.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Monday, August 24, 2015

Insurance and saving for fresh graduates

Baru kerja.
Mesti rasa over excited and fikir kereta apa nak dibeli. Mestila kereta idaman yang rata-rata RM700+ installment sebulan.

Walauapapun, ketepikan sedikit duit gaji untuk insurance dan ASB/tabung haji.

Ada dua jenis insurance iaitu conventional dan takaful. Most of Muslim disarankan untuk memilih takaful sebab pelaburannya adalah dalam dana yang diluluskan syariah. Pulangan agak sedikit rendah berbanding dengan conventional.

Insurance mungkin ramai nampak tak penting. Dengan cerita yang berlambak-lambak insurance agent lari and susah claim. Insurance ini sebenarnya sangat penting sebab we never know masa sakit atau mati.

I have a skeptical perception about insurance agent. They just want your money and then lari. Ini kerana my mother pernah kena macam tu. Siap kena tipu lagi katanya tempoh matang 10 tahun. Rupa-rupanya 25 tahun. Ada satu time tu my mother warded. Tapi insurance tak cover sebab hanya insurance nyawa. Tapi tak semua 'busuk', masa my ayah sakit, we managed to claim a few amounts sebab penyakit beliau memang serious.

Mulai dari sini I am more aware dengan coverage.

Mula-mula masa di approach oleh my current insurance agent, Carol Tan Chia Wei from Great Eastern (dah 3 years with her service), I was a bit cold. I know I am being covered by TNB sebab I am working with UNITEN. TNB's coverage memang tiptop. I feel secure enough. Beliau sangat penyabar. She's explain to me satu persatu. Yang saya ingat sampai sekarang, Carol pesan beli insurance masa sihat dan muda. Coverage tinggi, dan premium murah masa muda. Kalau dah sakit atau dah obes, susah company insurance nak approve. Bulanan akan naik. Memang betul. My mother and father dah susah nak tambah coverage sebab dah tua and ada record sakit.

Jenis-jenis coverage:
1. Nyawa (Life)
2. TPD (Kecacatan kekal)
3. Medical (warded dan rawatan di hospital)
4. Saving

1. Nyawa
Most of insurance yang 'kos rendah', around RM50, hanya cover nyawa. Ini bermakna, kalau mati baru boleh claim. Ada yang ada return back (bonus) setiap 3 tahun, ada yang tiada return back. Coverage ni selalunya boleh claim perlepasan income tax. Kalau masuk ward dan tak mati, tak boleh claim. Ramai yang mengamuk sebab ni.

2. TPD
Kecacatan kekal. Misalnya putus kedua-dua tangan, atau satu tangan satu kaki. Ada % yang boleh claim. With Great Eastern, once claimed untuk yang TPD, GE akan bayarkan (waive) monthly premium and policy holder akan still enjoy all the benefits.

3. Medical
Hospital swasta most of them minimum katil RM150 sehari. Kalau sebilik 2 orang mungkin around RM200-RM250. So pilihlah nak katil macam mana kalau warded nanti. Tak semestinya kalau ada medical card boleh duduk first class. Kena ikut berapa RM coverage untuk ward. Jumlah coverage untuk rawatan juga penting. Selalunya ada stated berapa jumlah coverage sampai maximum umur dan jugak annual limit. Misalnya my coverage dengan Great Eastern, Annual Limit untuk rawatan is RM120,000 and limit sampai umur 80 tahun is RM1.2juta.

4. Saving
Pilihlah insurance yang ada saving so that dalam masa 20 tahun akan datang dapat semula jumlah yang telah dibayar sepanjang tempoh tu. Boleh la buat belanja masa dah tua nanti. Tak semua insurance ada saving. Being protected while saving for future.

Pilih insurance agent yang boleh dipercayai. Selalunya company tu bagus ja. Cuma agent yang menipu untuk dapatkan client janji bulan bintang.

