, 2011

Kehidupan Selepas Kiamat sehingga Hari Pembalasan



Dear 3ters,
baru sebentar tadi saya ada terbaca mengenai 1 artikel melalui FB. Sebagai seorang muslim, saya rasa bertanggung jawab untuk berkongsi dan mengingatkan diri sendiri dan muslimin muslimat yang lain mengenai suatu hari yang tertulis di dalam Al-Quran, salah 1 daripada rukun iman, iaitu percaya pada hari akhirat.
Menurut apa yang saya baru baca sebentar td, ia bukanlah secepat yang diceritakan sebelum ini; Lepas Kiamat terus dihisab. Jika seumur hidup di dunia rasa dah lama, akhirat beratus ribu kali ganda lama. Apakah kesudahan kita di 'sana' nanti? Bagaimanakah kita akan mengharungi menanti hari pembalasan nanti? Itu belum tentu lagi syurga atau neraka kah destinasi kita. Astaghfirullah-hal-a'zim.
Saya ada copy and paste article tersebut. Teruskan membaca.
-------------------------------------------------------------------
Gambaran Hari Qiamat 

 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.