Assalamualaikum.
Selesai sudah bulan Ramadhan, sekarang kita berada didalam bulan Syawal. Rindu rasanya nak berterawih dan meluangkan beribadat kepada Allah S.W.T. Banyak sebenarnya solat-solat sunat yang boleh kita lakukan. Selain daripada dapat beribadah kepada Allah, InshaAllah kita akan dikurniakan ganjaran dunia dan akhirat atas ibadah tersebut. Salah satunya adalah solat sunat Dhuha.
Bermulanya...
A few weeks ago, tiba-tiba hati ni terpanggil untuk mengenali apa itu solat sunat Dhuha setelah melihat seorang ustaz solat di surau walhal waktu itu belum masuk waktu Zohor. I asked my mak, "Dia solat apa?". Mak, "Solat sunat Dhuha... untuk murah rezeki.". Then I have started to figure out apakah bacaan-bacaan 'tambahan' and perkara yang perlu dilakukan untuk solat sunat Dhuha ni.
Kesedaran dan penyesalan...
I admit sebelum ni solat sunat yang dilakukan hanyalah solat sunat terawih... dalam setahun, sebulan je yang buat solat sunat. Bulan lain?
Kurang ilmu dan kefahaman...
Sebenarnya saya tersalah tafsir kerana sebelum ini pandangan saya mengenai solat sunat, adalah SUNAT untuk buat solat tersebut tetapi KENA ikut ayat surah-surah tertentu dan bacaan doa-doa tertentu. Persepsi ini adalah KURANG TEPAT. Islam itu mudah. Tambahan pula sekarang ni banyak buku-buku doa yang sangat ringkas dan mudah difahami AND kemudahan internet.
Cara mudah untuk berdoa...
Masa awal-awal buat solat sunat Dhuha ni, saya hanya refer kat internet - Bookmark/Save page. Jadi bila berdoa, sambil pegang fon (sebagai pengganti buku) dan bacalah doa solat sunat Dhuha dalam page tersebut. Kalau rasa susah nak baca dalam bahasa Arab, bacalah maksudnya dalam bahasa Melayu. Yang penting bila berdoa, say it like you mean it. Lafazkan dengan bersungguh-sungguh meminta bantuan Allah.
Okay mari mula dengan mengenali Solat Sunat Dhuha.
Hadis riwayat At-Tirmidzi menjelasakan bahawa orang-orang yang sentiasa mengerjakan solat sunat Dhuha ini akan dimurahkan rezekinya oleh Allah S.W.T., bahkan rezekinya akan didatangkan dengan segera. Seseorang tidak perlu bimbang akan kehidupannya sehari-hari kerana apabila ia mengerjakan solat Dhuha pada pagi harinya, maka hari itu rezekinya telah dijamin oleh Allah S.W.T.
Waktu solat sunat dhuha: 8.00am - sebelum Zohor (1.00pm)
Cara melakukan solat sunat Dhuha
1. Lafaz niat, "Sahaja aku mengerjakan solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
2. Rakaat 1: Bacaan Al-Fatihah, kemudian disusuli dengan As-Syams / Ayat Kursi / Al-Kafirun (ataupun mana-mana ayat lazim/pendek)
3. Rakaat 2: Bacaan Al-Fatihah, kemudian disusuli dengan Ad-Dhuha (ataupun mana-mana ayat lazim/pendek)
4. Selepas bacaan sujud terakhir pada rakaat kedua, bertasbihlah Ya Wahab Ya Razak
5. Boleh dilakukan dalam 2,4,6,8,12 rakaat (macam solat terawih)
6. Selesai solat sunat, beristighfar "Astaghfirullahal 'adziim" (3 kali), Al-Fatihah (2kali), Ayat Kursi (1 kali) dan kemudian berdoalah...
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wahab, Ya Razak, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika sukar, mudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh".
Amalkanlah solat Dhuha setiap hari, InshaAllah akan dilimpahkan rahmat dalam kehidupan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Yang penting, setiap hari... solat yang berkualiti dan berterusan.
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk sentiasa menjalankan solat sunat Dhuha.
Amin.