So far I am very happy dengan Carol sebab beliau caring, concern, and akan update kalau ada promotion baru and yearly service beliau akan update berapa ada dalam saving and remind us about our coverage. Kira boleh diharaplah sampai untuk waive income tax pun beliau boleh assists. Life/medical insurance banyak dapat waived income tax setiap tahun.

If ada yang berminat untuk starts protecting, saving and waive untuk income tax, I can recommend her to you.

** Update 02 Jan 2021: I have upgraded my Life and Medical insurance - RM500,000 + RM120,000 for life, and unlimited lifetime for medical.

Friday, August 21, 2015

IPTS pada mulanya.. harap kekal selamanya

IPTS mula diperkenalkan pada tahun 90an (zaman Tun M). Pada asalnya kewujudan IPTS adalah untuk mengurangkan penghantaran pelajar keluar negara tetapi pada masa yang sama mencapai standard kualiti seperti belajar di luar negara. Ia dapat mengurangkan aliran wang keluar negara dan dapat menggalakkan aliran masuk dengan menarik perhatian pelajar luar untuk belajar di negara ini. Situasi ini sangat berbeza pada tahun 2013-2015 kerana ramai sudah terlupa mengenai niat asal IPTS diwujudkan.

Syarikat gergasi GLC seperti Petronas, TNB dan Telekom (now TM) adalah antara syarikat yang diberi amanah untuk memikul tanggungjawab ini. Oleh kerana itu wujudnya IPTS seperti Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak, Universiti Tenaga Nasional di Kajang, Selangor, dan Universiti Multimedia di Melaka. Kini UNITEN telah berkembang ke Muadzam Shah, Pahang, dan MMU di Cyberjaya.

IPTS ini sangatlah dikenali dengan yuran yang mahal. Ini sememangnya tidak dapat dinafikan jika dibandingkan dengan IPTA. Sekitar tahun 2005-2009, yuran untuk satu semester di IPTS adalah sekitar RM6000-RM7000 berbanding dengan IPTA yang hanya sekitar RM400. Yuran ini datang bersama dengan pekej-pekej tertentu misalnya jumlah pelajar yang sedikit di dalam kelas, suasana kampus yang selesa, kemudahan asas dan prasarana yang serba lengkap, dan pensyarah yang berpengalaman dan student oriented. Jumlah graduan yang dihasilkan di setiap IPTS setiap tahun adalah dalam lingkungan 1000-2000 graduan berbanding IPTA yang puluhan ribu graduan setiap kali konvokesyen.

Ramai yang salah anggap bahawa di IPTS sijil ijazah boleh dibeli. TIDAK. Ramai students yang ditendang keluar setelah berturut-turut mendapat GPA bawah 2. Jika tidak datang kelas selama 3 kali berturut-turut tanpa sebab, surat amaran akan dihantar kepada ibubapa. Ini boleh mengakibatkan pelajar tersebut tidak dibenarkan untuk menduduki final exam. Mungkin ini sangatlah kejam untuk di baca. Tapi disinilah letaknya 'maruah' sesebuah ilmu yang tidak boleh dikotak-katikkan sesuka hati dan boleh dibeli yang wang ringgit dan pangkat.

Bahasa pengantaraan di IPTS kebanyakkannya adalah Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana untuk mengekalkan standard antarabangsa. Buku rujukan juga kebanyakkan dari international publisher yang terkenal seperti McGrawHill, Pearson, dan Addison Wesley.

Saya berharap UTP, UNITEN, dan MMU akan terus bersaing secara sihat dan mengekalkan kualiti pembelajaran setanding universiti ternama di luar negara.

Thursday, August 20, 2015

Saya belajar nothing sepanjang tempoh ijazah

Wait a minute. Ask yourself.
1. Kaki ponteng kelas?
2. Attendance suruh kawan tandatangan?
3. Assignment hanya letak nama?
4. Quiz dan exam meniru?

Come on. Kalau pun tak belajar apa2 sepanjang tempoh belajar, at least anda belajar cara nak menipu diri sendiri dengan mengasah skill 1-4 tadi.

