.: Most Read :.

Join Churp Churp

Join Churp Churp
Click on the image to find out more

Saturday, April 27, 2013

PRU13/GE13 Personal or Nation

Saya mulakan post kali ini dengan Bismillah.

Musim pilihan raya umum ke 13 dah bermula. Banyak manifesto dan janji manis yang dilontarkan. Penyokong parti masing2 pun sangat agresif di laman sosial.

Saya bukan memusuhi mana-mana pihak terutama pihak yang beragama Islam. Saya juga beragama Islam. Kita bersaudara. Untuk non-muslim, kita berkawan. Buat apa nak bergaduh sesama kita. Kalau semua bertindak rasional, aman hidup kita semua.

Saya  cuma nak berkongsi pengalaman saya. Mungkin bagi sesetengah pihak saya berpihak kepada satu parti. Saya berkongsi cerita perkara yang benar yang terjadi pada saya dan keluarga.

Saya dilahirkan di Malaysia. Ibubapa saya merupakan kakitangan kerajaan. Saya dibesarkan di kuaters kerajaan. Sepanjang saya hidup, Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi kepada ibubapa saya merupakan rezeki gaji bulan-bulan yang diberi. Mak n ayah saya selalu cerita masa dia mula-mula keja dulu, gaji RM180. Tak banyak. Tapi cukup untuk hidup and besarkan saya dan abang, dan bantu arwah atok dan nenek. Hidup kami sekeluarga bahagia walaupun tak mewah.

Saya bersekolah di sekolah kerajaan; SK dan SMK. Saya tak ada pergi sekolah private ataupun asrama penuh. Saya memang manja dengan family saya. Zaman saya dulu dapat pinjaman buku teks. Tu pun susah sangat nak dapat sebab anak cikgu. Kalau dapat pun tunggu turn last-last ja. Yuran sekolah pun kene bayar. Saya ingat lagi orang lain masa cuti sekolah la sebok beli baju sekolah. Saya sehari nak mula sekolah, baru nak p beli sebab mak n ayah baru dpt duit bonus. Masa tu nak beli baju jenama Canggih pun rasa mahal. Tak macam sekarang. Semua dapat bantuan termasuk yuran sekolah pun dah tak perlu bayar. So adik-adik, belajar la rajin-rajin.

Saya ingat lagi dari saya kecik, setiap weekend kami akan balik ke kampung tengok atok dan nenek. Seronok sangat masa tu. Kalau cuti sekolah, mesti tido seminggu kat sana. P tolong jaga bendang and kebun walaupun masa tu tak faham betapa berharganya tanah2 tersebut. Atok selalu cakap nanti dapat la duit n baja subsidi. Saya selalu nampak kampit baja berlogo dacing (tak ada logo bulan, roket atau mata alien). Masa tu saya kecik.. tak paham apa2. Saya ingat logo dacing tu logo zodiak Libra.

Suatu hari arwah nenek jatuh sakit... macam2 sakit. Kencing manis, kayap, luka terpijak paku. Macam-macam usaha mak saya buat untuk merawat arwah nenek. A few times jugak nenek ulang masuk hospital swasta dan kerajaan. Tapi Allah lebih sayangkan beliau. Nenek meninggal di tempat saya dilahirkan - salah satu hospital kerajaan di Perak. Few years after that, arwah atok pun ulang alik masuk hospital kerajaan dan beliau pergi bertemu Ilahi. Arwah atok saya dulu bertugas sebagai homeguard - askar kampung masa zaman jepun. Beliau selalu bercerita kepada saya tentang pengalaman tersebut. Hidup tak aman. Sentiasa dalam ketakutan. Dalam tahun 2012, DS Najib ada bagi insentif kepada bekas petugas homeguard. Sempat arwah atok merasa duit tersebut. Happy sangat beliau masa tu walaupun sedang sakit. Dia minta belikan katil, jam dinding baru, dan makanan tambahan. Berkat duit tu.

Masa saya study di UNITEN, ayah jatuh sakit. Abang saya baru dapat keje. Ayah mengalami masalah saraf. Banyak ikhtiar mak dan abg untuk pulihkan ayah. Masa tu I know nothing. Bae, mak and ayah cakap tak ada apa2.. depa cakap ayah cuma sakit sikit ja sebab tak nak bagi saya risau. Nasib baik ayah adalah kakitangan kerajaan. Ayah dapat rawatan di hospital kerajaan (GH Penang). Doktor yang merawat ayah tu baik sangat. Sambil bergurau, dia cakap total kos rawatan ayah tu boleh dapat rumah banglo kat Balik Pulau dah. How expensive the treatment yang dibayar oleh pihak kerajaan untuk ayah saya. Claim insurance pun dapat. Terima kasih. Ayah saya now boleh kerja semula and siap boleh jalan merata-rata. Alhamdulillah.

Dulu saya tak tahu menilai kelebihan dilahirkan di Malaysia. Tapi lepas pengalaman di France dan bertemu dengan pelajar2 asing di Malaysia, saya mengaku saya berbangga dan rasa bertuah menjadi anak Malaysia. Kenapa? Negara kita dihormati. Bila dengar France orang selalu cakap racist pada muslim. Kena tarik tudung. Alhamdulillah saya dilindungi. Perjalanan dan kehidupan saya di sana aman. Saya tidak di uji sedemikian berat. Percaya atau tidak, semasa saya di France, kehidupan saya ditanggung oleh kerajaan France. Ini kerana Malaysia dan France ada MOU untuk pelajar2 postgraduate. Ada rakan saya dari negara timur tengah, tak dapat dana tersebut kerana negara asal beliau. Usaha dan penghormatan tersebut tidak datang bergolek atau memang terjadi begitu sejak azali. Perbincangan, meeting sesama pemimpin. Mana kita tau. Yang kita tau senang dan tak ada masalah. Lepas tu saya tanya pelajar2 luar negara. Kenapa pilih malaysia untuk sambung study. Dia cakap dia tak tahu pun kewujudan malaysia sebelum ni. Negara dia negara bergolak. Dia diberitahu oleh kawan2 dan kedutaan, kalau nak sambung study, sambung kat malaysia. Kita tak racist. Kita peramah. Dia tak percaya. She came sendiri untuk lihat keadaan disini. Subha-nAllah. Sangat aman berbanding negara dia. Dia balik semula ke negara asal untuk mengambil anak beliau untuk berhijrah ke sini. Yes, she's now doing her PhD in our university. Orang luar menghargai keamanan dan kemodenan kita. Kenapa bukan kita sendiri?

Untuk kakitangan kerajaan, tak malu ke selama ini kata kerja dengan kerajaan, gaji kerajaan malaysia bagi tapi dok sokong pembangkang. Pembangkang kah yang dok bagi gaji bulan2 bela anak bini? Based on my observation, yang orang gomen yang keje dok bangkang ni selalunya keja yang sepatutnya dia buat pun tak buat. kalau buat pun macam hidup segan mati tak mau sebab masa depa banyak dihabiskan untuk bercerita buruk pasal kerajaan. Whops! Terkeluar pulak loghat utara. Saya ingat lagi masa saya kecik, saya selalu dengar ceramah pembangkang yang diadakan di surau kuaters kerajaan yang saya duduk - sebab rumah saya depan surau. Mereka marah sangat dengan pembinaan KLIA, Putrajaya, highway. Mereka kata itu semua membazir duit rakyat. Hari ini, saya sendiri nampak bendera mereka dipacakkan di Putrajaya - pathetic. Berapa ramai orang swasta yang menyokong kerajaan teringin sangat nak duduk kat Putrajaya tapi tak dapat sebab kami bukan kakitangan kerajaan. Saya sedih sangat bila lihat orang yang dapat keselesaan duduk di Putrajaya tapi tak menghargai nikmat yang mereka dapat dan masih menyokong pihak pembangkang. Renung2kan la siapa yang buat tempat tu, dan why you are there. Janganlah jadi duri dalam daging.

Saya bercakap berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan fakta. Mungkin anda berpengalaman yang lebih baik dan banyak daripada saya. Saya hormati. Walaubagaimanapun, saya berharap agar keamanan, kemakmuran, kemodenan kita tidak tergadai oleh ketamakkan individu untuk meraih janji tender2 dan poket masing2. Janganlah terlalu tamakkan nak pakai barangan mewah jika kita tidak mampu. Kalau tak mampu tapi teringin, buat la kerja lebih dari 1 kerja, dan saving. Want more, kita kena work more. Tidak mustahil jika harga kereta dipaksa untuk dikurangkan, item2 lain seperti interest bank tidak akan stabil dan serendah sekarang (+-2.4%).

Saya tak harapkan apa-apa balasan untuk saya berkongsi pengalaman dan pendapat saya yang tak seberapa ini. Saya cuma harapkan setiap daripada kita akan pergi mengundi dan undilah secara rasional bukan emosional. Kalau dah kita nampak dari pengalaman seseorang itu buat keja dengan baik, kenapa kita perlu bagi peluang kepada orang baru yang samar2 prestasinya. I am not saying that if kerajaan BN mentadbir, kita akan hidup macam dalam syurga. Tapi sekurang-kurangnya bukan kita menuju ke mulut naga.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Sekian.

1 comment: