.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Tuesday, November 29, 2011

Lilitan Selendang Loose (Loose Shawl)

T0007-R

Eyeliner by Avon Ultra Luxury Eye Liner (Brown)
Mascara by Avon SuperCurlacious (Black)
Blusher by Avon Blusher (Plum)
Lipstick by Avon Simply Pretty Color Bliss Lipstick (Mystic Beige)

This lilitan selendang is a special request by a sweet girl name Adila. Dia dengan sendirinya approached and asked macam mana nak lilit selendang yang dipakai hari tu. That was such a brave action sis… and it’s good.

Dear readers, I ‘owe’ her a few months untuk create this tutorial. I have misplaced the shawl that I wore that day (Finally I came out with another shawl) and I have no time for editing. Due to that, saya mohon maaf atas kelewatan yea Cik Adila.

Jenis shawl tidak terhad kepada pashmina sahaja… boleh apply untuk semua jenis kain shawl.
Let’s starts with the tutorial.
-------------------------------------

Step 1:
Adjust selendang supaya senget sebelah macam ni.

T0007-1
Inner tudung, Anggun#2 by SHOL

Step 2:
Pin bahagian dagu

T0007-2

Step 3:
Ambil bahagian yang panjang. Lilit ke atas. Adjust sampai kehadapan (lebih kurang 1 inci daripada dahi)

T0007-3

Step 4:
Bila dah seperti dalam gambar (kiri), pin kan

T0007-4
Click image to enlarge

Result

T0007-R

Hah… kejap je kan? Tak perlu risau senget benget ke sebab style ni dinamakan Loose Shawl!
Go beautiful girl!

Monday, November 28, 2011

Contest: Blackmores



You may not be able to share your thoughts with the entire lift, but you can share it on Blackmores Malaysia’s FB page

Join their ‘Shoo Away The Achoo’ caption contest by sharing your thoughts when people go ‘Achoo!’. Just fill up the thought bubbles in the given scenario and you could win yourself some great prizes!

There will be 2 winners a week, with the Grand Prize winner walking away with an Ipod Nano & Product vouchers worth RM200, and the runner-up winning Product vouchers!

This contest is open until 15th December 2011.



Saya Dah Tak Demam

Alhamdulillah.
Dah takde hibernation...
Dah takde sakit kepala sampai berguling-guling...
Dah takde terjaga setiap jam... (Cuma malam tadi terjaga kol 3.33 am- Weird)

Mungkin kebetulan atau apa... sambungan demam tempoh hari, gigi bongsu pulak nak tumbuh. Last 2 days gigi kiri bawah. Now gigi kiri atas pulok. Bila bersujud... terasa nak luruh pipi sebelah kiri ni. You all pun pernah rasa kan pengalaman gigi bongsu nak tumbuh. Dia tumbuh sikit-sikit selang 2-3 bulan. Kalau tumbuh skali gus... mau koma terus. Ni pon kadang2 terasa gigi geraham kat tengah ni tersepit. But don't worry, saiz gusi muat. :)

Sakit kepala kadang-kadang je ada. Mungkin sebab tarikan urat2 gusi ni kot.
Sesema pulak... makin pulih.
Batuk... malam2 still makan ubat batuk. =P~ sedappppp

Sekian laporan kesihatan saya buat masa ini.

Doli Koey Teow Goreng Taiping

Doli?

B00479

Last few weeks, my father’s friend has invited us to dine here. The specialty of this restaurant is their fried ‘Koey Teow’ – Superb sedap!

  B00480

The place is quite cozy and equipped with air-conditioner. Thank Allah that night tak ramai sangat. Maybe sebab hujan kot.

B00481
Click to enlarge
Here is their menu. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

B00482

Tadaaaa! Koey Teow Goreng Special (RM9.00)
Sangat sedap and sangat kaya dengan udang dan kerang. I love it so much sebab every bites for sure akan ada udang or kerang.
Sila terliur k

 B00483

I have also tried this Mee Kari (RM4.00)
The curry is yummy. They are also provide this meal together with sambal. So if you prefer lebih pedas, you may add it into your curry.

 B00484

So, for those yang nak datang ke Doli, waktu perniagaan adalah 12.00pm – 11.00pm. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat.
Eh... sama lak ngan tulisan kat atas tu.

Lokasi? Ia terletak berdekatan dengan Taman Tasik Taiping. Alaaa tak berapa ingat sangat sebab pegi waktu malam and hujan. But I know this place sangat dekat ngan tasik tu.

P.S.: Dear brother, balik nanti kita mai makan sini na.

Bola Sepak: Malaysia 2 - Bahrain 3




Walau apa pun, 3 games in a week siyesly meletihkan. You guys did a good job but some careless mistakes was there. Barisan pertahanan yang sebelum ni sangat kukuh tiba2 goyang pada saat akhir. NVM, uols pun human jugak. Make sure jangan ulang kesilapan yg sama k.

Semangat #HarimauMalaya. 
Image source: http://vectorise.net

AUUUMMMMMM!



Sunday, November 27, 2011

Wedding: Myra & Saiful

Date: 26 November 2011 (30 Zulhijjah 1432)

Venue: Sungai Dua, Butterworth, PULAU PINANG

--------------------------

Myra and I penah jadi housemate masa di UNITEN. Dari situlah kitorg kenal… which actually she is a friend of my room mate, Nurul!

After Zohor… me and mak are ready to go! Super hungry you know. roarrrrr!

B00475

Eyeliner: Avon Liquid Eyeliner

Lipstick: Yves Rocher

 

10 minit dah sampai sini… suppose lg seminit je lagi… but

B00476

Traffic jam! gosh! we were stuck here for like half an hour! Can you imagine 3 lane, merge into 2, then merge into 1. MPSP or JKR or anyone yang bertanggungjawab, please take an action!

Thank Allah masa dah nak sampai ke tempat kenduri tu, ada sebuah kereta keluar dr depan kedai perabot. Boleh park kat situ.

Here is the beautiful bride!

B00477

Guess sape lagi yang terjumpe haritu? Didi, Basya, and Syakirah <—yes Yes… nama kitorg sama! These gurls are former SMKDOB-ian jugak! Lupa lak nak amik pic ngan korg. >.<

And.. jeng jeng jeng… saya terjumpa cik Wawa and the gang (UNITEN).

B00478

Sempat amik pic ngan wawa je sebab yang lelain tengah makan.

Wawa, My mum said ur face mcm pelakon nama Maya (bukan Maya karin) tu.

Congratulations untuk Myra and husband!

Wedding: Zawani & Hairani

Date: 24 Nov 2011

Venue: Kampung Paya, Bukit Meriam, KEDAH

B00469

That day was the second time berpeluang drive ke area Kota Kuala Muda, Kedah. Zawani (groom) is my former classmate (SMK Dato’ Onn Butterworth). Guess what, both of us were born on 11th October; we are sharing our birth date! :)

Anyway, me and mak arrived at 1PM.

B00471

Waiting…

and waiting…

B00470

Finally sampai pun…

B00473

When was the last time we meet? I guess last time jumpa masa exam SPM. Gosh… lama giler. How many years dah eh? 23 minus 16… errrr.

B00474 

Congratulations to you both!

Saturday, November 26, 2011

Kehidupan Selepas Kiamat sehingga Hari Pembalasan



Dear 3ters,
baru sebentar tadi saya ada terbaca mengenai 1 artikel melalui FB. Sebagai seorang muslim, saya rasa bertanggung jawab untuk berkongsi dan mengingatkan diri sendiri dan muslimin muslimat yang lain mengenai suatu hari yang tertulis di dalam Al-Quran, salah 1 daripada rukun iman, iaitu percaya pada hari akhirat.
Menurut apa yang saya baru baca sebentar td, ia bukanlah secepat yang diceritakan sebelum ini; Lepas Kiamat terus dihisab. Jika seumur hidup di dunia rasa dah lama, akhirat beratus ribu kali ganda lama. Apakah kesudahan kita di 'sana' nanti? Bagaimanakah kita akan mengharungi menanti hari pembalasan nanti? Itu belum tentu lagi syurga atau neraka kah destinasi kita. Astaghfirullah-hal-a'zim.
Saya ada copy and paste article tersebut. Teruskan membaca.
-------------------------------------------------------------------
Gambaran Hari Qiamat 

 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Wednesday, November 23, 2011

Saya Demam

Uhuk2… terbatuk pulak.
Hello all,
Hari ni dah hari keempat condition badan ni tak berapa sihat. Sekarang pun menulis sambil membungkuskan diri dengan comforter. Let me tell you apa dah jadi…

Hari Jumaat – paip water filer dah pecah selama beberapa hari. Dah beberapa hari cari paip putih tu tapi keputusan semua negative. Kitorg hanya bergantung kepada air bekalan yang dah ditapis… akhirnya terpaksa beli mineral water jugak. Disebabkan ini, hari jumaat tu hanya minum 1.5L je air putih.

Hari Sabtu – Ayah dah jumpe paip yg dicari. Me n mak pon teringat cartridge filter dah lama tak tukar. We went to the shop and gets it. Heaven but broke. >.< Tukar tukar angkat, pulas pulas. bole la berbotol2 minum air + the flow sangat laju.

Hari Ahad – Pagi. Dah mula rasa tekak and perut tak selesa. Masa mandi (belom sarapan) dah muntah. Ya Allah, sakitnya. Pagi tu balik kg. Beli la siap2 Strepsils Extra Strong. Kebas jap then jd lg. Minum 100Plus lak. Masa kat kampung, tido je. Jaga2 dah berpeluh. Huh… lega la ingat. Owh ahad tu kan ada bola – Harimau Muda vs. Garuda. Layan. Tension tension tension sampai last penalty goal tu. After that terus sakit kepala and demam.

Hari Isnin – Demam berterusan dan tanda2 sesema mula muncul. I went out to get ubat sesema (Clarinase) tp tak ada.. yg ada ubat yang bekas dia besar gedabak ni (Carinox) @_@ nasib baik bekas je besar. Ubatnya mcm tube biasa. Effect dia lebey kurang macam Clarinase la jugak. But Clarinase work better for me.

IMAG1507Carinox


Hari Selasa - Pagi tu ayah beli nasi. I eat it then puke. :(( Sesema macam nak ok dah. Petang tu I went out to somewhere. The pressure is controlling me. I feel like my head was going to explode.


Hari Rabu – Today dah tak berani nak take any kind of heavy foods untuk breakfast. Last night’s sleep tak lah nyenyak sgt. Terjaga setiap JAM. Maybe sebab hidung tersumbat kot. I don’t know! So pagi tadi pegi klinik. Doctor cakap hampir demam. dapatlah 3 bungkus ubat ni… (eh bunyi mcm byk la pulak bungkus2 nih). Lunch baru makan nasi.

B0379
Ubat batuk, Paracetamol, Ubat sesema yang ngantuk, strepsils, ubat sesema yang tak ngantuk

Malam ni ada football game; Malaysia vs. Syria. Dah tak berani nak tengok dah. Good luck Harimau Muda… AUMMMMM!

Guess what… pada setiap hari yang disebutkan di atas, my days dipenuhi dengan driving ke sana sini (until Perak and Kedah) and sekitar Pulau Pinang. Every time went out tu tak rasa demam (Alhamdulillah). Tapi sampai2 je rumah, mcm phone habis battery. *Weak*

Update:
I went to a few pharmacies, Clarinase memang dah tak ada stock. They also don't know why. :(

Monday, November 21, 2011

Easy Way to Customize Your Website

image

Hey hey hey… senangnya nak buat website sekarang ni… and bukan senang Microsoft nak bagi free software. hahaha! anyway… if you are not familiar or newbie or no time to look out the details in customizing a website, you should try this software, WebMatrix by Microsoft.

Only 3 steps and your website will be published!

Step 1: Create your website

Download the installer (MS WebMatrix) from here. Install on your computer.

Download any kind of free web applications such as WordPress, Joomla!.

 

Step 2: Customize your website

Start using the application. Click click CLICK. <—Edit your files, managing database, modify server settings. Owh you will feel so into a web developer.

 

Step 3: Publish your website

Ready to publish! You can do it directly from WebMatrix.

 

Anyone have tried it on Blogger? Do leave your comment okay.

ChurpChurpLogo

Wednesday, November 16, 2011

Pay RM28 for Meal for Two. Amazing!

Huarghhhhh too many deals around KL and Selangor. Dah bosan dengan kedai-kedai makan selalu? Finding a unique place to celebrate a special day? Why don't uol try some meals from this cafe, Marlamade Cafe, located in Publika Shopping Gallery.


Image Credit to NURVIA (v-i-a.blogspot.com)

The place is so lovely and sangat sesuai untuk celebration or for a couple to have their own sweet moment.

Good news! They are now offering limited to 300 vouchers to be grabbed. Instead of RM72, korang hanya perlu bayar RM28 je untuk makanan dan minuman untuk 2pax (dua orang lah maksudnya).


Image Credit to milkadeal.com

Get your voucher HERE before it runs out.


Tuesday, November 15, 2011

Jom Ganyang Aedes

Hari ni je dah 3 ekor nyamuk aedes hinggap di tangan. Sekor terkorban. Manis sangat kah darah ini? hahaha! Jom kita hapuskan aedes sebelom ia hapuskan kita.