Tempoh pembelajaran selama 4 tahun untuk ijazah sememangnya akan menyebabkan anda belajar sesuatu tanpa anda sedari. Zaman di universiti melatih minda anda dalam bidang akademik dan sosial.

Akademik
Banyak cara pembelajaran yang digunakan. Misalnya lecture, presentation, group work, research finding, project. Jika anda mengikuti bidang ICT seperti networking, software engineering, graphics and multimedia, tak semestinya anda bila anda keluar mencari peluang pekerjaan nanti anda akan bekerja dalam bidang khusus tu sahaja.

Ramai graduan yang memasuki bidang pekerjaan, mereka bekerja diluar study scope masing2. Para graduan harus sedar yang bidang pekerjaan amatlah luas. Pihak universiti menyediakan pengetahuan asas yang harus dipelajari bagi melengkapkan para graduan untuk menghadapi bidang pekerjaan nanti. Pihak universiti juga berusaha sedapa upaya melengkapkan para graduan dengan technical skills dan professional certificates. Certificates ini hanyalah added value kepada sijil ijazah.

Sosial
Kehidupan di universiti banyak mengajar anda mengenai kehidupan dan sosial. Hidup di universiti tidak seindah dalam drama TV. Pergi kelas, bercinta, dating, pergi clubbing, bawa kereta sports. Kehidupan di university lebih daripada tu. Ia melatih anda untuk tahan pressure, soft skills, disiplin, dan management.

Di universiti tiada warden untuk menjaga anda pergi ke kelas atau tidak. Tiada ibu bapa yang nak kejutkan pagi2. Tiada ibu bapa yang nak control berapa jam boleh main game. Disinilah terletaknya disiplin. Kalau tak pandai jaga diri, addicted to online game, stay up lah sampai pagi. Korbanlah kelas esoknya. Cukup tempoh, sampailah warning letter.

Nak siapkan assignment. You will face some group members yang degil, pemalas, dibenci tapi lecturer assign dalam group yang sama. Sometimes you buat semua kerja tapi member datang tumpang nama. You pinjam PC kawan then assignment kena curi lepas tu dapat kosong sebab di caj meniru. How to handle this? Lepas 8 semester, you will know how to handle this situation.

Do you think lepas study dah lepas semua sengsara? No way! Di universiti hanya cebisan sedikit. You will face so many issues and pressures masa kerja. Last minute task, stay back until midnight, kena marah sebab salah. But you have survived masa di training field (universiti), you will survive di alam pekerjaan.

--------------

You may not realize ilmu yang anda dapat upon graduation. Tapi cuba buat perbandingan diri sendiri sebelum dan selepas alam universiti. You will see the difference.

Menuntut ilmu kerana Allah adalah ibadah. InshaAllah. Niat belajar sebab Allah. Nak dapat pekerjaan yang baik dan balas jasa ibubapa.

#unitenconvo2015 - some of my former students


Wednesday, August 19, 2015

Fragile week

I am under fragile week.

I am under stress because of so many things.

The pimples seem having a non-stop party on all over my face. I think I need to change the bed sheet. I did it last night. One of my cats, adik was excited having a new bed cover. It jumps up and down onto the bed.

I feel fragile.

When I was about to sleep, as usual adik will sleep at one corner of the bed. But last night, adik sleeps nearer to my feet and hug it like he wants to calm me down. I was touched. I cried like crazy. A cat can understand how I feel and the most amazing part is it makes an effort to calm me down and I don't have to convince them.

I am blessed for having these two smart cats around me since last year. There are the irreplaceable gifts after my mak, ayah, and brother.

There will be a day X ... Not because of Y...

There will be a day where I will reach my limit. 

There will be a day where I will lay down on the floor. Not because of I am too weak to stand, but I actually have stood up for so long. 

There will be a day where I will cry at the corner. Not because of I am upset, but I have seen enough sh*t. 

There will be a day where I will lost my smile. Not because of I cannot handle pressure, but I have been heartless for sometimes.

There will be a day where I will leave all of you. Not because of I give up, but the contract to serve all of you have ended.