.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Wednesday, May 22, 2013

Baby Khalif, welcome to the world

Last Sunday, I went to visits my friend who's giving birth to a baby boy in PPUM. Since it is a pre-gov hospital, I need to wait until 5pm - visiting time. Since it was the first time I went to PPUM, I have no comments on the access from the parking lot to the kanak-kanak ward. Based on my experience that day, it is quite far. Maybe there is another parking lot area nearby. But, there is a secret recipe. After I have burned those calories, i can now replace it back here. haha!


Around 5pm, the visitors are allowed to enter the ward area. It takes another 5-10minutes of walking time untuk ke ward lepas bersalin. Sampai saja, our friend (I will name her "the-mommy"), tengah bersiap2 nak bersihkan diri sebab through out the time lepas bersalin, no one nk jaga her baby while she's away. So I saw how difficult her movement is. Dehydrate, pain, hungry. I can say that I am very unhappy for what ever I saw on that day -service from ppum. But the baby calm me a bit. Although bertanda sikit dahinya disebabkan oleh proses kelahiran last night, he's still the cutest one. 


3kg++, quite huge huh. Alhamdulillah, yang penting sihat.

This visit sangat menginsafkan diri. Believe it or not, i did cried sebab terkenang macam mana la mak lalui dulu selepas bersalinkan diri ni. :( 

Walauapa pun, tahniah diucapkan kepada the-mommy n husband.

Thursday, May 09, 2013

30 minit bersama Ustaz Don - 9 May 2013

Assalamualaikum semua

This post hanya untuk berkongsi cerita and reminding myself mengenai cerita ustaz Don pada hari ni.

Ceritanya seperti berikut...

Ada seorang lelaki ni, dia berniat untuk bersedekah. Sebelum dia tidur, dia berniat untuk memberi sedekah kepada orang yang pertama dia jumpa pada keesokan hari tu. Pagi tu, dia terjumpa seorang lelaki ni. Pakai selekeh. Orang miskin kot. Dia pun hulurkan sedekah kepada lelaki tersebut. Lelaki tu terkejut dan berterima kasih. Pada petang hari yang sama, dia terdengar ada orang bercerita... "Lelaki mana ntah p sedekah kat pencuri kat kampung kita ni." Beliau terdengar lalu tergamam. "Ya Allah, aku dah bagi duit pada pencuri." 


Malam itu beliau nekad lagi. "Esok aku akan bagi sedekah pada orang yang pertama yang aku jumpa. Aku nak ganti balik sedekah yang aku bagi kat pencuri tadi."

Pada pagi keesokan harinya, semasa beliau berjalan, beliau terjumpa dengan seorang perempuan ni. "Tak kan la pompuan ni pencuri." Dia pun sedekahkan duit kepada perempuan tu. Pada petang hari yang sama, dia terdengar lagi ada orang bercerita... "Lelaki mana ntah p sedekah kat pelacur kat kampung kita ni. Pelacur tu." 

Mendengar buah mulut orang tu menyebabkan dia terkejut. "Alamak, kali ni terbagi kat pelacur pulak. Tak pa, esok aku akan sedekah kat orang yang pertama aku jumpa untuk cover balik sedekah yang aku bagi sebelum ni."

Keesokan harinya pula, beliau terjumpa dengan seorang lelaki ni. Pakaian pun smart, kelihatan tegap. Tak mungkin dia pencuri, atau pelacur (gigolo). Dia pun bagi sedekah kepada lelaki tersebut. Pada petang hari yang sama, dia terdengar lagi ada orang bercerita... "Lelaki mana ntah p sedekah kat orang kaya kat kampung kita ni. Orang kaya dia p bagi sedekah buat apa?" 


Dia terkejut lagi sekali. Dia pun berdoa kepada Allah supaya menerima sedekah2 yang telah diberi.


Selepas sedekah tersebut, berlakunya kejadian yang orang tak tahu kalau tak diberi tahu...

Lelaki pencuri itu sebenarnya memang berniat nak pergi mencuri pada petangnya. Tapi oleh kerana dia dapat sedekah pada pagi tu, dia bertaubat dan meninggalkan kegiatan mencuri.

Perempuan pelacur - kesan daripada sedekah tersebut, beliau tidak lagi meneruskan kerja melacurkan diri dan mencari pekerjaan lain.

Lelaki kaya - lelaki tersebut berubah menjadi seorang yang pemurah. Sedangkan insan yang lebih miskin dari beliau boleh bersedekah, kenapa tidak dia yang kaya ini bersedekah?

Pengajaran:
Orang akan tetap mengata walaupun kita berbuat kebajikan. Tapi teruslah berbuat kebajikan dan bersedekah kerana tersirat 1001 khasiat disebaliknya.

Wallahualam.