Click on the picture for further information.




Lebih banyak income dengan churp churp

Are you a blogger? or an active Twitter user? Lets speak and makes your writing (voice) gives you money! <-- instead of cakap kosong =)


The bigger community, the bigger the reward. Mari mulakan sekarang juga! Let's Churp Churp!


Sunday, November 13, 2011

Surat untuk keturunan ku

Dear my future son(s) n daughter(s), grandsons and granddaughters... mak/nenek penah hidup pada 11.11.11 @1.11am, 11.11am, 1.11pm, n 11.11pm. nothing much different pun but im so glad to experience it together with mak,ayah,n brother.

Update:
Kids/grandkids, please sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran for us.

Love,
Your mother/grandma/mak/nenek. 11.11.11 (year 2011) @ 11.11pm


Friday, November 04, 2011

Surah AL QIYAAMAH (Fahd Al Kundury)

Assalamualaikum

Hari ini saya nak share dengan pengunjung TheThickTalk, satu surah yang dipetik daripada Kitab Suci Al-Quran. Surah ini boleh dikira sebagai surah peringatan kerana ia menceritakan mengenai datangnya hari kiamat, saat nyawa dicabut, dan kejadian manusia, yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. 


Astaghfirullah-hal-a'zim, Subhanallah
Terasa jahil dan kerdil sangat diri ini apabila baru mengetahui maksud-maksud ayat suci Al-Quran tersebut. Ini baru 1 surah, belum masuk surah-surah yang lain lagi.

...

You can click on the link above to read the surah and its translation without video (the translation is also available in English)

Tuesday, November 01, 2011

It has been a year

30 October 2011 - It has been a year since I had my 1st flight, 1st time to go to the overseas, 1st time I feel I am leaving my most precious gifts in Malaysia.

OMG... how should I proceed with this writing when my eyes are filled with tears. During that last day in Malaysia, I was excited + happy. Siapa yang tak happy to get the opportunity to study and live in the overseas + it's during winter season.
But...
I forgot that...
  • I was travelling ALONE - 1st experience + LONE RANGER!
  • I am the 'GPS' in my family (yes.. they were sesat masa OTW balik)
During this time, I keep on thinking about negative thing which I don't want to list it out here. I will totally put the blame on me if something happen to them. After a few minutes, I keep myself calm. I pray for their safety and I hope Allah will protect them and keep them safe. I said to myself, how bad my feeling worrying about them, they feel more worry about me. Again I repeat... I was travelling alone!


Guess what, I was smiling while taking this picture. Masa ni pk seronok + excited je.

A couple of minutes later...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I would like to make a confession, I cried non-stop since my final huggy wuggy time with my family. (It was the 1st time I felt the 'real' hugs from emak, ayah, and my brother... WHY it does happen masa nak fly? :/)

I passes the immigration, customs gate with huge cries! Masa lepas the 1st gate, on my way to aerotrain, I feel like to lari back and tak nak fly. Things that stop me from doing it are; my parents have PAID for the flight ticket, I have to WORK there, FRANCE GOVERNMENT has arranged everything for me, I am carrying the RESPONSIBILITY from my supervisor, mine and my family's DIGNITY, I want to keep myself AWAY from peoples that hurt me a lot here. This is one of the thing that I am able to do - study in France!

Dah la kene 2-3 times kena lalu gate, scan, tanggal beg, bukak beg laptop. I still remember ada sorang pegawai perempuan tu senyum je when she saw me crying. I stopped nanges masa jalan masuk dalam flight. Cari tempat.


Then dah pakai seat belt semua, I read buku doa yg emak bekal kan. During in the airport, she sempat mark some of the pages yang penting untuk dibaca. I have started to cry again while reading that book. Masa tu... I was looking outside of the mirror n rasa nak terjun je. Maybe this is one of the reason tingkap kapal terbang is sealed!


Whatever it is, that was such a great memory I have ever had. It makes me appreciate and love my family more!

"You will never appreciate what you have until you lose it!" - Eat that words Shakirah! Thank Allah these 'gifts' are taken away within just for 2 months. I believe everything is happening for a reason.

Until now, I feel phobia when my parents are sending me to the airport. Walaupun hanya pergi ke KL, the feeling tu rasa macam nak fly jauh je.

Dear Emak, ayah, and Bae, I LOVE 3 of you so much!

Sekian daripada saya, Nur Shakirah yang mata sudah bengkak-bengkak menanges sambil menulis post kali ni. This is one of the most honest post I have ever written.

Good night!