.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Tuesday, September 13, 2016

Ini 'Hadiah' Hari Raya Korban

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Setelah pintu hati sebelum ini tertutup, Allah hadiahkan seorang insan cukup sempurna sifatnya. Walaubagaimana pun, ia hanyalah pinjaman sebentar sebelum ia diambil semula.

September 2016, setelah beberapa lama bertarung pertahankan hubungan yang aku sangka hingga ke syurga, akhirnya berakhir dengan takdirNya. Sepatutnya aku sudahkan ia setahun lalu. Tapi kerana tiada kepastian, aku cuba, dia cuba. Tapi siapa kita untuk melawan kuasa Dia. 

Tapi luka di hati seperti di robek. Siapa tidak pernah merasai tidak akan pernah faham. Aku tidak salahkan yang tidak faham aku. Aku sangka di zaman serba serbi moden ini, tiada lagi cerita cinta seperti cerita P Ramlee, "Antara Dua Darjat" atau seperti lagu Fauziah Latif, "Dia". Wujud. Masih wujud insan-insan seperti dalam cerita dan lagu tersebut. 

Masing-masing bertarung mempertahankan perasaan dua hati. Dia dengan cara dia, aku dengan cara aku. Aku tidak salahkan dia. Aku sudah pasrah dari awal. Cuma dia yang tidak pernah putus asa membuatkan aku terus bertahan. Akhirnya tewas. Sudah letih bertarung. Sudah terlalu banyak luka dan parut dalam pertempuran ini. Luka pada aku, luka pada dia.

Pergilah dengan insan pilihan mereka. Hidup tanpa redha ibu bapa tidak kemana. 

Setelah aku serahkan segalanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui, Allah sudah tetapkan ini yang terbaik.

Perasaan bercampur-baur. 

Aku bersyukur kerana ia telah berakhir. Alhamdulillah berkat doa yang tidak putus, Allah dah tetapkan pengakhiran ini. Allah makbulkan doa hamba yang selalu lupakanNya ini. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Mengasihani.

Ini...
Hadiah Hari Korban.
Yang besar nilainya. 
Yang mengubah banyak perkara.


1 comment: